Saturday, May 28, 2011

Yeeeey!! Cuti Sekolah!


Hoooraaaaay!!!! Cuti sekolah!!! 

Eh, Assalamualaikum Readers yang aku sayangi :))) Terlebih emo sampai terlupa dengan korang.. Yalah cuti kan?? Tiada pelajar dalam dunia ini yang tidak suka dengan cuti... Terutamanya cuti semester. Okay sebenarnya hari ini aku nak bebel tentang apa yang akan terjadi dengan cuti semester aku. Alllaaa.. Pengisian dan perangcangan yang akan aku lakukan lah. Kebiasaannya lah kan.. Apa yang akan korang buat dengan cuti semester korang??? Apa?? Balik kampung?? Hah, itu dah jadi perkara wajib bila tiba cuti sekolah. Kemarin, berduyun-duyun kereta kat jalan raya masing-masing nak balik kampung. Ok, dah lah tentang balik kampung tu.. Balik ke pangkal jalan entry aku. Tentang cuti semester aku antaranya:


1st, of course korang akan dihujani entry-entry aku yang macam best ni. Aku akan bebel sebanyak mungkin di blog aku ini. Yalah, bulan ini entry aku sikit nak mampus. Banyak perkara yang aku nak katakan dekat blog ni masa musim sekolah, tapi tak terkata. Jadi, rajin-rajin lah berkunjung dekat blog aku ini kalau boleh bawa kawan-kawan sekali, jangan risau makanan tidak akan habis punya, masuk ikut pintu depan ya... (Macam raya lah pulak) Itupun kalau korang nak tahu apa yang aku katakan lah :)))


2nd, kalau masuk bab-bab travel.. Mungkin ada lah sekali dua, mungkin jugak lebih. Yang dalam perancangan dengan kawan-kawan PRA-U aku tu. Mungkin jadi??? Kalau jadi.... merasa lah jugak aku jalan-jalan cuti ini :))))) Arh, korang pun apa kurangnya kan??? Cuti ini korang mulalah memuat naik gambar-gambar percutian kan??? Di Hong Kong lah, Korea lah, mengiklankan betapa bahagia *dan banyaknya duit aku. Gambar tersenyum di sisi artis-artis popular mewartakan betapa bertuahnya anda dapat berselisih bahu dengan selebriti dalam berkelap-kelip glamor. Joyah:" Peduli lah bha!!! Kau kecoh pesal??? Cemburu lah tu??". Betul jugak kata kau, yang aku nak kecoh apasal?? Lantaklah korang nak buat apa sekali pun kan??? At least korang recomended dekat aku tempat-tempat yang macam best untuk ditujui :))) Kalu ada rezeki aku pergi. Paling-paling pun korang akan melancong luar negeri kan?? Destinasi yang paling popular sekali ialah 'K.HER' (Allaaa... Wilayah persekutuan Kuala Lumpur lah) Paling kurang pun dalam negeri kan?? (node perlahan) :))))


AndAndAnd Ini yang aku lemah ni, macam biasa, telaah buku-buku teks aku yang sejengkal tebalnya tu atau dalm erti kata lain ulangkaji. Terutamanya subjek-subjek yang boleh dikatakan killer lah oleh senior-senior dekat sekolah aku tu (Makro & Mikro Ekonomi) dan kepada pelajar sekolah yang membaca ini, jangan ingat nak bercuti sakan jak.. Buat kerja sekolah yang cikgu korang berikan tu. Jangan esok nak sekolah, baru nak buat kerja sekolah. Nanti bila mula semester 2 nanti.. tak pasal-pasal berdiri atas meja. Joyah: "Ewyywww, cakap jak pandai... Sendiri blogging jak, sampai tak ingat kerja sekolah *terasa " FYI, aku tak ada kerja sekolah lah joyah. Yalah, aku kan baru masuk sekolah. Minggu yang sebelumnya ini, kami cuma diberikan pendedahan tentang subjek-subjek yang kami ambil dan kami dilatih manage event-event besar dekat sekolah. Minggu lepas kami manage event Hari Guru dan minggu yang sebelumnya lagi, kami cuba mengisi jam kredit untuk 'Khidmat Komuniti'. Kami ini kan dah besar ulangkaji sendiri lah dekat rumah. KanKanKan?


Lastly, manfaat kan lah cuti korang dengan benda-benda yang berfaedah. Jangan bila buka sekolah nanti tak boleh menulis sebab 3 jari korang dah hilang.. Ok, itujak lah yang kau nak bebel kan hari ini. Kalau senang berkunjung lah lagi ke blog aku yang macam best ini :))))




p/s: Selamat bercuti!!
p/s: Apa-apa pun perancangan korang time cuti, jangan lupa untuk klik button like dekat bawah ini :))))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...