Friday, March 11, 2011

Mencuri Suami Orang.




Yang pertama disoalkan kepada saya adalah ini: Kenapakah awek yang aku minat tu sibuk mengorat kawan aku yang lain? suami orang pula tu. Kenapa anak-anak dara zaman moden ni suka mencuri suami orang? Apa kurangnya kami yang masih bujang ni?


Penyoalnya adalah seorang teman lama, jarang-jarang berjumpa, sedang menghembus asap rokok bertalu-talu sambil mendongak (barangkali supaya asapnya tidak merebak ke arah saya). Saya boleh beri tiga alasan pada waktu itu juga, jawapan bagi persoalannya; alasan-alasan kenapa wanita tidak memilih dia sebagai pasangan. Tetapi saya diam sahaja, tidak sanggup melukakan hati. Asap rokoknya, satu jenama murah, berbau macam kebakaran hutan.


Kenapakah anak-anak dara suka suami orang? Memang, apa yang dia tanya dan nyatakan itu adalah sahih dan benar serta telah dibuktikan oleh sains. Memang suami orang sentiasa laku dalam pasaran. Barangkali, kerana itu lah poligami dibenarkan. Kerana itu jugaklah kita selalu mendengar kisah rumahtangga yang dimusnahkan oleh pihak ketiga lalu didirikan semula, disebarkan oleh media massa dan kaki toge ( Bahasa bugis yang saya TERbelajar di asrama, yang membawa maksud 'mengumpat'). Para doktor dan profesor serta sosiologis bijak pandai telah membuat satu kajian lalu merumuskan, awek-awek memang lebih meminati suami orang. Lagi kahwin, lagilah mereka suka. Semacam ada megnetisme di situ.


Pada tahun 1992, satu penyelidik tentang ini telah diterbitkan dalam prosiding national academy of sciences di Amerika. Kajian dilakukan oleh Lee Alan Dugatkin dari Universiti Louisville di Kentucky. Tetapi beliau mengkaji tentang perhubungan suami isteri beberapa keluarga Ikan gapi, bukan manusia. 

Kawan saya, dia sedang terkebil-kebil, lalu berkata: Kentucky tu ayam goreng kah?
Saya rasa dia membuat lawak, tetapi, wallahu'alam. 


Menurut kajian, pada awalnya ikan-ikan gapi betina di dalam aquarium akan lebih tertarik dengan calon-calon jantan yang lebih kacak (kalau dalam dunia ikan, kacak bererti: Lebih berwarna-warni). Tetapi setelah beberapa ketika, apabila ikan-ikan betina yang masih single melihat ikan jantan yang sudah 'berkahwin', gapi-gapi dara betina akan mula menukar taktik. Mereka mula lebih menggemari suami orang (sebenarnya istilah yang paling sesuai adalah 'suami ikan' tetapi macam tidak kena sahaja, maka saya akan kekalkan istilah 'suami orang'), walaupun suami orang itu hodoh dan tidak sewarna-warni seperti ikan-ikan bujang.


Mengapa Perempuan Suka Curi Suami Orang?
Maka bermulalah episod dramatik perampasan suami-suami orang ikan-ikan gapi di dalam akuarium persis drama TV3. Boleh diselitkan muzik-muzik melodrama kalau mahu. Seterusnya, setelah memerhatikan selama beberapa ketika, beberapa ikan-ikan jantan suami-suami orang menjadi popular, berkahwin ramai dan berpoligami. Dan beberapa ikan-ikan bujang diketepikan tidak berpasangan. Ini bukan sahaja benar dalam dunia rumahtangga ikan, tetapi beberapa haiwan lain seperti spesis burung dan mamalia juga telah dikaji mempamerkan sifat-sifat yang serupa.


Kerana rokoknya sudah menjadi puntung, teman saya menyalakan sebatang rokok baru, membuatkan saya tidak selesa, lalu menyoal: Rokok kau ini, kau beli kat hutan tropika mana?
Dia: Kenapa ikan gapi betina pun suka suami orang? Aku tak faham lah perempuan ni.

Saya: Mungkin mereka dijadikan Tuhan sebegitu. Dah Difitrahkan secara biologi, orang perempuan suka mencuri suami orang.

Dia: kalau semua awek cun yang aku minat suka suami orang, sampai bila-bilalah aku akan membujang tak kahwin-kahwin.

Saya: Nduk, kasihan.

Dia: Atau, mungkin aku boleh mengorat isteri orang?

Saya: Hmm... boleh dipertimbangkan juga.

Dia: Atau, aku boleh bela misai lebih tebal, laki orang selalunya ada facial hair.

Ting.. Saya sepeti boleh nampak mentol menyala di atas kepalanya
Seperti telah diterbitkan dalam laporan penyelidikan, terdapat beberapa teori yang menerangkan kenapa pencurian pasangan itu berlaku. Mungkin, ikan-ikan gapi betina bertindak sukakan suami orang kerana mereka lebih berpengalaman. Dalam dunia haiwan, pengalaman adalah lebih penting untuk menghasilkan anak-anak berbaka baik. Haiwan-haiwan betina memerlukan father-figure yang terbaik, seorang alpha male. Pengalaman jugalah yang menentukan masa depan rumahtangga, memastikan bahawa keluarga mereka akan hidup terancang, mewah dan makmur.

Pengalaman seksologi juga penting , tetapi tak payahlah saya huraikan di sini untuk mengelakkan entry ini menjadi satu episod persenggamaan ala National Geographic. Mungkin setelah melihat suami-suami orang itu menjaga dan membelai isteri-isteri ikan-ikan gapi masing-masing dengan penuh kaliber dan kasih sayang, anak-anak dara pun mahu dijaga dengan serupa - lalu merampas suami-suami itu daripada isteri-isteri mereka.


Rebut Lelaki Popular Lebih Mencabar
Saya: Sama juga seperti manusia. Suami-suami orang lebih berpengalaman dalam rumahtangga, mereka lebih tahu selok-belok seorang wanita. Mereka tahu tentang perempuan dari hujung kaki. Sebab itulah anak dara pingitan lebih tertarik kepada suami orang, sama ada bermisai atau pun tidak, dan tak suka kepada engkau. Engkau tu apa ada? Setakat motor kapcai jak, mana cukup?


Nak dijadikan cerita lah pasal cukup mencukup ni, masa ni aku duduk kat asrama lagi, adalah satu hari tu,warden kami ni nak minta tolong angkat barang yang segerabak kat rumah dia tu, sebab dia nak pindah rumah, jadi habis jak angkat barang, kami pun dibelanja kepci, ( Huh!, gembiranya hati apabila mendapat berita bahawa kami akan dibelanja makan kepsi, maklumlah budak asrama satu tahun sekali makan ayam), cerita ni bermulah apabila kami siok 'mentekedarah' kat restoran kepci tersebut, warden kami kata: Kalau kamu nak kahwin, kamu mesti ada rumah dan kereta, barulah terjamin hidup isteri kamu. Macam warden, dah ada rumah dan kereta.

Nadanya seperti hendak mencemburukan kami, lalu dengan selamba kodoknya kami melemparkan soalan yang berbunyi: aisbox?

Warden: Hah?, wajiblah.

sebenarnya, kami sengaja jak nak kenakan warden kami tu, dan ada cerita di sebalik aisbox tersebut. hehehehe. 

Ops, berbalik kepada tajuk entry,

Satu lagi teori yang menerangkan tentang tarikan suami orang kepada gadis-gadis sunti adalah kerana peer pressure. Saintis mendapati, barangkali, suami-suami orang menjadi tarikan kerana mereka terbukti diminati oleh perempuan lain. Ini benar bagi pelbagai spesis haiwan, termasuk maunusia. Kadangkala, seorang lelaki itu menjadi popular dan dilabel sebagai simbol seks kerana beliau diminati ramai (terutamanya di kalangan selebriti manusia). Oleh kerana peer pressure, orang perempuan seantero dunia  menggeletis berebut-rebut mahu turut meminati selebriti tersebut kerana tidak mahu ketinggalan.

Kadangkala, selebriti itu tidaklah lawa pun, ada yang muka pecah rumah, atau muka pucat kegemerlapan macam vampire, tetapi tetap berebut-rebut anak dara mahukan dia.

Saya: Seorang suami orang menjadi tarikan kerana beliau sudah terpilih. Kadangkala, orang perempuan tak kisah lelaki itu lawa kah tak. Diorang nak cari lelaki yang orang perempuan lain pun ikut memilih dan suka. Mereka mahu lelaki yang boleh membuatkan  perempuan lain cemburu. Mungkin kerana itulah mereka suka berebut suami orang. Dalam ilmu sains, terdapat istilah bagi fenomena ini, dipanggil wedding ring syndrome. Lelaki dengan cincin perkahwinan di jari manisnya, akan lebih laku berbanding lelaki berjari kosong. Teman saya itu, matanya mencerlang. Saya syak mentol di atas kepalanya masih belum padam. Dia cucuh rokok di dalam asbak, tersengih kepada saya.

Dia: Jom, kita pergi Habib Jewels kat suria tu.

Saya: Hah?

Dia:  Aku nak beli cincin kahwin satu, supaya jari aku tak kosong. Yang murah-murah pun tak apalah. Kalau awek-awek nak cari suami orang, aku pun boleh jadi suami orang celup.

Saya: Hah? kau mana ada duit?

Teman saya tu  bangkit memberi satu topi kelendar kepada saya, berkata: Jom!

Saya pantas menolak, menyuruh dia pergi seorang, tak mahu melibatkan diri. Dia seperti tidak kisah, menghidupkan enjin motor kapcainya, lalu segera meninggalkan saya.



{yangumar}



p/s: Kalau korang suka post ni, klik button like okay. : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...