Wednesday, April 20, 2011

Perkara yang harus korang jauhi di Fesbuk



Bukannya korang tidak biasa membaca status-status begini: Hmmm... rindunya dengan my other half!.   Kepada Mr XXX (Nama pasangan yang di tag), saya sayang kamu keta-ketat.   Terima kasih kepada Miss YYY (Nama pasangan yang di tag) Kerana temankan saya minum cendol kat bawah pokok petang tadi. I love you bebeh! . Korang tak rasa menyampahkah bila membaca status-status begini?? Terus terang, aku menyampah tengok status-status begini, kalau ada button dislike aku tekan 100 kali (Wah, tarlabih emotional sdah!). Mungkin ada yang terasa selepas membaca entry ini lalu mengkomen: "Sukati lah bah kitaorang mau tulis apa, yang kau sibuk kenapa?? Sibuk jak bah kau ini. Kau balik Kampung tanam ubi lagi bagus bha, daripada kau menyibuk!" (In Sabahan). Ok, cuba korang bayangkan setiap hari korang update status-status manja merenyam dengan kekasih korang, mungkin kalau pertama kali tu ada yang lah yang like status korang tu.... Tapi, lama-lama orang pun naik jelak dan menyampah dengan korang lalu tujuan untuk bersilaturahim melalui Facebook bersepai ke batu. Nak Kah Anda??


Ok, entry kali nie kau akan listkan perkara-perkara yang perlu korang jauhi di Facebook untuk mengelak orang lain rasa jelak dengan korang. First, kalau mahu manja merenyam.... Facebook bukan tempat yang sesuai untuk PDA walaupun untuk pasangan yang sudah berkahwin. Aku taknak taip panjang sangat tentang ini, sebab aku dah banyak merapu tentang ini kat atas tu...


Perkara yang kedua ialah kemas kini status guna kepala otak korang, bukan dengan hati. Maksudnya, buatlah pertimbangan status. Masam muka gara-gara tidak dapat beli Jam tangan Patek Philippe Sky Moon Tourbillon di pasar malam pun hendak kongsi satu dunia. Orang lain pun mula membuat taakulan, sama ada korang yang bermasalah kewangan ataupun korang memang materialistik. Bagi perempuan pula, ibu mertua baru tegur masak lemak cili api yang korang buat cair sikit, sudah merungut panjang. Tak pasal-pasal satu dunia mengandaikan pula sama ada ibu mertua korang yang garang macam Nyonya Mansor ataupun anda yang memang tak pernah ke dapur. Bagi pasangan kekasih sejati, walaupun tahap mengada-gada lebih 10 kati pula jangan lah hendak pergi dating pukul berapa dan di mana pun tak perlulah beritahu di facebook. Manalah tahu, segala Ketua Kampung dan Tok Imam yang turut sama menjadi friends  ada terbaca dan tak pasal-pasal membuat rondaan Rukun Tetangga.


Ok, perkara yang ketiga pula ialah hormati sempadan peribadi orang lain. Maksudnya, jangan sesekali muat naik dan kemudian tag gambar kawan korang sedang memakai pakaian yang lucu ataupun membuat aksi pelik tanpa pengetahuan mereka. Mungkin korang beranggapan gambar kawan korang memakai kostum Batman dipadankan dengan kain pelekat Cap Gajah Duduk adalah kelakar dan rugi jika tidak diuar-uarkan ke segenap pelusuk dunia. Ada aksi-aksi lucu kawan (dan ahli keluarga juga) yang bertujuan hanya untuk personal amusement. Berhibur dan menggembirakan diri sendiri bersama orang-orang tersayang tidak salah. Tetapi cukuplah sekadar ia menjadi kenangan peribadi. Mana tahu suatu hari nanti, ada pula yang memuatnaik gambar kandid anda sedang melantak nasi beriani satu dulang sedangkan anda baru sahaja menulis di status - Ingin Ramping Seperti Posh Spice.


Ke10nya... ok aku malas nak tulis lagi. itu jaklah weh , nak lebih-lebih boleh blah! Ingat senang ke nak fikir point-point yang realiti ni? .. So daripada 3 nie.. kepada korang kat luar sana..ada yang terasa tak? Hahahah! kalau ada  yang terasa minta maaf jak lah ya... Ok, itu jak lah yang dapat aku taipkan pada hari ini, kalau ada yang kurang boleh lah canangkan kat ruangan komen ya. Sekian, Assalamualaikum, Peace Out!



p/s: #Sorrykalauterase
p/s/s: kalau korang rasa macam best jak baca post ini, tekan lah button like kat bawah ni  =)

Friday, April 15, 2011

Renungi diri.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi, pandanglah semua itu ke depan, Pandanglah masa depan kita.


Kita lahir dengan 2 telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari 2 buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Bak kata iklan prudential : mendengar merubah segala-galanya. Hehehe!


Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas atau perhiasan.


Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi satu buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti kita, boleh membunuh, boleh mengoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.



p/s: Kurang-kurangkan bercakap, lebihkan mendengar dan melihat benda yang baik bukan yang buruk.
p/s: kalau suka boleh lah like, like lah... :)

Tuesday, April 12, 2011

Belajarlah Daripada Pengalaman Sendiri.



Ada yang kata, pengalaman itu guru terbaik. Maksudnya, kalau kita sendiri yang rasa, baru kita tahu bagaimana rasanya sesuatu itu. Setakat bercakap itu...ini...itu...ini daripada pengalaman orang lain, tak menunjukkan kita seorang yang berpengalaman. Bercakap atas pengalaman sendiri, barulah kita akan lebih feel dan diyakini butiran pengalaman kita.

Saya pernah melihat kelibat seorang pemuzik jalanan yang buta bermain muzik demi meneruskan kelangsungan hidupnya. Dengan cuaca yang terik, saya memerhatikan pemuzik itu sudah basah kuyup disebabkan bahang matahari tengahari tetapi demi mencari sesuap nasi dia tidak berganjak daripada tempat duduknya. Lalu saya bertanya kepada diri saya sendiri "Jikalaulah aku jadi seperti pemuzik itu tentu aku merungut panas dan berganjak ke tempat yang lebih teduh" 

Benarlah, jika kita yang tiada pengalaman, sukar untuk menjawab dan mungkin hanya bijak menutur itu dan ini. Alasan yang memungkinkan pemuzik jalanan itu tidak berganjak daripada tempat nya itu mungkin kawasan itu terdapat banyak orang yang lalu lalang dan mungkin tempat itu sudah menjadi kebiasaan baginya mencari rezeki dengan bermain muzik. Apabila melihat orang sebegini asal usul kejadian nya, terasa benar-benar buat diri ini rasa bersyukur dan insaf. 

Pengalaman hidup yang cetek tak semestinya menjadikan kita cetek akal dan pengalaman kerana saya pernah terbaca satu mutiara kata ini.


Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga golongan.
 Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri ; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. 
Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain ; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup . 
Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain ; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri .

Sejujurnya, paling tidakpun, saya mahu menjadi golongan yang kedua. Minta jauh daripada golongan ketiga. Jadi, sama-samalah kita mencuba untuk jadi golongan yang pertama dan hindarilah daripada jadi golongan yang ketiga. Sekian, Assalamualaikum.  




© Yang Umar Aziman





p/s: Benar atau tidak kenyataan ini? Nak kongsi pengalaman atau ada nak komen?
p/s: Kalau korang setuju dengan statement aku ini, boleh lah klik button like =)

Friday, April 8, 2011

Ku bayangkan ruang putih adalah pahalaku dan hitam itu adalah dosaku.



Mungkin ada orang kata: "Eh, apa benda alah yang dia nak tunjukkan ini? " dan mungkin ada orang kata: "Benda ini lagi, kitorang dah tahu lah... tak payah lah nak  explain lagi ". Lain orang, lain penjelasan nya. Jadi kepada korang yang dah tahu lah sangat-sangat tu, 'up to korang' lah nak layan atau pun tidak.


Assalamualaikum,
Ok, entry kali ini, aku nak bercerita sikit dengan korang, masa ini aku masih tinggal dekat asrama lagi. Pada satu malam ini, tengah aku  khusyuk belajar kat bilik belajar, aku didatangi oleh seorang kawan, tanpa memberi salam, dia lantas duduk berhadapan meja yang aku guna untuk belajar. Dari raut wajah kawan aku tu jelas terpancar bahawa dia sedih, " Eh, kenapa muka kau sedih jak ni ?" (Ok, mungkin ada yang berkata, "Eh, CONCERNEDnya Yang umar, so SWEET! ". Ha ha ha, nak bagitau sikit ini, aku masa kat asrama, aku diberi mandat dan kepercayaan untuk menjadi biro kebajikan dan keselamatan, jadi sifat prihatin tu harus ada dalam diri. Ha ha ha!). Kawan aku pun membalas pertanyaan aku: " Sebenarnya aku rasa terpinggir sangat, aku rasa orang di sekeliling aku macam nak menghukum aku atas kesalahan yang aku lakukan, aku terkapai-kapai keseorangan, aku menginsafi kesalahanku yang lalu betapa aku ingin insaf namun...apakan daya... hidup itu telah aku lalui, betapa aku ingin memutarkan waktu sewaktu kaki aku sebesar dua jari ibuku betapa aku menyesal... segala ajaran orang yang ada di sekeliling aku hanya muzik, muzik yang tidak berlagu aku biarkan berlepas berlalu, sedangkan saat ini betapa muzik itu merupakan mulia inginku ikuti rentak muzik itu namun..." Ok, saya mengaku setiap pertuturan yang kawan saya katakan tu saya edit, untuk kelihatan lebih gramatis, He he he. Tapi apa yang kawan saya katakan tu sebijik dengan yang saya taipkan ini.


Berdasarkan luahan hati kawan saya ni, saya dapat rumuskan bahawa, pertama sekali yang kita akan nilai ialah keburukan/kesalahan  yang ada dalam diri seseorang itu, bukan kebaikan pada diri dia. Biar segunung mana pun, kebaikan yang seseorang itu lakukan, tetapi kerana secebis kesalahan yang dia lakukan habis tercemar semua kebaikan yang dia lakukan.


Sama jugak lah dengan gambar yang aku sajikan untuk korang perhatikan kat atas tu, kotak hitam tu umpama dosa dan kotak putih umpama pahala, mana yang korang nampak dulu?? jangan tipu lah, kalau korang cakap "Eh, aku nampak kotak putih dulu." kalau betul lah korang nampak kotak putih dulu, baik korang pergi jumpa doktor pakar mata untuk mengesahkan yang korang ini buta warna atau pun tidak. Dah tentulah korang nampak hitam dulukan. So, moral of the story, 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' *aku ambik sepotong lirik dari kumpulan nasyid yang aku minat masa tadika dahulu. Maksud lirik lagu ini, buat baik tu berpada-padalah, tapi buat jahat tu jangan sekali, maksud jangan sekali tu, bukannya jangan buat jahat hanya sekali buatlah banyak kali, maksud lagu tu jangan buat jahat walau sekali pun. 


Tapi.. nobody's perfect, and mistakes are probably our 2nd best friend dan ini lah yang terbaik yang mampu aku katakan "If you're open enough to accept other's mistakes, then when you make a mistake, insyALLAH orang lain pun can still accept your mistakes." Eh, kenapa aku cakap bahasa penjajah ini " . Ok lah, itu saja untuk hari ini, aku harap korang ambik makan lah ayat-ayat nasihat aku yang terakhir tu dan terima kasih kerana membaca entry aku yang tak seberapa best ni. Bye





© Yang Umar Aziman



p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s : Kalau korang suka post ini, apa lagi, tekan lah button like kat bawah ini, jangan kasi lama bha.

Tuesday, April 5, 2011

Better Single Than Sorry.


Assalamualaikum, Hye :)



What time is it ? 12pm ? Awal jugak! Malam nie walaupun mata aku memang nak lelap , macam ada 1 kati beras tengah terikat kat bulu-bulu mata aku . Tetapi , aku sebagai lelaki kacakNESS semangat jugak nak tulis entry . Pasal apa? Pasal belog aku dah bertukar kulit Ha ha ha , gurau jak lah sebab aku MALAS nak tidur! He he he tidur pun malas.. memang macam haram . Memang semenjak dua menjak ini , aku selalu tidur lambat , kadang-kadang bawa ke jam 2 pagi . Sebab apa ? Korang nak tahu jugak ? Arh , tak payah lah. 



Alright² back to realiti.. Sebenarnya aku nak cerita yang aku single . Ada sesiapa yang  berminat ? Hahaha ! Aku berseloroh jak tu . Ok , nak cerita sikit ni . Tempoh hari , ada lah seorang rakan ini , dia mengajukan soalan yang ringkas sahaja tetapi boleh menyebabkan otak aku tersembul keluar melalui telingga , soalan dia berbunyi : " Mai , kau tidak jelak kah hidup single jak ? " 
Saya membalas pertanyaan kawan saya itu dengan nada yang kurang selesa : " Ermm , kau dah buang tebiat kah nak bincang pasal ini , aku dah ada awek kah tak ada kah itu aku punya pasal lah , kau tanya apasal ? " 
Kawan saya membalas: " Teda lah , aku tanya jak . Ini pendapat aku lah , boringlah hidup single ni , kau tak rasa kah ? " 
Saya menjawab:" Eh, kau dah isi kah maklumat UPU ? " * saya sengaja menukar topik , sebab malas nak jawab soalan eksistensialisme banggang kawan saya itu. 


Ok , sebenarnya hari ini aku nak beritahu korang dan kawan aku tu , sebab apa aku single . Bukannya sebab aku Gay dan tidak laku Ok . Attention Kepada Pembaca 'awek' . Sila tukarkan 'AWEK' Kepada 'PAKWE'. sebab aku ceciter awek sebab aku lelaki. 



Kebaikan Hidup single ?

Pertamanya.. OMG memang superb best. Korang jalan mana-mana pun dengan awek-awek lain pun tiada hal lah punya sebab korang takkan ada notification yang boleh buat korang down! Ha ha ha.. Aku malas nak terangkan notification sebab sekarang dah zaman fesbuk dah..



Takkan ada perkataan yang caring nak mampus.. sebagai contoh :

1. Sayang ... sayang kat mana ? GPS please!
2. Sayang.... sayang dah makan ? Kalau belum nak I tapaukan ke ?
3. Sayang...sayang sayang sayang² ?

Hambik korang siap kuasa 2..nasib baik aku taktau camna nak pacak kuasa 3 , punca kuasa 2 ke apa ke... Ha ha ha..



Keduanya.. Korang bebas dari segala amaran tsunami yang akan menimpa korang..Maksud aku kat sini.. Kalau korang tak ada awek , so tak payah lah korang nak fikir kalau awek orang lain nak nangis pagi² buta tuh..Best jer lu tidur kan? Ha ha ha.mampus kau kat situ , ketawa macam setan!



Ketiganya..Mungkin korang akan save sikit duit poket korang walaupun korang memang tak ada duit.. Ha ha ha.. nak save celah mana lagi kan ? Kerja pulak mengangur jak .. { mengangur tuh kerja kah ?}
Kalau setiap minggu tidak sah jikalau pasangan dua sejoli keluar berjalan-jalan ke bandar untuk menunjukkan yang mereka tu sweet sangat , dan dah jadi lumrah rakyat malaysia dah , kalau keluar berjalan dengan pasangan, haram nak singgah gerai makan yang tiada standard mesti singgah kedai makan yang ada class paling kurang pun kepci .



Keempatnya... Korang akan lebih tenang untuk memikirkan tentang pelajaran mahupun kehidupan korang . Maksud aku , korang terhindar daripada tekanan perasaan yang bakal menimpa korang . Contohnya lah kan : Ada seorang awek ini dia mengSMS pakwe dia dengan berharap pakwe dia akan membalas pertanyaan nya yang berbunyi : You sayang I tak? 
Tetapi pada malam itu pakwe tersebut kehabisan prepaid dan kedai top up jauh nun di sana, terpaksa lah beliau menanguh dahulu pertanyaan awek tersebut . Keesokkan harinya setelah HP pakwe tersebut di tambah nyawa , beliau pun membalas pertanyaan gediks awek tersebut dan di dapati awek tersebut merajuk kerana menunggu lama lelaki pujaannya tu mengREPLY message beliau dan meminta supaya tidak menegur beliau selama 3 bulan dan pakwe tersebut pun apa lagi frust menongeng lah . Ha ha ha ! Itu cuma perumpamaan aku jak .



Ke10nya... ok aku malas nak tulis lagi. itu jaklah weh , nak lebih-lebih boleh blah! Ingat senang ke nak fikir point2 yang realiti ni? .. So daripada 4 nie.. kepada korang  kat luar sana..ada terasa tak? Apa-apa pun aku nak terajang lompat jak pada siapa yang lepas couple cakap "SINGLE LAGI BEST" Ha ha ha.. korang nak sedapkan hati kan ? Aku tahu , Ha ha ha . Kan dah pecah rahsia .




© Yang Umar Aziman


p/s : Tiba-tiba gua rasa RAJIN nak tidur nie Ha ha ha .. Anyway Keburukan Single? Raise your hands and say it !!
p/s : kalau korang suka post ini dan masih single klik button like Ok. :)

Monday, April 4, 2011

Ucapan Perasmian sempena pertukaran kulit.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertamanya saya ingin memanjatkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di belog yang serba indah ini sempena, 
Majlis Perasmian pertukaran kulit belog saya.
Bagi kali yang kedua. 
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini meskipun anda keseorangan di depan PC masing-masing.

Para hadirin sekalian, 
Tujuan saya menukar kulit belog saya ialah bagi mengantikan kulit yang lama yang kelihatan bosan dan tidak menarik langsung. Proses menukar kulit belog saya ini tidaklah sesakit mana yang anda jangkakan dan memang tidak sakit pun kerana bukan saya yang bertukar kulit tetapi belog saya. Saya berharap dengan kulit yang baru ini, akan menambah lagi semangat yang jitu untuk berblogging dan semoga anda tidak jelak untuk meninjau perkembangan semasa belog saya.

Akhir kalam, saya berharap perjumpaan ini akan dapat menjalinkan perhubungan yang akrab antara kita, dan bagi pembaca yang belum mengikut saya (Follow), saya berharap semoga hati anda terbuka untuk mengikut saya. Hehehe. Ops, Erm...

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan Majlis Pertukaran Kulit Belog Saya.
*kedengaran bunyi paluan kompang memecah suasana. 

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum 
Warahmatullahi Wabarakatuh.



© Yang Umar Aziman



p/s: Sekian sahaja majlis perasmian pertukaran kulit belog insidemyeyeball.blogspot.com yang berlintas lansung di perkarangan PC anda, yang dirasmikan oleh Yang berbahagia... Eh, Encik Yang Umar bin Aziman, pengurus besar insidemyeyeball.blogspot.com. 
p/s: How? You like my new blog layout? Pretty cool right? If you like, press the like button, Ok. =)

Sunday, April 3, 2011

Katy Perry - E.T, Creativity or Illuminati ???

Assalamualaikum.

Hye readers belog insidemyeyeball.blogspot.com. Kali ini aku nak suruh korang usya video music video terbaru dari Katy Perry - E.T. Adalah kawan-kawan aku yang minat Katy Perry ini dan sangat pissed off dengan video terbaru dari Katy Perry ini. Seperti yang aku jangkakan, music video ini banyak jugak unsur-unsur illuminati (Barangsiapa yang rajin + tiada kerja macam aku ini, kaji benda-benda illuminati freemason ini mesti tahu punya lah. Hahaha) Korang tak percaya ? Korang pergi tengok music video kat bawah ini. Ada macam iras-iras video Lady Gaga - Born This Way. Ada manusia berkaki rusa (baphomet) then ada unsur-unsur kelahiran semula, robotik (mind control) dan ending video klip ini ada lah 'the happy couple walk off at the end into the light' (padahal pasangannya tu alien #Fakap),Adakah ini merupakan gambaran dari Brave New World? Lebih mirip Slave New World (order) lepas tu sama jugak macam lagu Britney Spears - Hold It Against Me & Lady Gaga - Born This Way sebab tiga-tiga video clip ini tunjuk asal dorang dari outer space dan yang paling penting music video mereka peliks. 

Korang punya akal untuk berfikir kan? Aku taknak ulas panjang, sebab aku tahu para-para readers aku jauh lebih bijak dari aku, terutamanya korang yang sedang membaca post nie. =)





© Yang Umar Aziman

p/s: Korang nilai sendiri lah ya, sama-samalah kita memperkukuhkan iman kita, dunia semakin jauh tersimpang dari landasannya.
p/s/s: Kalau korang suka dengan post ini, boleh lah klik button like ok, klik lah, klik... Tak nak klik sudah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...