Friday, July 8, 2011

Transformers: Dark Of The Moon | Best kah? Tidak?



Assalamualaikum, Hari ni aku nak bagi pendapat sikit tentang filem Transformers. Siapa yang belum tengok Transformers ni dia tidak 'IN'. Tetapi itu hanya ukurtara gaya hidup terkini yang besifat duniawi (Eh, Kenapa aku dah jadi penceramah ni? Balik ke pangkal jalan cerita kita.. Hehe!). Sebenarnya, minggu lalu lagi aku tengok wayang tu.. Memandangkan masa aku dah jadi padat sekarang, Jadi aku buat entri ni hari ni lah. Okay, pada pendapat peribadi aku lah kan, sedikit membosankan. Ya aku sedar yang ulasan ini mungkin kurang dipersetujui peminat tegar Transformers. Tapi itu apa yang dapat dilihat dari mata kepala aku sendiri. Durasi filem sepanjang 2 jam 35 minit menimbulkan perasaan.... "Bila filem ini nak habis?".


Jalan ceritanya terlalu lemah dan terlalu meleret pada kebanyakan babak. Banyak adegan yang pada pendapat aku tak perlu diberi keutamaan dan pada masa yang sama meleretkan jalan ceritanya. Babak pembukaannya saja sudah membosankan dengan tiada intro hebat memperkenalkan Autobots atau Decepticon seperti dalam filem kedua terdahulu. Cuma apa yang menarik + Awesome + Superb ialah teknik visualnya yang menggabungkan babak-babak pendaratan angkasawan Neil Amstrong ke bulan pada 1961 digabungkan dengan ucapan Presiden John F. Kennedy dilihat betul-betul kena dengan filem ini. Membuatkan aku seperti mempercayai yang ada transformers terhempas di bulan. Hehe!



Kemunculan model pakaian dalam jenama Victoria's Secret, Rosie Huntington-Whiteley yang menggantikan Megan Fox dari dua filem sebelumnya, juga amat kurang menyerlah. Aura watak Carly ini kurang menyerlah jika dibandingkan dengan watak Mikaela yang merupakan antara faktor penarik utama sebelum ini. Pada pendapat aku, jalan cerita transformers ini dah jadi tak menarik bila Mikaela ditukarkan kepada Carly. Namun fokus utama harus diberikan kepada pertempuran Autobots dan Decepticon yang mana kurang dilihat dalam filem kali ini.  


Jika ingin mencari Awesomeness filem ini, sudah tentunya terletak pada penggunaan CGI yang melampau hebatnya terutama jika korang menonton secara 3D. Aku syorkan korang menonton wayang ni secara 3D, tak rugi duit korang bila tengok secara 3D, banyak scene yang boleh dikira awesome! Terutamanya, scene masa askar terjun dari helikopter yang seakan-akan aku pun turut sama terjun dari helikopter tersebut Haha!. Mungkin fokus yang terlalu lebih pada CGI menyebabkan pengarah dan produksi terlupa pada pengukuhan jalan ceritanya yang sepatutnya difokuskan pada Decepticon dan watak baru, Sentinel tapi dilebihkan pada babak-babak yang tidak perlu. 

Kekuatan lain? Ya! lagu tema filem ini, Iridescent yang sekali lagi dinyanyikan kumpulan Linkin Park berjaya menaikan mood kegelapan.


Dari segi aksi, tidak banyak kali ni. Aksi dikurangkan, drama dilebihkan, sesuatu yang tidak patut untuk sebuah filem fiksyen yang plot asalnya menceritakan tentang dua puak makhluk asing yang sememangnya kaum berperang. Aksi yang ada pula memfokuskan pada manusia melawan robot, mungkin untuk menunjukkan kemampuan manusia bertarung sendiri melawan Decepticons yang canggih dan kejam itu.


Keseluruhannya, filem ini tidaklah seteruk mana namun tidak juga sehebat yang diharapkan penonton selepas menonton trailer gempaknya tidak lama dahulu. Momentumnya amat perlahan tapi kreativiti untuk menggabungkan jalan cerita dengan isu-isu sebenar di dunia harus dipuji. 4.5 from 5 stars. (Mungkin sebab aku tengok secara 3D kot, sebab tu lah aku bagi rating tinggi Hehe!)


Sipnosis: 
Selepas menyelamatkan dunia dua kali, kehidupan Sam Witwicky tidaklah seperti diharapkanya. Tinggal bersama kekasih baru, Carly Spencer, sifat kelakiannya tercabar kerana dia masih menggangur manakala kekasihnya berkerja di sebuah syarikat menjual kereta antik. Kehidupan Sam tambah tertekan kerana tidak bersama Autobots dalam misi-misi keamanan mereka.

Pada masa yang sama, penemuan terbaru dari puak Autobots mendapati kerajaan Amerika merahsiakan sesuatu dari pengetahuan mereka iaitu mereka rahsia penemuan di bulan ketika pendaratan angkasawan Neil Amstrong pada 1961. Apakah rahsia tersebut sehingga menyebabkan Optimus Prime berang dengan manusia? Dapatkah Sam kembali bertemu dengan rakan-rakan Autobotsnya? Dan apa pula perancangan Megatron dalam perkara ini?



p/s: Tak payah lah nak bersih kan sangat sistem pilihan raya tu, bersihkan dulu niat korang tu #Bersih 2.0
p/s/s: Like lah kalau suka :))) dan jangan pakai baju kuning esok okay! Hehe!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...