Saturday, June 18, 2011

Aku & minggu aku yang macam best!


Assalamualaikum, Hallo! Readers. Okay, apa nak cakap arh.. Aha, hari ini aku nak bercerita sikit tentang hari-hari aku yang dah berlalu dalam minggu ini. Memandangkan aku dalam mood bercerita jadi tidak hairan lah kalau aku banyak mencarut dalam entri ini :))) Okay, apa yang terjadi dengan aku dalam minggu ini? Sampai aku sibuk sangat nak bagitahu readers sekalian. First, aku akan bercerita tentang minggu orientasi Pra-U yang dijalankan di sekolah aku dimana aku pun turut terlibat sama. Aku cerita rambang lah arh? Tak payah lah macam buat laporan tu :)))) Jom layan!



Okay, hari selasa lalu kami dah mula minggu orientasi. Sebelum mula aktiviti mestilah bagi-bagi kumpulan dulukan? Tapi, cara pembahagian kumpulan ada lain sikit beb, lain daripada yang lain lah. Begini, Fesilitator bagi cebisan sekeping gambar yang telah dikoyakkan kepada setiap peserta. Lepas tu, pandai-pandai kau lah nak cari kumpulan kau dengan mencamtumkan semula gambar tu supaya menjadi sebuah gambar asalnya. LDK pertama... Macam biasa lah sesi suai kenal dengan rakan sekumpulan. Nama kumpulan aku Pelita jaya, macam pernah dengar nama tu kan? Haha! itu nama pasukan bola sepak indonesia, Alllaaaa... yang ada Safee Sali tu... Kami pilih nama tu bukan lah disebabkan obses yang keterlaluan dengan Safee Sali NOOOO! Kami pilih nama tu sebab cebisan gambar yang kami dapat tu, kalau dicamtumkan semula menunjukkan logo pasukan bola sepak tu. AndAndAnd, aku jadi ketua kumpulan beb... Hehe! Layak tak layak, terpaksa jugak aku jadi ketua kumpulan. Eh, lupa nak cakap pulak.. Amanah yang kami terpaksa jaga ialah Telur, susah jugak lah nak jaga benda tu sebab senang pecah kan?



Okay, ini lah gambar aku dengan ahli kumpulan aku. Masa ini aktiviti buat buat pakaian menggunakan newspaper. Jadi aku yang dah macam pemidato yang tengah bentangkan hujah-hujahnya tu. Sebenarnya, lakonan semata-mata jak. Haha! *Botak is my life! :)))))


Okay kita masuk kepada hari kedua. Hari kedua ini banyak taklimat jak. Terutamanya, taklimat disiplin. Hari tu jugak ada slot yang di buat oleh abang Aliff. Dia ini Ex-From 6 dekat sekolah aku tu. Dia kongsi pengalaman dia yang boleh dijadikan iktibar di from 6 ini dan sedikit kata-kata perangsang buat kami semua lah. Memang terbaik lah Abang Aliff ini :)) Aku kenal dia time aku from 1 lagi Wooo! Yalah, masa tu aku kan tinggal asrama. Abang ini jugak banyak membantu aku dalam pelajaran terutamanya subjek yang paling aku suka GEO. THANKS BRO ALIFF! 


Hari ketiga (Khamis). Hari tu banyak taklimat mata pelajaran jak.. Tiada LDK. Aku ingat lagi dimana taklimat MUET kami disuruh untuk memperkenalkan diri dan beritahu perkara yang paling kau suka. Di mana masa tu tiada siapa yang berani untuk tampil ke hadapan, bercakap menggunakan bahasa penjajah tu dan memperkenalkan diri. Aku suruh kawan aku pura-pura memilih aku dan aku berdiri dengan temberangnya. Haha! Lepas tu bila kena suruh perkenalkan diri.. Aku radu jak bahasa inggeris tu. Buat macam bahasa melayu. Haha! overall berjaya jugak lah aku bertutur bahasa penjajah tu :))))


Hari keempat (Jumaat). Aha, hari tu berlangsung penutupan minggu orientasi ni. Huha..Huha..Huha Di umumkan perserta terbaik lelaki.... Jatuh kepada "YANG UMAR BIN AZIMAN" Aku pun apa lagi terkejut beruk lah. Boleh-boleh aku jadi peserta terbaik. Memang tak di sangka betul lah. Ini nak temberang sikit lah, aku dapat duit beb.. Kira hadiah peserta terbaik tu lah. Namun begitu, duit yang aku dapat tu habis disumbatkan ke dalam perut kawan-kawan aku jak :)))) AndAndAnd di akhir majlis penutupan tu, diumum kan sesiapa yang dapat Komputer 1Malaysia, Tunggu punya tunggu... Ada nama YANG UMAR! Aku apa lagi.... gembira bukan kepalang. Haha! Dah dapat subsidi kerajaan tu, telan jak lah kan :))) 


All in all, aku rasa minggu orientasi ini banyak mengajar dan memberi panduan kepada aku untuk survive di From 6 ni. Semoga apa yang dikatakan oleh cikgu-cikgu aku Abang-abang akan aku simpan di kepala hotak aku ini sampai bila-bila InsyaALLAH. Okay, itu jak lah :)) Sekian, Peace out!



p/s: Selamat Hari Bapa! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...