Tuesday, April 12, 2011

Belajarlah Daripada Pengalaman Sendiri.



Ada yang kata, pengalaman itu guru terbaik. Maksudnya, kalau kita sendiri yang rasa, baru kita tahu bagaimana rasanya sesuatu itu. Setakat bercakap itu...ini...itu...ini daripada pengalaman orang lain, tak menunjukkan kita seorang yang berpengalaman. Bercakap atas pengalaman sendiri, barulah kita akan lebih feel dan diyakini butiran pengalaman kita.

Saya pernah melihat kelibat seorang pemuzik jalanan yang buta bermain muzik demi meneruskan kelangsungan hidupnya. Dengan cuaca yang terik, saya memerhatikan pemuzik itu sudah basah kuyup disebabkan bahang matahari tengahari tetapi demi mencari sesuap nasi dia tidak berganjak daripada tempat duduknya. Lalu saya bertanya kepada diri saya sendiri "Jikalaulah aku jadi seperti pemuzik itu tentu aku merungut panas dan berganjak ke tempat yang lebih teduh" 

Benarlah, jika kita yang tiada pengalaman, sukar untuk menjawab dan mungkin hanya bijak menutur itu dan ini. Alasan yang memungkinkan pemuzik jalanan itu tidak berganjak daripada tempat nya itu mungkin kawasan itu terdapat banyak orang yang lalu lalang dan mungkin tempat itu sudah menjadi kebiasaan baginya mencari rezeki dengan bermain muzik. Apabila melihat orang sebegini asal usul kejadian nya, terasa benar-benar buat diri ini rasa bersyukur dan insaf. 

Pengalaman hidup yang cetek tak semestinya menjadikan kita cetek akal dan pengalaman kerana saya pernah terbaca satu mutiara kata ini.


Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga golongan.
 Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri ; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. 
Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain ; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup . 
Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain ; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri .

Sejujurnya, paling tidakpun, saya mahu menjadi golongan yang kedua. Minta jauh daripada golongan ketiga. Jadi, sama-samalah kita mencuba untuk jadi golongan yang pertama dan hindarilah daripada jadi golongan yang ketiga. Sekian, Assalamualaikum.  




© Yang Umar Aziman





p/s: Benar atau tidak kenyataan ini? Nak kongsi pengalaman atau ada nak komen?
p/s: Kalau korang setuju dengan statement aku ini, boleh lah klik button like =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...