Saturday, May 21, 2011

I'M BACK!


prak, prek, prak, tak (bunyi jari apabila dibunyikan *begitu eh?? Hantam saja lah)


Assalamualaikum, 

Hye!!! Long time no see kawan-kawan... Jarang dah aku update blog aku ini. Sebenarnya, aku memang nak update blog ini... Tapi, disebabkan aku sudah mula bersekolah. Jadi masa aku yang lapang sebelum ini, dah jadi padat.. Tak ada masa nak update post. Aku rasa bulan ini, entri aku tak sampai 5... Bagus kalau sampai 5. Ok, Ok, Ok, cukup lah pasal itu... Hari ini aku nak cerita sikit... Mungkin entri kali ini, berbunyi seperti memuji diri sendiri kot.. Arh!!! tak kisah lah.  Ok, langsung jak lah arh, Pasal... Blog aku yang telah menjadi buah mulut diantara kawan-kawan aku dekat sekolah. Yalah, aku kan dah kembali bersekolah.. Jadi, dekat sekolah tu lah aku disapa dengan nada yang boleh membuatkan aku tersengih lalu malu-malu kucing (Keh Keh Keh).  Sapaan mereka berbunyi "Eh, Yang umar bha ini??? Best blog kau"  "Yang Umar!!!!! ada blog sudah arh!! Siok ni baca blog kau *sambil mengangkat jari ibu/thumb up"  "Nice blog" .... Tak cukup dengan itu cikgu pun pernah jugak berkunjung ke blog aku ini.... Tapi, aku tak tahu lah sikit punya banyak cikgu yang berkunjung ke blog aku ini.... Tapi, yang membuatkan aku menjadi kucing sebenar, bukan malu-malu kucing dah apabila komen yang diberikan oleh cikgu tersebut "POSITIVE" *Ini yang membuatkan aku bersemangat berblogging semula ini. Ada juga sapaan yang membuatkan aku 'HUH????'.. Sapaan mereka berbunyi "Mye, kenapa kau tidak update-update blog kau tu??? Gambar-gambar pun jarang sudah kau post dekat FB..."  "Tidak blogging sudah kah???"... Sapaan begini lah yang membuatkan aku 'HUH???' tu, tidak sangka ada jugak manusia yang mengikuti perkembangan semasa blog aku ini. Disebalik komen-komen yang positif tu... Ada jugak lah yang memberikan komen yang negatif. Arh!! lantak lah mereka tu, dah jadi lumrah alam kan, Setiap benda yang dah naik tu, pasti ada sesuatu yang cuba menjatuhkan mereka. Antara komen yang aku nak bahaskan sekarang ini ialah "Blogger tiada LIFE" *dalam bahasa halus lah, tapi sebaliknya dalam bahasa kasar.  Tapi aku selaku blogger baru. Nak jugak keluarkan beberapa pandangan terhadap Dunia blogger masa kini! {ceh macam tagline forum pulak}  


Penulisan kali ni mungkin panjang macam karangan abang-kakak Pra-U dekat sekolah aku sebab aku pun banyak merepek dalam entry ini. Sebab apa yang aku tulis adalah berdasarkan daripada pengalaman aku dalam dunia blogging. Meskipun aku cuma Blogger baru yang berusia 3 bulan.


Blogger Takda Life? WTH??? Aku baru jak  jadi blogger personal tapi aku bukan blogger hebat mana pun , Just try-try jak lah... Bak kata orang " Kau ada blog , aku pun nak ada blog jugaklah , sebab bukan bayar pun kalau nak bukak blog ". Yang kau nak bising apa pasal? 


Memang kau boleh cakap apa yang kau nak cakap , tapi kau kena fikir banyak benda sebelum kau cakap. Got that ? Kau jugak kena cari point-point penting untuk katakan benda-benda macam itu sebelum kau kemukakan kenyataan itu kat aku atau blogger-blogger lain.


Konsep dia lebih kurang macam  sebagai Viewers or Readers yang hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat tetapi tiada isi untuk kau kembangkan bila kau di'cangkuk' dengan pendapat yang berbeza daripada kau. Relax aku suka bab debat tapi aku tak suka bab 'perbalahan' . Understood?


Aku ada beberapa point yang mungkin boleh memberikan keterangan kenapa aku katakan yang berblogging ini banyak faedah dan tak akan wujud perkataan 'tiada life'


Wadehel once again beb. Kemungkinan kau tak nampak lagi kecerahan masa depan seseorang blogger ini macam mana. But its okay , aku selaku blogger baru ada banyak point yang boleh aku tunjuk kat kau yang kau cakap blogger ini takda life atau tak ada masa depan la kiranya kan ? kah salah ? kalau salah pun aku peduli apa. :)))))


Jadi point-point aku ialah :

1 . Aku nak bilang duit dulu sebab kebanyakkan blogger memang gila duitan Hehehehe.. Jangan kau nak tukar apa pandangan aku sebab apa yang aku nampak itulah dia. Masing-masing kejar traffic sana sini untuk naikkan income dalam blog. Biarkan 0.25sen naik merangkak-rangkak tapi ada duit kan? Sebab sikit-sikit jadi bukitlah kalau jadi gunung pun apadahalkan ? itulah cerita dia .. kau cakap blogger ni takda life apa kes? Aku baru bagi 1 point, kau jangan gelabah dari mana datangnya duit-duit itu. Relax kau google pun boleh bha.Tapi jangan google dulu , kau relax-relax baca lagi kat bawah tu.. hehe


2. Aku nak bilang kawan , Kawan kat sini macam-macam jenis kawan ada tinggal kau nak cari jak , Senang kawan dalam blog nie . Kalau orang itu FEMES! kompem semua nak melekat dengan orang yang FEMES itu sebab apa ? sebab nak traffic mudah lah. BACKLINK itulah orang nak! He he he..Selain daripada itu jugak , korang mungkin ada jumpa kawan yang Datang dan pergi tanpa sebarang perkataan. Itu semua standard bab kata omputih "People's come and go"  SO sekarang kau nak cerita yang blogger tiada life untuk celah apa pulak tu ya? It's okay aku go to the next point!


3. Aku nak kata Ilmu pulaklah , Apa kau nak kata time orang cerita pasal IT??? Tapi hanya tahu 1 bidang yang kau kerja atau belajar jak? Apa kes..Dalam blog ni ada orang suka ilmu sebab bila sesuatu blog tu ada tunjukkan macam-macam ilmu , so dari situ lu boleh belajar macam-macam dari blog ke blog dan praktikkan ilmu tu kat mana-mana. At least bila ada orang borak pasal benda-benda specifik. at least kau tau apa kau nak cakap nanti. Sebenarnya banyak lagi ilmu yang kau boleh dapat dekat blog ini... Kat blog aku macam-macam ilmu kau boleh dapat. Antaranya, Ilmu tentang photo manipulation dan banyak lagi... Tinggal di telaah jak. Kau yang tercengang sebab cakap blogger ni takda life apa kes ?


4. Aku nak cakap tentang Informasi , Blogger kebanyakkan paling suka bab-bab menatang sensasi yang tak pernah orang lain tau , tapi dia tau . Lebih hebat dari reporters BERNAMA kiranya. Ahha kau yang cakap blogger takda life tu ada ? tiadakan ? Duduk meniarap macam haram tengok berita sana sini yang entah betul ke tidak. Kejap 10k kejap 20k orang. {opps aku tak cakap yang blogger nie semuanya betul. Ada aku cakap ? :))))))  }


Walaupun apa aku bagi tau kat atas ni kebanyakkanya macam nak kondem blogger or back up blogger. Tapi kau faham²lah kan? Walau aku nak kondem sekalipun , at least blogger nie ada jugak kerja yang mereka nak buat melainkan kau yang duduk bebel jak tak habis-habis.. Apa kes? #Sorrykalauterasa


So sekarang 4 point aku dah bagi , mungkin aku boleh bagi kenapa kau cakap Blogger nie takda life kan ? Tak apa aku boleh baca point kau tu, jadi sekarang kau nak aku bagi berapa point untuk kau cakap blogger ini tiada life ? 1 ? 2 ? or 3 ? Tak apa aku bagi 2 jak lah..

1. Mungkin blogger nie 24/7 duduk meniarap depan laptop dan blogwalking macam gampang hanya untuk cukupkan kuota untuk 1 hari Unique Views. Mungkin juga kan ?

2. Mungkin blogger nie terlalu desperate untuk mendapatkan income dengan Copy paste sana sini entry orang lain dengan harapan 'permainan SEO yang banggang' itu berjaya mendapatkan Viewers dari orang lain.

3. ehh tarlabih sudah..



Itu ja la kot. Jadi kepada Mereka yang bukan blogger mungkin akan cakap blogger itu tiada life . Tidak apa aku terima pandangan kau tapi aku dah bagi beberapa point dimana Percentange untuk katakan blogger itu tiada life akan berkurang.

Jadi point aku kat sini, kau buat apa pun pasti ada pro and cons dia la kan ? So pandai-pandai bawak diri dalam dunia yang kau ceburi sudah lah. Hehe oklah setakat itu jak lah hujah aku pada hari ini, di harap pihak pembangkang dengan rela hati mengangkat bendera putih :)))) That all, Bye ;))


{yangumar}



p/s: Entri kali ini memang panjang... Sebab lama dah aku tak menaip. :))))
p/s/s: Like lah kalau kamu setuju dengan kenyataan aku di atas ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...