Kadang-kadang, sesuatu yang sentiasa berada di depan mata kita, itulah perkara yang paling diambil 'dont know'. Seperti kuih yang dibeli pagi tadi, oleh orang yang kita sayangi, namun sesudah hampir basi, sejuk gedi, baru tergerak untuk kita menyentuhnya. Itu pun, hanya dimakan sipi-sipi, letak hujung lidah, rasa sedikit kemudian terus tinggalkan. Alasannya? Dah sejuklah.... esok belilah lagi. Apa sahaja. Manusia dan alasannya, mungkin sampai bila-bila tidak akan ada akhirnya.
Berbalik pada tajuk entry, berkenaan dia yang lahir awal sedikit daripada kita. Bukan semua orang mempunyainya *kepada reader yang tiada abang tu, tukar jak perkataan abang tu kepada kakak, kalau tiada kakak jugak layan jak entry nie. Sesusuk tubuh bergelar abang. Bukan 'abanggg' panggilan manja mengada-ngada seorang isteri dalam drama Melayu ya, namun abang sejati, lelaki straight abang kandung kita yang boleh menjadi figura bapa pada waktu tertentu kepada adik-adiknya
Kalau filem dan drama, mungkin beratus kisah yang bagus pernah diilhamkan akan hubungan abang dan adik, abang dalam sebuah keluarga, abang yang terjebak dalam sejuta masalah dan seumpanya.
Ladang Jagung Itu Duniaku
Kisah mereka yang diburu dalam Miles From Home (1988) boleh memberi sedikit gambaran hubungan abang dan adik yang utuh. Sudah lama filem ini berputar, generasi kini pemburu makanan enak mesti ambil gambar dan berfacebook mungkin tidak pernah mendengar akannya.
Kisah ini berkenaan adik-beradik Robert lakonan Richard Gere dan Kevin Anderson sebagai petani di mana ladang peninggalan ayah mereka mengalami masalah sehingga hampir diambil-alih pihak bank. Ladang mereka dibakar. Satu perkara membawa ke perkara lainnya sehingga mereka terpaksa berterusan membuat perkara hitam. Penduduk setempat serta petani lainnya ada yang bersimpati malah mengangkat mereka sebagai wira tetapi tidak bagi pihak berkuasa. Meraka diburu dan terpaksa melarikan diri. Matlamat tidak menghalalkan cara untuk orang seperti mereka.
Paling megesankan tentunya kisah perhubungan abang dan adik dalam perjalan hidup yang tunggang-langgang mereka itu. Sebesar mana pun kesilapan mereka, si abang tetap amat sukar melepaskan adiknya begitu sahaja. Sehingga ke babak akhirnya dia harus membuat pilihan dan keputusan yang tidak terjangka. Miles from home boleh juga ditakrifkan seperti sebuah road-movie dengan pengakhiran yang tidak menggembirakan.
Hitam dan Putih Bersimpang-siur
Saya harus menyebut siri supernatural. Dean dan Sam. Dua watak ikonik layar segi empat kala *apa tu? TV lah. Terhibur menontonnya? Dahulunya , pada hujung minggu. Tiada makna, kosong dan bungkam.
Musim bertukar. Kisahnya makin sedap, seolah memakan Maggie kari sekali sekala di waktu hujan lebat seorang diri di asrama tanpa ada seseorang pun yang meminta. Ia menjelma menjadi di sebalik segala angel, demon, tangkap hantu itu, halang pemujaan ini, cuba beli roh yang dijual kepada si durjana hitam kepada keperluan dua beradik untuk kekal bersatu dan berusaha menjaga perhubungan mereka walau ada si mata kuning serta puak-puak yang disangka baik sedang menunggu di belakang pintu mahu memusnahkan mereka dan dunia sekali gus.
Harapan terletak di bahu mereka. Emosi si abang berbelah-bahagi, sekejap bertumbuk dengan adiknya, sekejap berbaik dan berbual mengarut mengutuk sesama sendiri dalam sebuah Impala 67 menempoh perjalanan di malam hari tanpa berkesudahan, kemudian sampai ke pekan kecil entah di mana-mana seperti Black Water Ridge untuk kesekian kalinya dan menyiasat kisah aneh yang melanda.
Si adik mempunyai agenda yang tersendiri, sekejap kelihatan baik, sekejap bersekongkol dengan sang kuasa hitam. Siapa yang harus memperbetulkan semua perkara? Si abanglah juga. Nasib baik ada watak si Bobby membantu apa yang patut. Ini bukan corak kehidupan untuk menolong adiknya. Rasa gembira, sunyi, sedih, geram, kosong dan kecewa bersimpang-siur melanda si abang. Kalau dibiarkan, adik sendiri seorang itulah sahaja...
Galaksi Endora yang bergelora
Supernatural mungkin bukan pilihan ramai. Jadi, harus ditenangkan huru-hara di dunia itu dengan kembali ke sebuah pekan kecil yang damai di Iowa di dalam filem What Eating Gilbert's Grape (1993) *Tahun aku lahir. Sampai bila-bila saya akan teringatkan kisah keluarga ini. Seorang abang yang bernama Gilbert lakonan Johnny Depp menjaga keluarganya yang meraih sedih: Adiknya yang istimewa - Arnie *lakonan Leornardo Dicaprio yang cemerlang, emak mereka seorang calon Biggest loser kalau sihat dan boleh beriadah ditambah dengan saudara perempuannya yang sedikit bermasalah. Masuk sekali hubungan peribadi awal si abang (escapism mungkin) yang tidak ke mana-mana.
Ini bukan situasi mudah. Diri si abang kelam-kabut dan berserabut, kena jaga keluarga yang begini pula. Filem ini tenang pengolahannya namun begitu berbekas di jiwa kita dibuainya. Mungkin si abang akan terus tenggelam punca untuk menstabilkan keluarganya di pekan kecil Endora ini namun terjumpa dengan si Becky sedikit membantunya. Saya begitu faham kenapa dia mengambil keputusan untuk membakar rumahnya di akhir cerita. Walau berakhir begitu, si abang masih mahu menjaga maruah ibunya.
Masih mengatakan menjadi seorang abang itu mudah? Ia satu pengorbanan sukar. Siapa yang akan diharapkan untuk membetulkan semua perkara dan membuat keputusan, jika bukan si Abang sulung sahaja tinggal.
Bergasak Dahulu Berfikir Kemudian
Walau bukan Adik-beradik kandung, mungkin hanya saudara tiri namun hubungan abang dan adik itu ialah satu ikatan yang tidak mungkin terputus seperti kisah klasik Lincoln Burrows dan adiknya Michael Scofield dalam siri prison break.
Mungkin ramai lebih memberikan perhatian kepada watak Michael Scofield ini namun watak si abang - Lincoln juga begitu mencabar. Si abang ini kisahnya dia dianiaya, dipenjara serta hampir dijatuhkan hukuman bunuh di kerusi elektrik. Kemudian si-adik datang menyelamatkannya dan berpakat melarikan diri dari penjara. Mereka berjaya namun di luar lebih mencabar berhadapan pihak berkot kemas tapi kejam mahu menjatuhkan mereka.
Semasa berada di dunia gelandangan inilah, terserlah sikap si abang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk si adik. Si abang digambarkan kurang genius berbanding adiknya yang mementingkan kesempurnaan dan merancang rapi setiap tindakannya. Si abang hanya bersandarkan tulang empat kerat, kemahiran menembak dan bergasaknya untuk menyelamatkan keadaan namun dengan tindakan-tindakan itulah yang membuatkan mereka mampu bertahan lama.
Pengakhiran siri ini juga bukan sesuatu yang korang harapkan.
Realiti Sebenar Lebih Berbisa
Saya hanya mengulas sesuatu yang fantasi setakat ini. Hanya mainan pena kreatif si penulis skrip. Kalau di dunia yang nyata, bagaimana pula?
Banyak kisahnya. Katakan korang membaca senaskah surat khabar dan pasti terjumpa, jika tidak setiap hari, kisah keluarga berantakan, ibu dan bapa membawa jalan berasingan, meninggalkan anak-anak yang masih remaja terkontang-kanting dengan anak sulungnya yang lelaki baru lepas SPM dan ada seorang adik kecil yang harus dijaga. Apa harus si abang lakukan? Mahu menyambung pelajaran atau bekerja untuk menyara adiknya ini? Dalam masa yang sama, pihak berwajib mahu tempatkan si adik ke rumah kebajikan. Harus berpisah pula.
Hendak menyedapkan cerita, kisah negatif juga ada seperti yang abangnya sudah berjaya dalam hidup, berkeluarga dan hidup agak mewah. Namun kebanyakan hal ehwal kewangan keluarga kandungnya ditolak ke tepi, dia lebih pentingkan isteri dan anak-anaknya sahaja manakala hal si emak dan segala yang berkaitan diarahkan adik-adiknya yang lain menguruskannya. Tidaklah ke tahap Si Tanggang moderen namun sipi-sipilah....
Saya sendiri ada seorang kakak. Semasa kecil dulu ada lah debik-mendebik, kena marah oleh emak, biasalah adik-beradik.
Epilog Biasa yang Bermakna
Saya bukannya meminta segunung intan untuk diberikan kepada setiap seorang fakir yang ditemui di seluruh pelusuk inci dunia ini, yang kais paginya kadang-kadang dibawa sehingga lewat ke malam hari.
Cuma, meminta agar kita mengenang pengorbanan seorang abang. Kebanyakan daripada kita saya percaya ada kisah menarik tentang abang kita. Berfikir sejenak dan hayatilah ia...... Walau kecil, pasti ada sesuatu yang pernah abang sulung korang lakukan. Mungkin menyelamatkan kita daripada pembuli di sekolah semasa kecil dahulu.
Apa salahnya jika kita, walau secara tidak rasmi, menyambut sehari 365 hari, untuk digelar Hari Abang. Tarikhnya? Biarlah hampir dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa, jadinya Hari Abang kita sambut pada Sabtu minggu pertama Julai, boleh?
Kalau tidak ada kad ucapan Hari Abang untuk dibeli di kedai pun, apa salahnya pada pagi itu, kita belanja saudara tua kita dengan kuih muih yang enak-enak dan masih panas *dari tadi teringatkan tentang makanan, lapar lah pulak. Kita makan bersama, berbual dan bergembira sejenak pada pagi itu. Tidak mahal pun. Yang penting tanda ingatan walau hanya diringi sedikit kuih-muih.
Jangan pula tunggu sehingga ia sejuk gedi baru mahu makan bersama........
{yangumar}

No comments:
Post a Comment