Saturday, March 19, 2011

RAIL the better WAY to travel.



Assalamualaikum, Hye : )

Entry kali ini, saya nak bercerita tentang kereta api borneo utara yang ada dekat sabah.  Sebenarnya, saya pertama kali naik kereta api ni. (maklumlah, kalau orang kebaruan ni, perasaan excited tu membuak-buak). Satu peringatan lah kalau korang nak naik kereta api ini:  kalau korang terhegeh-hegeh macam mak datin dan datang jam 8 pagi ke stesen kereta api tu. Alamatnya, berdiri lah korang sampai ke Beaufort, sebab orang ramai sangat, yang nak ke papar lah apa lah. Kereta api ni depart approximate jam 8.30 pagi lah dan sampai ke Beaufort dalam jam 10.30 pagi (Alllaaa.. dua jam jak lah, apa lah bha tu). 




Perjalanan jauh naik gerabak antik pengalaman unik untuk nikmati pemandangan indah pedalaman Sabah.Kalau bab-bab pemandangan ni, memang cantik lah, yang terbest sekali apabila lalu jak satu kampung tu, orang kampung apa lagi, macam kena sampuk hantu melihat kereta api lalu depan rumah beliau. hahahah!. MENAIKI kereta api berenjin diesel berusia kira-kira 40 tahun tanpa pendingin hawa dengan kadar tambang RM 4.80 dari Tanjung aru ke Beaufort, Sabah sebenarnya terasa agak menyeksakan jugak lah. Tanpa kusyen yang tak seberapa empuk dan pendingin hawa original dari hutan, perjalanan jauh dengan melalui kawasan berbukit dan pinggir hutan itu terasa agak meletihkan. Namun, di sebalik kusyen yang tak seberapa keras, lantai gerabak yang dipenuhi pasir dan orang ramai datang membanjiri gerabak tersebut, perjalanan itu terasa ada kelainan dan menghiburkan.




Meskipun gegendang telinga disumbat dengan suara enjin diesel kereta api, geseran roda kereta api pada landasan yang membingitkan dan hentakan serta gegaran terhinjut ke kiri dan kanan, perjalanan selama dua jam itu memberikan pengalaman cukup menarik.Kereta api menggunakan enjin motor EX-5 (hahahah!, enjin Hitachi 5101 lah) milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya perkhidmatan kereta api berenjin diesel yang bukan setakat bersifat tunggal di Sabah, malah di seluruh Borneo. 







{yangumar}




p/s: Kalau cerita pun tak guna kalau korang tak rasa sendiri kan?
      click button like kalau korang suka post nie okay. : )

Thursday, March 17, 2011

Saya Suka Awak, Tapi.....



Yang pertama disoalkan kepada saya adalah ini: " Mye, aku dah lama dah suka kat satu perempuan ni, aku kenal dia kat facebook, kami rapat sangat,  kalau aku cakap nama perempuan ni, kau mesti kenal. Tapi.... aku tidak tahu macam mana nak luahkan perasaan kat dia,. Jadi?, kau ada apa² cadangan tak? 



Penyoalnya adalah seorang teman rapat, sedang duduk kat atas sebuah tembok koridor, memandang langit, ( dia berbuat begitu supaya menambahkan lagi feel luahan hatinya kot). Saya menjawab: Erk... aku tidak tahu sangat pasal cinta² ni, sebab aku bukannya pernah bercinta. Kau tanya lah, kepada kawan² kau yang sedang hangat bercinta tu."  



Satu fakta tentang saya: akan menjadi blur apabila ada seseorang menyoal tentang cinta kepada saya, kerana saya tidak pernah bercinta. Tetapi, sebenarnya saya tahu hala tujunya, kenapa dia menyoal sebegitu. . Memang, kadang-kadang, ada orang yang susah nak luahkan perasaan dia dekat seorang wanita dan selalunya perkataan “saya suka awak” akan diluahkan oleh si lelaki kepada si wanita  Kan? tapi nak luahkannya kepada seorang wanita yang kita suka , serious confirm muka merah , hati berdegup 400 kali seminit sampai boleh dengar degupan dari luar dan telinga kita panas tak ingat punya! kan ? tak payah tanya dah sebab aku dah laluinya jugak hahahaha....



Lelaki kalau nak approach perempuan yang disukai sangat memerlukan ‘ayat’ dan ke’konfidenan’ yang agak tinggi sebab sekiranya tak ada konfiden dan nampak sangat gabra depan awek sebelum approach dan disitu nampak sangat korang tak cool atau tak biasa disisi perempuan hehe. [read jangan overconfiden dah lah]
Okay, bila lelaki nak approach pompuan yang dorang suka , memang segan tak ingat dan bila si lelaki tak suka perempuan itu, memang takkan ada rasa nak segan sebab kita memang tidak ada hati kat perempuan itu. Tapi macam saya cakap kat atas tu, bila lelaki suka kat perempuan itu atau dalam erti kata lain, si lelaki ada hati dengan perempuan. Confirm aku cakap korang(lelaki) memang segan nak menyuarakan perasaan dia terhadap perempuan itu.



Dan satu lagi aku nak kata dekat perempuan. Tapi ini  hanyalah pandangan dan pendapat saya. Si lelaki ni bila dah suka kat perempuan tu confirm cara komunikasi berlainan! Contohnya   “saya – awak”   “namalelaki – namaperempuan”    “i – u”   dan benda nie sebenarnya mengikut peredaran semasa hahaha kan dah kantoikan!



Tapi, ada jugak yang menggunakan khidmat orang tengah untuk meluahkan perasaan cinta dia. Tapi, cara ni saya tak galakkan lah, sebab korang akan dilebelkan sebagai pengecut oleh perempuan tersebut apabila perempuan tersebut tahu yang korang ni siok kat dia dan yang lebih parah lagi apabila orang tengah yang akan sangkut kat hati perempuan yang korang idamkan tu.



 Kawan saya menawarkan soalan: "Tapi muka saya tak adalah hensem mana kalau nak dibandingkan dengan kecantikan perempuan tu."

Saya: "Muka hensem ke tidak hensem itu belakang cerita lah yang penting sekarang setiap orang ada kelebihannya , mungkin kau masih tak nampak kelebihan kau dan kalau dah awal² kau menyerah macam mana ko nak dapatkan dia? ." 

Kawan saya: "Ialah, aku takut dia tak terima aku, aku tengok perempuan macam dia tu memang jenis yang memilih berdasarkan rupa."



Kenapa Hakimi Cinta Berdasarkan Rupa?
Menghakimi orang lain adalah hobi atau 'bakat semula jadi' kita sebagai manusia. Memulakan sesuatu perhubungan memerlukan sesuatu banyak penghakiman, walaupun hakim ini (berserta barisan pendakwaraya dan peguam bela) tidak semestinya memberi verdict yang betul. Misalnya, seorang jejaka terigau-igau akan temannya yang cantik menawan bak Lisa Surihani (macam kes kawan saya ni lah), sentiasa wangi, berpakaian anggun dengan potongan badan kalah Rozita Che Wan. Pada penghakimannya, pastilah si jelita ini wanita sempurna dan pembersih yang tip-top, sedangkan bukti² mensabitkan yang si jelita ini rupanya cantik apabila bersiap sahaja tapi malas membasuh pinggan. Ataupun jejaka penuh karisma macam Shamsul Yusuf, yang menceriakan hari kita ini rupanya Haji Bakhil yang gengam tak tiris.




Kawan saya sekali lagi melemparkan soalan:  "Nanti, kalau aku dah luahkan perasaan aku dekat perempuan tu dan dia kata 'dia dah ada boyfriend, dan tak suka aku' ?."

Saya: "Dah kalau macam ini punya statement baik kau balik rumah online facebook lepas tu  mengadu kat dinding, setel."




4 Simptom Yang Dihadapi Bagi Pesakit 'Secret Admire.'

 1. Korang segan nak luahkan kepada dia.
       perkara ini banyak berlaku kepada perempuan. Yeah, saya jarang nampak perempuan approach lelaki so kebanyakkan secret² admire ini akan terjadi kepada perempuan lah kan. Namun begitu , perkara ini jugak akan berlaku kepada si lelaki bila sikap gentleman dia tidak ada dalam diri. 


2. Korang mungkin menjadi Stalker yang hebat!
Perkara ini berlaku kerana bila point (1) terjadi , maka korang akan stalk sehabis mungkin. Tak kisahlah kalau dia ada blog / facebook / twitter dan sebagainya. Korang akan tengok apa jak yang dia buat sampailah point ke (3) akan muncul dalam diri korang.


3. Korang akan jeles tanpa sebab!
Kenapa saya cakap tanpa sebab ? sebab bila korang tengok dia suka melayan seseorang di facebook / twitter . maka korang akan jeles walaupun korang tak ada ikatan dengan beliau. hahahaha kan?


4. Korang akan jadi caring gila terhadap beliau
Bila korang mula jeles , maka perkara ini ‘mungkin’ akan berlaku dimana korang akan caring tahap gila 'ba alif ba ya'  kepada beliau. korang akan support dia walau macam mana sekalipun dengan hajat , beliau akan menyukai korang dengan perbuatan korang itu .





So kesimpulannya , tiada tapi dalam rasa nak menyambungkan perhubungan cinta sekiranya korang teringin sangat nak kat dia. Bila korang dikecewakan hanya kerana ditolak hidup² oleh si perempuan, Hati pun senang dan tak payah nak ambik tahu lagi pasal dia kan? cari jak perempuan lain kan ramai  hahaha!



Kepada lelaki , konfiden! tak kesah kalau di’reject’ at least kau mencuba untuk approach dia daripada diam! hahaha. Jangan terlalu memikirkan yang awek² lawa hanya untuk lelaki² hensem! Oh! tidak sama sekali ya dan jangan pula awek² tak lawa hanya untuk lelaki² hensem! itu lumrah kita ada jodoh adalah hehe.







{yangumar}




p/s: kalau korang suka Entry nie, klik button like okay. : )

Tuesday, March 15, 2011

Déjà vu


Pernahkah korang  mengunjungi sebuah tempat untuk pertama kalinya dan tiba-tiba korang merasa familiar dengan tempat tersebut ? Atau pernahkah korang berada dalam suatu peristiwa ketika tiba-tiba korang merasa bahawa korang sudah mengalaminya walaupun korang tidak dapat mengingat bila terjadinya peristiwa itu? itulah deja vu, salah satu fenomena misteri dalam kehidupan manusia.( Ceh, bercakap macam profesor.)


"Mye, aku rasakan aku pernah melakukan hal yang sama, gerakan yang sama"

Penyoalnya adalah seorang teman rapat, time ni masa kat asrama lagi, sedang meminum air milo panas, sambil berborak dengan rakan-rakan lain. Walaupun soalan  itu terdengar menakutkan dan mampu membuatkan saya berhenti mendengar borakan teman-teman yang rancak berborak tapi untuk menjawab persoalan kawan saya itu saya punya menjawab. You've experienced déjà vu. Air milonya, dibuat satu gelas jak, tapi yang minum berbelas orang.


Déjà vu adalah sebuah frasa perancis dan ertinya adalah 'eh!, macam pernah ku lihat... tapi di mana ya?' (Hahaha, just kidding.. maksud sebenar ialah'pernah lihat'). Maksudnya mangalami sesuatu pengalaman yang dirasakan pernah dialami sebelunya. Menurut para pakar, 70% penduduk bumi pernah mengalami fenomena ini.


Hampir semua daripada kita pernah mengalami apa yang dinamakan deja vu; sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahawa peristiwa baru yang sedang kita rasakan pernah kita alami sebelum ini.
Kemisteriusan fenomena deja vu ini kemudian melahirkan beberapa teori metafisis yang cuba menjelaskan sebab musababnya. Salah satunya adalah teori yang mengatakan bahawa deja vu sebenarnya berasal dari kejadian serupa yang pernah dialami oleh jiwa kita dalam salah satu kehidupan sebelumnya di masa lampau. Bagaimana penjelasan ilmu psikologi sendiri?





Foto di atas adalah foto ilustrasi "Puncak gunung es" yang terkenal. Para ahli 'otak' sering menggunakan ilustrasi di atas untuk menunjukkan seperti fikiran  kita yang sebenarnya. Permukaan air adalah batas sedar kita. Fikiran sedar kita adalah bongkahan yang muncul di atas permukaan laut. Manakala fikiran bawah sedar adalah bongkahan raksasa yang ada di dalam laut.
Menurut mereka, sesungguhnya sebagian besar informasi yang kita terima tersimpan di fikiran bawah sedar kita dan belum muncul ke permukaan. Hanya sebagian kecil dari informasi yang kita terima benar-benar kita ingat atau sedari. Prinsip ini adalah kunci penting untuk memahami Deja Vu.


Bagaimana deja vu berlaku?
Pada awalnya, beberapa ilmuwan beranggapan bahawa deja vu terjadi ketika sensasi optik yang diterima oleh sebelah mata yang sampai ke otak (dan dipersepsikan) labih dulu daripada sensasi yang sama yang diterima oleh sebelah mata yang lain, sehingga menimbulkan perasaan familiar pada sesuatu yang sebenarnya baru pertama kali dilihat.


Teori yang dikenali sebagai 'optical pathway delay'  ini dinafikan pada bulan disember tahun lalu ditemui bahawa orang butapun mampu mengalami deja vu melalui indra sound, taste or even smell. 


Selain itu, sebelum Chris Moulin dari University Of Leeds, telah menemukan pula penderita deja vu kronik; orang-orang yang sering dapat menjelaskan secara jelas peristiwa -peristiwa yang tidak pernah terjadi.
Mereka merasa tidak perlu menonton TV kerana merasa telah menonton rancangan TV tersebut sebelumya (padahal belum), dan mereka merasa tidak perlu pergi berjumpa doktor kerana mereka sudah pergi ke doktor dan dapat menceritakan hal-hal selama kunjungannya. 

Peliks kan?




{yangumar}




p/s: Kalau korang suka post ni, klik button like okay : )

Friday, March 11, 2011

Petua Menjadi Kurus Kering.




Petua pertama untuk menjadi kurus kering adalah dengan memakan makanan beracun. Setelah terpaksa membuang air besar sekali dalam 15 minit, korang akan kehilangan banyak air, korang akan kelihatan seperti asam kecut. Akibat keracunan makanan, korang boleh minta surat doktor yang menyatakan korang perlu ponteng sekolah atau ponteng kerja dapat MC. Atau, korang juga boleh menggunakan jamu, seperti kawan saya, Ayien.


Ayien: "Mulai hari ini, aku nak kuruskan badan aku."


Saya yang tadinya sedang mahu menawarkan beliau paket-paket biskut dari loker, terus tawar hati dan tak jadi. Maka kami hanya duduk la-la-la-la di dorm, tidak tahu mahu buat apa, tersangkak dalam keboringan.

Ayien menyoal saya: " Engkau hidup untuk makan atau makan untuk hidup?"

Saya kata entah, kerana memang jawapannya entah. Saya tidak ada masa untuk memikirkan jawapan bagi soalan eksistensialisme bangang seperti itu. Tetapi, sebenarnya saya tahu hala tujunya, kenapa dia menyoal sebegitu. memang, kadang-kadang, ada orang makan terlalu banyak, tidak memandang kiri kanan, sehingga seolah-olah kehadirannya di dalam dunia ini memang bertujuan untuk makan. Orang spesis ini banyak dilihat di meja bufet. Tetapi saya tidak kisah mereka. Apa salahnya 'mentekedarah' di meja bufet? Lagipun, caj yang dikenakan oleh restoran-restoran adalah atmosferik tinggi, bagus dan amat berpadanlah jika kita turut makan secara atmosferik, supaya rasa berbaloi juga membayar berpuluh-puluh ringgit.


Walau bagaimanapun, jika melihat dari sudut lain, makan terlalu banyak pula adalah amat mudarat untuk kesihatan. Lagipun, menurut statistik di Amerika, lebih ramai orang mati kerana terlalu banyak makan daripada mereka yang mati kerana kelaparan tidak cukup makan.


Semasa saya kecil, masih budak-budak, saya tidak beberapa gemar makan. Saya suka bermain, memanjat pokok, berlari-lari tak tentu arah, main bas-bas, meredah belukar, naik bukit tengok matahari terbenam (ish, rindu pulak nak buat semua nie. Main bas-bas tu saya reka sendiri, saya jadi konduktor serta pemandu bas dan budak-budak lain kena bayar tiket untuk naik bas batang kelapa saya. Destinasi bas adalah unlimited, korang boleh ke planet apa sahaja).


Saya tergolong dalam kanak-kanak yang terlalu susah dipaksa makan oleh emak saya. Petua kedua untuk menjadi kurus kering adalah dengan tidak makan, berhenti menyuap makanan ke dalam mulut. Jika haus, minum air jak. Itulah saya semasa masih kanak-kanak dahulu, jika diberi upah  mencabut uban datuk saya, saya tidak guna untuk membeli makanan betul-betul sekadar membeli makanan ringan yang tidak seberapa berkhasiat. Tetapi, angin saya berubah semasa sekolah rendah, saya start kuat makan, diberi wang saku untuk membeli makanan pada waktu rehat sekolah, saya gunakan sebaik mungkin tiada istilah jimat masa tu, dan hasilnya saya berjaya gedempolkan badan saya. Masuk jak sekolah menengah, saya dimasukkan ke asrama, my first impression pasal asrama ni ialah 'tidak cukup makan' (alllaa.. macam mana lah mau 'mentekedarah' lagi ni). Warden pun ada perigatkan saya bahawasanya, saya akan menjadi kurus dalam masa 3 bulan di asrama nie. Apabila selesai jak sekolah menengah dan selama 5 tahun bertarung dengan nafsu makan di asrama, saya berjaya kuruskan sedikit badan saya. THANK YOU ASRAMA!!! hehehehe.








Penyakit Psikologi Lelaki
Petua ketiga menjadi kurus kering adalah dengan menjadi psiko dan gila. Cuba anda fikirkan, orang tidak siuman yang berlegar-legar di pesisir jalan raya jarang kita perhatikan sebagai gemuk gedempol. Kebanyakan orang gila adalah kurus kering tidak terurus, bukan?

Ada satu penyakit psikologi yang direkodkan selalu menjangkiti kaum lelaki, dipanggil adonis complex. Seorang dikatakan menghidap adonis complex apabila sentiasa berasa tidak puas hati melihat tubuhnya di dalam cermin. Tetapi, adonis complex merasakan dirinya tidak cukup sempurna, sifat yang selalu diperhatikan pada ahli-ahli bina badan yang tidak sedar dirinya sudah cukup besar, masih mahu meng'hulk'kan diri dengan mengangkat besi. 

Saya di dalam dorm masa tu sudah mula mengoyang-goyang mengegarkan kaki, berasa stress dan lapar. Menurut saintis, satu lagi petua untuk kurus adalah menggoyang-goyang kaki (fidgeting) 


Orang 'Stress' Mudah Kurus?
Seperti dilaporkan dalam jurnal akademik bertajuk cell metabolism, Profesor Mathias Treier, seorang saintis jerman membuat kajian dan mendapati, mereka yang tidak boleh duduk diam, suka menggoncang-goncangkan kaki, mengetuk-ngetuk meja dengan kuku, adalah lebih terbukti lebih kurus daripada mereka yang tenang. Orang tenang susah untuk menjadi kurus berbanding orang stress. Perhatikan: Tekanan perasaan boleh membuatkan anda kurus. No suprise there.


Satu lagi petua untuk kelihatan kurus adalah dengan berdiri dalam kalangan orang yang lebih gemuk montel daripada kita. Saya belajar itu daripada E! Entertaiment Channel.
Tiba-tiba ketika itu, setelah berfikir sejenak, barulah saya sedar kenapa Ayien begitu taksub menjadi kurus, dan kenapa di nekad untuk memakan jamu, dan kenapa dia menyoal saya soalan yang eksistensialisme bangang. Setiap perkara yang terjadi ada alasan dan puncanya. Seperti kata pakcik Isaac Newton, for every action, there's an equal an opposite reaction. 


Satu lagi petua untuk menjadi kurus kering adalah dengan patah hati. Anda akan menangis berhari-hari dan berhenti makan, anda akan mengurung diri di dalam bilik bangun tidur bangun tidur setiap hari, korang akan rasa macam nak mati. Tetapi, selepas itu, selepas semua luka ditinggalkan di belakang, korang akan nampak fabulous! 



{yangumar}


p/s: Kalau korang suka post nie, klik button like okay.  : )

Mencuri Suami Orang.




Yang pertama disoalkan kepada saya adalah ini: Kenapakah awek yang aku minat tu sibuk mengorat kawan aku yang lain? suami orang pula tu. Kenapa anak-anak dara zaman moden ni suka mencuri suami orang? Apa kurangnya kami yang masih bujang ni?


Penyoalnya adalah seorang teman lama, jarang-jarang berjumpa, sedang menghembus asap rokok bertalu-talu sambil mendongak (barangkali supaya asapnya tidak merebak ke arah saya). Saya boleh beri tiga alasan pada waktu itu juga, jawapan bagi persoalannya; alasan-alasan kenapa wanita tidak memilih dia sebagai pasangan. Tetapi saya diam sahaja, tidak sanggup melukakan hati. Asap rokoknya, satu jenama murah, berbau macam kebakaran hutan.


Kenapakah anak-anak dara suka suami orang? Memang, apa yang dia tanya dan nyatakan itu adalah sahih dan benar serta telah dibuktikan oleh sains. Memang suami orang sentiasa laku dalam pasaran. Barangkali, kerana itu lah poligami dibenarkan. Kerana itu jugaklah kita selalu mendengar kisah rumahtangga yang dimusnahkan oleh pihak ketiga lalu didirikan semula, disebarkan oleh media massa dan kaki toge ( Bahasa bugis yang saya TERbelajar di asrama, yang membawa maksud 'mengumpat'). Para doktor dan profesor serta sosiologis bijak pandai telah membuat satu kajian lalu merumuskan, awek-awek memang lebih meminati suami orang. Lagi kahwin, lagilah mereka suka. Semacam ada megnetisme di situ.


Pada tahun 1992, satu penyelidik tentang ini telah diterbitkan dalam prosiding national academy of sciences di Amerika. Kajian dilakukan oleh Lee Alan Dugatkin dari Universiti Louisville di Kentucky. Tetapi beliau mengkaji tentang perhubungan suami isteri beberapa keluarga Ikan gapi, bukan manusia. 

Kawan saya, dia sedang terkebil-kebil, lalu berkata: Kentucky tu ayam goreng kah?
Saya rasa dia membuat lawak, tetapi, wallahu'alam. 


Menurut kajian, pada awalnya ikan-ikan gapi betina di dalam aquarium akan lebih tertarik dengan calon-calon jantan yang lebih kacak (kalau dalam dunia ikan, kacak bererti: Lebih berwarna-warni). Tetapi setelah beberapa ketika, apabila ikan-ikan betina yang masih single melihat ikan jantan yang sudah 'berkahwin', gapi-gapi dara betina akan mula menukar taktik. Mereka mula lebih menggemari suami orang (sebenarnya istilah yang paling sesuai adalah 'suami ikan' tetapi macam tidak kena sahaja, maka saya akan kekalkan istilah 'suami orang'), walaupun suami orang itu hodoh dan tidak sewarna-warni seperti ikan-ikan bujang.


Mengapa Perempuan Suka Curi Suami Orang?
Maka bermulalah episod dramatik perampasan suami-suami orang ikan-ikan gapi di dalam akuarium persis drama TV3. Boleh diselitkan muzik-muzik melodrama kalau mahu. Seterusnya, setelah memerhatikan selama beberapa ketika, beberapa ikan-ikan jantan suami-suami orang menjadi popular, berkahwin ramai dan berpoligami. Dan beberapa ikan-ikan bujang diketepikan tidak berpasangan. Ini bukan sahaja benar dalam dunia rumahtangga ikan, tetapi beberapa haiwan lain seperti spesis burung dan mamalia juga telah dikaji mempamerkan sifat-sifat yang serupa.


Kerana rokoknya sudah menjadi puntung, teman saya menyalakan sebatang rokok baru, membuatkan saya tidak selesa, lalu menyoal: Rokok kau ini, kau beli kat hutan tropika mana?
Dia: Kenapa ikan gapi betina pun suka suami orang? Aku tak faham lah perempuan ni.

Saya: Mungkin mereka dijadikan Tuhan sebegitu. Dah Difitrahkan secara biologi, orang perempuan suka mencuri suami orang.

Dia: kalau semua awek cun yang aku minat suka suami orang, sampai bila-bilalah aku akan membujang tak kahwin-kahwin.

Saya: Nduk, kasihan.

Dia: Atau, mungkin aku boleh mengorat isteri orang?

Saya: Hmm... boleh dipertimbangkan juga.

Dia: Atau, aku boleh bela misai lebih tebal, laki orang selalunya ada facial hair.

Ting.. Saya sepeti boleh nampak mentol menyala di atas kepalanya
Seperti telah diterbitkan dalam laporan penyelidikan, terdapat beberapa teori yang menerangkan kenapa pencurian pasangan itu berlaku. Mungkin, ikan-ikan gapi betina bertindak sukakan suami orang kerana mereka lebih berpengalaman. Dalam dunia haiwan, pengalaman adalah lebih penting untuk menghasilkan anak-anak berbaka baik. Haiwan-haiwan betina memerlukan father-figure yang terbaik, seorang alpha male. Pengalaman jugalah yang menentukan masa depan rumahtangga, memastikan bahawa keluarga mereka akan hidup terancang, mewah dan makmur.

Pengalaman seksologi juga penting , tetapi tak payahlah saya huraikan di sini untuk mengelakkan entry ini menjadi satu episod persenggamaan ala National Geographic. Mungkin setelah melihat suami-suami orang itu menjaga dan membelai isteri-isteri ikan-ikan gapi masing-masing dengan penuh kaliber dan kasih sayang, anak-anak dara pun mahu dijaga dengan serupa - lalu merampas suami-suami itu daripada isteri-isteri mereka.


Rebut Lelaki Popular Lebih Mencabar
Saya: Sama juga seperti manusia. Suami-suami orang lebih berpengalaman dalam rumahtangga, mereka lebih tahu selok-belok seorang wanita. Mereka tahu tentang perempuan dari hujung kaki. Sebab itulah anak dara pingitan lebih tertarik kepada suami orang, sama ada bermisai atau pun tidak, dan tak suka kepada engkau. Engkau tu apa ada? Setakat motor kapcai jak, mana cukup?


Nak dijadikan cerita lah pasal cukup mencukup ni, masa ni aku duduk kat asrama lagi, adalah satu hari tu,warden kami ni nak minta tolong angkat barang yang segerabak kat rumah dia tu, sebab dia nak pindah rumah, jadi habis jak angkat barang, kami pun dibelanja kepci, ( Huh!, gembiranya hati apabila mendapat berita bahawa kami akan dibelanja makan kepsi, maklumlah budak asrama satu tahun sekali makan ayam), cerita ni bermulah apabila kami siok 'mentekedarah' kat restoran kepci tersebut, warden kami kata: Kalau kamu nak kahwin, kamu mesti ada rumah dan kereta, barulah terjamin hidup isteri kamu. Macam warden, dah ada rumah dan kereta.

Nadanya seperti hendak mencemburukan kami, lalu dengan selamba kodoknya kami melemparkan soalan yang berbunyi: aisbox?

Warden: Hah?, wajiblah.

sebenarnya, kami sengaja jak nak kenakan warden kami tu, dan ada cerita di sebalik aisbox tersebut. hehehehe. 

Ops, berbalik kepada tajuk entry,

Satu lagi teori yang menerangkan tentang tarikan suami orang kepada gadis-gadis sunti adalah kerana peer pressure. Saintis mendapati, barangkali, suami-suami orang menjadi tarikan kerana mereka terbukti diminati oleh perempuan lain. Ini benar bagi pelbagai spesis haiwan, termasuk maunusia. Kadangkala, seorang lelaki itu menjadi popular dan dilabel sebagai simbol seks kerana beliau diminati ramai (terutamanya di kalangan selebriti manusia). Oleh kerana peer pressure, orang perempuan seantero dunia  menggeletis berebut-rebut mahu turut meminati selebriti tersebut kerana tidak mahu ketinggalan.

Kadangkala, selebriti itu tidaklah lawa pun, ada yang muka pecah rumah, atau muka pucat kegemerlapan macam vampire, tetapi tetap berebut-rebut anak dara mahukan dia.

Saya: Seorang suami orang menjadi tarikan kerana beliau sudah terpilih. Kadangkala, orang perempuan tak kisah lelaki itu lawa kah tak. Diorang nak cari lelaki yang orang perempuan lain pun ikut memilih dan suka. Mereka mahu lelaki yang boleh membuatkan  perempuan lain cemburu. Mungkin kerana itulah mereka suka berebut suami orang. Dalam ilmu sains, terdapat istilah bagi fenomena ini, dipanggil wedding ring syndrome. Lelaki dengan cincin perkahwinan di jari manisnya, akan lebih laku berbanding lelaki berjari kosong. Teman saya itu, matanya mencerlang. Saya syak mentol di atas kepalanya masih belum padam. Dia cucuh rokok di dalam asbak, tersengih kepada saya.

Dia: Jom, kita pergi Habib Jewels kat suria tu.

Saya: Hah?

Dia:  Aku nak beli cincin kahwin satu, supaya jari aku tak kosong. Yang murah-murah pun tak apalah. Kalau awek-awek nak cari suami orang, aku pun boleh jadi suami orang celup.

Saya: Hah? kau mana ada duit?

Teman saya tu  bangkit memberi satu topi kelendar kepada saya, berkata: Jom!

Saya pantas menolak, menyuruh dia pergi seorang, tak mahu melibatkan diri. Dia seperti tidak kisah, menghidupkan enjin motor kapcainya, lalu segera meninggalkan saya.



{yangumar}



p/s: Kalau korang suka post ni, klik button like okay. : )

Friday, March 4, 2011

Awhhhhhhh!





" Ehh, tutup mulut tu kalau menguap nanti masuk lalat! " ,bebelan seorang ibu kepada anaknya.
Sejak kecil kita telah didik oleh kedua ibu dan bapa supaya menutup mulut ketika menguap. Di Greek pula, terdapat satu kepercayaan yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas melalui mulut. Tetapi lain pulak orang kita, kalau boleh menguap biar mulut tu terbuka luas sampai nak tercabut rahang tengkorak.







Berbalik pada tajuk entry, sebenarnya saya nak kongsi dengan korang serba sedikit fakta tentang menguap ini. Secara logiknya, apabila berasa mengantuk atau letih, pasti kita akan menguap. Namun, menguap tidak bererti kita sedang rasa mengantuk. Jika korang sedar, kadang-kala kita boleh lihat satu fenomena peliks di mana, apabila ada seorang itu menguap, pasti akan ada orang lain juga yang akan menguap. 







Hendak di jadikan cerita, aku dapat fakta ini sejak aku tinggal asrama time 2008 lagi dan orang yang First mengemukakan fakta nie kat kau ialah Ayien, kawan sedorm aku. Beliau cakap menguap ini cepat merebak, jadi tak semena-menanya kami pun membuat uji kaji ke atas seorang lagi kawan sedorm aku yang tengah siok baring kat atas katil (nama dia? entah aku dah lupa dah), aku pun secara tiba-tiba menguap depan muka responden tersebut dan terus lari, aku tak tau lah sama ada mulut aku time tu wangi atau pun tak , Lantaklah!. Selang beberapa saat kami mengintip, responden tersebut menguap juga dan terus tidur *hampeh betul!.
Malah ada juga yang cakap, kalau membaca perkataan 'menguap' juga boleh membuatkan kita mengalami situasi menguap secara tiba-tiba.






Ada beberapa penyelidik juga mengakui, 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap juga cenderung untuk menguap. Soalnya, apakah ini semua ini benar?. Berdasarkan kepada beberapa kajian saintis, menguap berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Selain itu ada teori yang menyatakan menguap boleh melaraskan sistem badan manusia.
Secara teknikalnya, menguap adalah keadaan fisiologi yang berlaku secara serentak di mana semasa seorang itu mengambil udara untuk bernafas, berlaku rengangan pada gegendang telinga.








Bagaimanapun, perbuatan menguap bukan sahaja berlaku pada manusia. Haiwan juga mengalaminya. Namun, menguap di kalangan haiwan mempunyai maksud lain misalnya gorilla akan menguap sebagai isyarat kepada kumpulannya supaya melindungi diri masing-masing. Anjing pula menguap untuk memperlihatkan gig taringnya supaya ditakuti musuh. Tapi, kalau spesis kucing tak pasti pula, disebabkan mengantuk kot.











Berdasarkan hasil kajian beberapa penyelidik, didapati menguap dapat disimpulkan kepada 3 teori utama, iaitu teori fisiologi, teori evolusi dan juga teori bosan.
Teori fisiologi adalah satu keadaan di mana  seseorang yang menguap itu sedang memerlukan oksigen yang lebih untuk di bawa ke paru-paru bagi menyingkirkan karbon dioksida. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila kita berada di bilik tertutup seperti bilik mesyuarat, kelas dan juga tempat-tempat yang penuh dengan orang ramai.
Apabila sesebuah bilik tertutup itu dipenuhi orang ramai, maka lebih banyak karbon dioksida disingkirkan dan lebih banyak pula oksigen yang diperlukan. Jadi, keadaan ini merupakan punca mengapa seseorang itu menguap dan diikuti oleh individu lain. Faktor juga boleh menjadi penyebab seseorang itu menguap.
Bukan itu sahaja, para saintis mendapati secara fisiologinya menguap boleh mengawal suhu otak seseorang.



Bagaimanapun terdapat saintis menyatakan menguap adalah satu evolusi. Ia dibuktikan melalui masyarakat zaman purba dahulu yang menguap disebabkan mahu menunjukkan gigi mereka bagi menakutkan musuh.



Meskipun begitu, ramai pengkaji tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Mereka lebih gemar mengaitkan keadaan itu dengan bosan. Mereka berpandapat, bosan adalah punca kenapa perkara ini berlaku. Hal ini dapat dibuktikan melalui perlakuan remaja yang akan menguap apabila mereka bosan.
Fakta adalah punca seseorang menguap disebabkan situasi melihat orang lain menguap, membaca maklumat menguap atau mendengar perkataan 'menguap; tidak boleh disangkal kerana perkara ini adalah benar.









Secara biologinya, penyelidik mendapati menguap boleh dikaitkan dengan emosi atau dalam erti kata lain melalui kaedah 'brain imaging; iaitu salah satu bahagian otak yang berkaitan dengan emosi. Menguap juga menyebabkan pertambahan rembesan hormon atau sistem endokrin yang sering dikaitkan dengan emosi dan empati seseorang. Empati adalah satu keadaan yang membolehkan seseorang itu memahami dan merasai perasaan orang lain dan sangat penting dalam perkembangan kognitif seseorang.

Menjawab persoalan mengapa menguap boleh berjangkit, ia sebenarnya berkaitan dengan konsep 'emotive contagion' iaitu bergantung kepada seseorang untuk memahami orang lain kerana sesetengah manusia sangat sensitif dengan perasaan dan emosi seseorang.

Bagaimanapun, didapati para atlet turut menguap selepas merengangkan otot-otot badan kerana ia akan memberi lebih kesegaran kepada sistem badan kita.







p/s : banyak kali aku menguap bila buat entry nie, korang jangan pulak menguap bila membaca ya, nanti tertidur pulak depan PC hehehehe.







{yangumar}



Tuesday, March 1, 2011

Selamat Hari Abang!!!!!



Kadang-kadang, sesuatu yang sentiasa berada di depan mata kita, itulah perkara yang paling diambil 'dont know'. Seperti kuih yang dibeli pagi tadi, oleh orang yang kita sayangi, namun sesudah hampir basi, sejuk gedi, baru tergerak untuk kita menyentuhnya. Itu pun, hanya dimakan sipi-sipi, letak hujung lidah, rasa sedikit kemudian terus tinggalkan. Alasannya? Dah sejuklah.... esok belilah lagi. Apa sahaja. Manusia dan alasannya, mungkin sampai bila-bila tidak akan ada akhirnya.



Berbalik pada tajuk entry, berkenaan dia yang lahir awal sedikit daripada kita. Bukan semua orang mempunyainya *kepada reader yang tiada abang tu, tukar jak perkataan abang tu kepada kakak, kalau tiada kakak jugak layan jak entry nie. Sesusuk tubuh bergelar abang. Bukan 'abanggg' panggilan manja mengada-ngada seorang isteri dalam drama Melayu ya, namun abang sejati, lelaki straight abang kandung kita yang boleh menjadi figura bapa pada waktu tertentu kepada adik-adiknya




Kalau filem dan drama, mungkin beratus kisah yang bagus pernah diilhamkan akan hubungan abang dan adik, abang dalam sebuah keluarga, abang yang terjebak dalam sejuta masalah dan seumpanya.







Ladang Jagung Itu Duniaku
Kisah mereka yang diburu dalam Miles From Home (1988) boleh memberi sedikit gambaran hubungan abang dan adik yang utuh. Sudah lama filem ini berputar, generasi kini pemburu makanan enak mesti ambil gambar dan berfacebook mungkin tidak pernah mendengar akannya.

Kisah ini berkenaan adik-beradik Robert lakonan Richard Gere dan Kevin Anderson sebagai petani di mana ladang peninggalan ayah mereka mengalami masalah sehingga hampir diambil-alih pihak bank. Ladang mereka dibakar. Satu perkara membawa ke perkara lainnya sehingga mereka terpaksa berterusan membuat perkara hitam. Penduduk setempat serta petani lainnya ada yang bersimpati malah mengangkat mereka sebagai wira tetapi tidak bagi pihak berkuasa. Meraka diburu dan terpaksa melarikan diri. Matlamat tidak menghalalkan cara untuk orang seperti mereka.

Paling megesankan tentunya kisah perhubungan abang dan adik dalam perjalan hidup yang tunggang-langgang mereka itu. Sebesar mana pun kesilapan mereka, si abang tetap amat sukar melepaskan adiknya begitu sahaja. Sehingga ke babak akhirnya dia harus membuat pilihan dan keputusan yang tidak terjangka. Miles from home boleh juga ditakrifkan seperti sebuah road-movie dengan pengakhiran yang tidak menggembirakan.






Hitam dan Putih Bersimpang-siur
Saya harus menyebut siri supernatural. Dean dan Sam. Dua watak ikonik layar segi empat kala *apa tu? TV lah. Terhibur menontonnya? Dahulunya , pada hujung minggu. Tiada makna, kosong dan bungkam.

Musim bertukar. Kisahnya makin sedap, seolah memakan Maggie kari sekali sekala di waktu hujan lebat seorang diri di asrama tanpa ada seseorang pun yang meminta. Ia menjelma menjadi di sebalik segala angel, demon, tangkap hantu itu, halang pemujaan ini, cuba beli roh yang dijual kepada si durjana hitam kepada keperluan dua beradik untuk kekal bersatu dan berusaha menjaga perhubungan mereka walau ada si mata kuning serta puak-puak yang disangka baik sedang menunggu di belakang pintu mahu memusnahkan mereka dan dunia sekali gus.

Harapan terletak di bahu mereka. Emosi si abang berbelah-bahagi, sekejap bertumbuk dengan adiknya, sekejap berbaik dan berbual mengarut mengutuk sesama sendiri dalam sebuah Impala 67 menempoh perjalanan di malam hari tanpa berkesudahan, kemudian sampai ke pekan kecil entah di mana-mana seperti Black Water Ridge untuk kesekian kalinya dan menyiasat kisah aneh yang melanda.

Si adik mempunyai agenda yang tersendiri, sekejap kelihatan baik, sekejap bersekongkol  dengan sang kuasa  hitam. Siapa yang harus memperbetulkan semua perkara? Si abanglah juga. Nasib baik ada watak si Bobby membantu apa yang patut. Ini bukan corak kehidupan untuk menolong adiknya. Rasa gembira, sunyi, sedih, geram, kosong dan kecewa bersimpang-siur melanda si abang. Kalau dibiarkan, adik sendiri seorang itulah sahaja...








Galaksi Endora yang bergelora
Supernatural mungkin bukan pilihan ramai. Jadi, harus ditenangkan huru-hara di dunia itu dengan kembali ke sebuah pekan kecil yang damai di Iowa di dalam filem What Eating Gilbert's Grape (1993) *Tahun aku lahir. Sampai bila-bila saya akan teringatkan kisah keluarga ini. Seorang abang yang bernama Gilbert lakonan Johnny Depp menjaga keluarganya yang meraih sedih: Adiknya yang istimewa - Arnie *lakonan Leornardo Dicaprio yang cemerlang, emak mereka seorang calon Biggest loser kalau sihat dan boleh beriadah ditambah dengan saudara perempuannya yang sedikit bermasalah. Masuk sekali hubungan peribadi awal si abang (escapism mungkin) yang tidak ke mana-mana.

Ini bukan situasi mudah. Diri si abang kelam-kabut dan berserabut, kena jaga keluarga yang begini pula. Filem ini tenang pengolahannya namun begitu berbekas di jiwa kita dibuainya. Mungkin si abang akan terus tenggelam punca untuk menstabilkan keluarganya di pekan kecil Endora ini namun terjumpa dengan si Becky sedikit membantunya. Saya begitu faham kenapa dia mengambil keputusan untuk membakar rumahnya di akhir cerita. Walau berakhir begitu, si abang masih mahu menjaga maruah ibunya.

Masih mengatakan menjadi seorang abang itu mudah? Ia satu pengorbanan sukar. Siapa yang akan diharapkan untuk membetulkan semua perkara dan membuat keputusan, jika bukan si Abang sulung sahaja tinggal.







Bergasak Dahulu Berfikir Kemudian
Walau bukan Adik-beradik kandung, mungkin hanya saudara tiri namun hubungan abang dan adik itu ialah satu ikatan yang tidak mungkin terputus seperti kisah klasik Lincoln Burrows dan adiknya Michael Scofield dalam siri prison break.

Mungkin ramai lebih memberikan perhatian kepada watak Michael Scofield ini namun watak si abang - Lincoln juga begitu mencabar. Si abang ini kisahnya dia dianiaya, dipenjara serta hampir dijatuhkan hukuman bunuh di kerusi elektrik. Kemudian si-adik datang menyelamatkannya dan berpakat melarikan diri dari penjara. Mereka berjaya namun di luar lebih mencabar berhadapan pihak berkot kemas tapi kejam mahu menjatuhkan mereka.

Semasa berada di dunia gelandangan inilah, terserlah sikap si abang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk si adik. Si abang digambarkan kurang genius berbanding adiknya yang mementingkan kesempurnaan dan merancang rapi setiap tindakannya. Si abang hanya bersandarkan tulang empat kerat, kemahiran menembak dan bergasaknya untuk menyelamatkan keadaan namun dengan tindakan-tindakan itulah yang membuatkan mereka mampu bertahan lama.

Pengakhiran siri ini juga bukan sesuatu yang korang harapkan.












Realiti Sebenar Lebih Berbisa
Saya hanya mengulas sesuatu yang fantasi setakat ini. Hanya mainan pena kreatif si penulis skrip. Kalau di dunia yang nyata, bagaimana pula?

Banyak kisahnya. Katakan korang membaca senaskah surat khabar dan pasti terjumpa, jika tidak setiap hari, kisah keluarga berantakan, ibu dan bapa membawa jalan berasingan, meninggalkan anak-anak yang masih remaja terkontang-kanting dengan anak sulungnya yang lelaki baru lepas SPM dan ada seorang adik kecil yang harus dijaga. Apa harus si abang lakukan? Mahu menyambung pelajaran atau bekerja untuk menyara adiknya ini? Dalam masa yang sama, pihak berwajib mahu tempatkan si adik ke rumah kebajikan. Harus berpisah pula.

Hendak menyedapkan cerita, kisah negatif juga ada seperti yang abangnya sudah berjaya dalam hidup, berkeluarga dan hidup agak mewah. Namun kebanyakan hal ehwal kewangan keluarga kandungnya ditolak ke tepi, dia lebih pentingkan isteri dan anak-anaknya sahaja manakala hal si emak dan segala yang berkaitan diarahkan adik-adiknya yang lain menguruskannya. Tidaklah ke tahap Si Tanggang moderen namun sipi-sipilah....

Saya sendiri ada seorang kakak. Semasa kecil dulu ada lah debik-mendebik, kena marah oleh emak, biasalah adik-beradik.



Epilog Biasa yang Bermakna
Saya bukannya meminta segunung intan untuk diberikan kepada setiap seorang fakir yang ditemui di seluruh pelusuk inci dunia ini, yang kais paginya kadang-kadang dibawa sehingga lewat ke malam hari.

Cuma, meminta agar kita mengenang pengorbanan seorang abang. Kebanyakan daripada kita saya percaya ada kisah menarik tentang abang kita. Berfikir sejenak dan hayatilah ia...... Walau kecil, pasti ada sesuatu yang pernah abang sulung korang lakukan. Mungkin menyelamatkan kita daripada pembuli di sekolah semasa kecil dahulu.

Apa salahnya jika kita, walau secara tidak rasmi, menyambut sehari 365 hari, untuk digelar Hari Abang. Tarikhnya? Biarlah hampir dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa, jadinya Hari Abang kita sambut pada Sabtu minggu pertama Julai, boleh?

Kalau tidak ada kad ucapan Hari Abang untuk dibeli di kedai pun, apa salahnya pada pagi itu, kita belanja saudara tua kita dengan kuih muih yang enak-enak dan masih panas *dari tadi teringatkan tentang makanan, lapar lah pulak. Kita makan bersama, berbual dan bergembira sejenak pada pagi itu. Tidak mahal pun. Yang penting tanda ingatan walau hanya diringi sedikit kuih-muih.

Jangan pula tunggu sehingga ia sejuk gedi baru mahu makan bersama........







{yangumar}



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...