Sunday, June 26, 2011

Hari-Hari Ku yang Memenatkan (Versi karangan budak UPSR)

Assalamualaikum, Pada hari sabtu lepas iaitu jam 8 pagi (kemarin lah!) saya menyibukkan diri ke sekolah (SMKL) bertujuan untuk menghiaskan koridor pejalan kaki Pra-U dengan menggantungkan pasu bunga dan menyiapkan pembentangan kumpulan. Selepas habis sahaja menggantungkan semua pasu bunga tersebut, saya membatalkan niat untuk menyiap pembentangan kerana terpedaya dengan hasutan anasir-anasir hedeonisme yang mengajak aku untuk menghebohkan diri di 'Jom Heboh'. Kami tiba di tapak karnival pada jam 10 pagi. Bahang matahari pada masa itu cukup untuk menukar kulit saya yang putih melepak kepada hitam legam (putih lah sangat! Hahaha!) manakala kerigat yang membasahi tubuh badan telah meresap dengan galaknya di baju kokum pada masa itu. Bagi mengelakkan kejadian hujan di panas hari (Faham? Alllaa.. Peluh keterlaluan membasahi baju lah), kami berteduh sambil menyibukkan diri di boots yang macam best sebagai contoh boots yang menyediakan air percuma, boots yang bagi makanan percuma (Hahaha!). Disebabkan faktor kewangan yang tidak stabil kami bercadang untuk tidak melamakan diri di tapak karnival itu. Lantas mengambil tindakan drastik untuk kembali ke sekolah. Selepas habis solat zohor, saya dan kawan sekepala dengan saya, bercadang untuk kembali semula ke karnival tersebut semata-mata untuk menyerbu minuman kotak yang berjenama 'Dutch Lady' kerana berasa gian dan tidak puas hati, selepas meneguk minuman malt tersebut. Dengan berbekalkan Ringgit Malaysia 10, kami membeli minuman tersebut untuk melepaskan gian yang selama ini terpendam. Huha Huha Huha kami pun balik ke rumah pada jam 2 petang.


Inilah anasir-anasir yang aku katakan tu Hahahaha! Main-main jak! :))) *Tetiba aku buat muka bajet kiut, macam haram betul lah.


Kami semua pakai baju Kokum yang warna merah tu. Yalah, dari sekolah kan. Dah macam penunjuk perasaan yang datang dari thailand *Kumpulan baju merah. Hehehe!





Hari ini saya dan beberapa kawan. Membuat aktiviti 'Khidmat Komuniti'. Khidmat komuniti yang kami buat ini berunsurkan kitar semula. Kami diiring oleh seorang guru untuk membawa ke pusat kitar semula yang terpilih iaitu di damai. Sampai sahaja di pusat kitar semula tersebut. Saya dan seorang lagi kawan di tempatkan di pusat pengumpulan kotak dan kertas, di tempat itu kami diberi penerangan tentang grade-grade kotak yang perlu diasingkan kerana sesetengah kotak mempunyai grade dan harga yang berlainan. Di sana saya dapat melihat sendiri cara orang berkerja terutamanya orang cina. Mereka kerja dengan penuh semangat dan bertenaga. Yalah, majoriti sukarelawan yang ada di sana semuanya cina. Berbanding dengan orang kita ni, semua menghabiskan duit di Jom Heboh tu. Selepas habis berkhidmat komuniti iaitu jam 11 pagi kami dihantar semula ke sekolah. Hu Ha Hu Hu Ha Hu Ha... Kami bercadang untuk ke Karnival jom heboh untuk yang kedua kalinya. Misi kali ini tidak sehebat kemarin kerana kedudukan ekonomi diri yang semakin meruncing. Selepas pusing tapak karnival itu selama sejam. Kami kembali semula ke boots Dutch Lady unttuk melepaskan gian dengan meneguk air tersebut Hahaha! 


Sekian sahaja karangan saya yang bertajuk 'Hari-Hari Ku yang Memenatkan'. Sebelum saya mengundurkan diri saya berharap pemeriksa yang membaca karangan ini memberi markah yang tinggi pada karangan saya. Sekian.

Yang Benar: Yang Umar 


p/s: Selepas lima tahun meninggalkan bumi sabah, baru sekarang Jom Heboh datang. Ambil masa 1 jam jak update blog ini.
p/s: Masih terikat dengan schedule aku: Study > Home work > Reading > And study again. NOOOO!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...