Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi, pandanglah semua itu ke depan, Pandanglah masa depan kita.
Kita lahir dengan 2 telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari 2 buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Bak kata iklan prudential : mendengar merubah segala-galanya. Hehehe!
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas atau perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi satu buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti kita, boleh membunuh, boleh mengoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
p/s: Kurang-kurangkan bercakap, lebihkan mendengar dan melihat benda yang baik bukan yang buruk.
p/s: kalau suka boleh lah like, like lah... :)
No comments:
Post a Comment