" Ehh, tutup mulut tu kalau menguap nanti masuk lalat! " ,bebelan seorang ibu kepada anaknya.
Sejak kecil kita telah didik oleh kedua ibu dan bapa supaya menutup mulut ketika menguap. Di Greek pula, terdapat satu kepercayaan yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas melalui mulut. Tetapi lain pulak orang kita, kalau boleh menguap biar mulut tu terbuka luas sampai nak tercabut rahang tengkorak.
Berbalik pada tajuk entry, sebenarnya saya nak kongsi dengan korang serba sedikit fakta tentang menguap ini. Secara logiknya, apabila berasa mengantuk atau letih, pasti kita akan menguap. Namun, menguap tidak bererti kita sedang rasa mengantuk. Jika korang sedar, kadang-kala kita boleh lihat satu fenomena peliks di mana, apabila ada seorang itu menguap, pasti akan ada orang lain juga yang akan menguap.
Hendak di jadikan cerita, aku dapat fakta ini sejak aku tinggal asrama time 2008 lagi dan orang yang First mengemukakan fakta nie kat kau ialah Ayien, kawan sedorm aku. Beliau cakap menguap ini cepat merebak, jadi tak semena-menanya kami pun membuat uji kaji ke atas seorang lagi kawan sedorm aku yang tengah siok baring kat atas katil (nama dia? entah aku dah lupa dah), aku pun secara tiba-tiba menguap depan muka responden tersebut dan terus lari, aku tak tau lah sama ada mulut aku time tu wangi atau pun tak , Lantaklah!. Selang beberapa saat kami mengintip, responden tersebut menguap juga dan terus tidur *hampeh betul!.
Malah ada juga yang cakap, kalau membaca perkataan 'menguap' juga boleh membuatkan kita mengalami situasi menguap secara tiba-tiba.
Ada beberapa penyelidik juga mengakui, 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap juga cenderung untuk menguap. Soalnya, apakah ini semua ini benar?. Berdasarkan kepada beberapa kajian saintis, menguap berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Selain itu ada teori yang menyatakan menguap boleh melaraskan sistem badan manusia.
Secara teknikalnya, menguap adalah keadaan fisiologi yang berlaku secara serentak di mana semasa seorang itu mengambil udara untuk bernafas, berlaku rengangan pada gegendang telinga.
Bagaimanapun, perbuatan menguap bukan sahaja berlaku pada manusia. Haiwan juga mengalaminya. Namun, menguap di kalangan haiwan mempunyai maksud lain misalnya gorilla akan menguap sebagai isyarat kepada kumpulannya supaya melindungi diri masing-masing. Anjing pula menguap untuk memperlihatkan gig taringnya supaya ditakuti musuh. Tapi, kalau spesis kucing tak pasti pula, disebabkan mengantuk kot.
Berdasarkan hasil kajian beberapa penyelidik, didapati menguap dapat disimpulkan kepada 3 teori utama, iaitu teori fisiologi, teori evolusi dan juga teori bosan.
Teori fisiologi adalah satu keadaan di mana seseorang yang menguap itu sedang memerlukan oksigen yang lebih untuk di bawa ke paru-paru bagi menyingkirkan karbon dioksida. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila kita berada di bilik tertutup seperti bilik mesyuarat, kelas dan juga tempat-tempat yang penuh dengan orang ramai.
Apabila sesebuah bilik tertutup itu dipenuhi orang ramai, maka lebih banyak karbon dioksida disingkirkan dan lebih banyak pula oksigen yang diperlukan. Jadi, keadaan ini merupakan punca mengapa seseorang itu menguap dan diikuti oleh individu lain. Faktor juga boleh menjadi penyebab seseorang itu menguap.
Bukan itu sahaja, para saintis mendapati secara fisiologinya menguap boleh mengawal suhu otak seseorang.
Bagaimanapun terdapat saintis menyatakan menguap adalah satu evolusi. Ia dibuktikan melalui masyarakat zaman purba dahulu yang menguap disebabkan mahu menunjukkan gigi mereka bagi menakutkan musuh.
Meskipun begitu, ramai pengkaji tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Mereka lebih gemar mengaitkan keadaan itu dengan bosan. Mereka berpandapat, bosan adalah punca kenapa perkara ini berlaku. Hal ini dapat dibuktikan melalui perlakuan remaja yang akan menguap apabila mereka bosan.
Fakta adalah punca seseorang menguap disebabkan situasi melihat orang lain menguap, membaca maklumat menguap atau mendengar perkataan 'menguap; tidak boleh disangkal kerana perkara ini adalah benar.
Secara biologinya, penyelidik mendapati menguap boleh dikaitkan dengan emosi atau dalam erti kata lain melalui kaedah 'brain imaging; iaitu salah satu bahagian otak yang berkaitan dengan emosi. Menguap juga menyebabkan pertambahan rembesan hormon atau sistem endokrin yang sering dikaitkan dengan emosi dan empati seseorang. Empati adalah satu keadaan yang membolehkan seseorang itu memahami dan merasai perasaan orang lain dan sangat penting dalam perkembangan kognitif seseorang.
Menjawab persoalan mengapa menguap boleh berjangkit, ia sebenarnya berkaitan dengan konsep 'emotive contagion' iaitu bergantung kepada seseorang untuk memahami orang lain kerana sesetengah manusia sangat sensitif dengan perasaan dan emosi seseorang.
Bagaimanapun, didapati para atlet turut menguap selepas merengangkan otot-otot badan kerana ia akan memberi lebih kesegaran kepada sistem badan kita.
p/s : banyak kali aku menguap bila buat entry nie, korang jangan pulak menguap bila membaca ya, nanti tertidur pulak depan PC hehehehe.
{yangumar}
No comments:
Post a Comment