Saturday, February 12, 2011

Budaya menelan asap.




Hi assalamualaikum semua.

Entry kali nie aku nak bercakap pasal budaya penggunaan SHISHA yang diminati oleh sebahagian masyarakat kita, terutamanya golongan remaja. Recently, aku ada terdengar bahawa shisha nie 400 kali bahaya berbanding rokok. But, ramai kawan aku kata shisha lebih selamat daripada rokok, BETUL KE?
That's definitely wrong my friend, kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.



Menurut satu catatan sejarah yang aku korek dari internet, alat shisha ini telah dicipta di india oleh seorang doktor sebagai cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui bekas air agar ia TIDAK mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding mengisap rokok. 
Hakikatnya, air dalam shisha tu tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.



Penyakit yang bakal pengshisha tegar dapat


Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai mamak ke, kedai kopi ke, warung ke, tak kisahlah kedai apa sekalipun! sebanarnya perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.
Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah tuberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.*OMG!
Tidak hairanlah jika kes tuberculosis (tibi) di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Manakala asap dari shisha yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang juga mengandungi gas berbahaya seperti karbon moniksida. selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan. Dari hasil penyelidikan yang dijalankan oleh saya*ops, silap, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).*what!

Last but not least, ternyata perbuatan menghisap shisha di khalayak ramai satu perbuatan yang dipandang keji, buruk dan seumpamanya oleh tabiat semulajadi manusia.
cuba bayangkan ada satu makcik nie, dia tidak tahu menahu tentang shisha, dan makcik nie pun terserempaklah dengan korang yang tengah asyik melayan shisha, apa pandangan makcik nie kat korang,
tentu makcik tu berpandangan buruk kat korang, rite?

Jadi kepada kekawan aku dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha korang atau korang terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!

{yangumar}


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...