Sunday, May 29, 2011

Kenapa Pra-U | Pro dan Kontranya



Assalamualaikum, Readers yang aku sayangi :)))) Hari ini aku nak berkongsi sikit dengan korang... Tentang Bright Side dan Fuzzy side tentang 'Pra-U' . Yalah, aku sebagai pelajar Pra-U rendah ni, sering kali terdengar pelbagai keburukan yang disuarakan oleh orang-orang lain, hanya segelintir sahaja yang bercakap tentang kebaikan From 6 ini. Secara langsung... Melemah kan semangat aku untuk masuk Pra-U/From 6. Banyak jugak lah yang tanya dekat aku "Kenapa kau masuk from 6??? Kenapa tidak masuk U terus?? " Ok, kepada sang penanya aku akan jawab pertanyaan kau dekat sini ' Sebenarnya aku masuk from 6 ini bukannya aku tak dapat mana-mana tawaran Universiti pun. TAPI, aku telah menetapkan matlamat aku dari from 5 lagi. Bahawa, bila aku keluar from 6 kelak aku mahu ambil pendidikan dalam bidang Geografi AKU NAK JADI CIKGU ' Sekarang Sang Penanya dah tahu kan??? Dan readers pun dah tahu matlamat aku kan. Tinggal aku buat 'Tindakan' jak lagi, Macam mana mahu mencapai matlamat aku yang jelas tu. OkOkOk, enough is enough tentang 'Kenapa' aku masuk from 6 ini. Kita kembali ke pangkal jalan entri aku ini.


Kebanyakannya banyak pelajar susah untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus kan?? (Matrikulasi, Pra-U, Diploma.. Eh, ada lagi Politeknik ). Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat..


Aku pun ada masalah ni bila orang tanya, tapi biasanya aku tanya semula kemampuan pelajar tu, adakah dia mampu untuk pergi ke mana-mana stage tersebut, buat pro dan kontra bagi ketiga-tiga pilihan tersebut dan kemudian datang untuk bincang semula, keputusannya dari mereka dengan sedikit panduan, tunjukkan kesan pemilihan mana-mana tempat kepada pelajar tersebut dengan jelas ...


Biasanya aku akan  tengok achievement pelajar tu..kalau memang power dan laju..bettter beri cadangan pilih matrikulasi setahun...kalau agak sedang-sedang macam aku ini. Better, pilih lah Form 6 atau diploma..cuma kadang-kadang parents yang excited channelkan anak dia..Yang kita ini cadangkan jak..tidak buat keputusan.. :))))


Kalau kira dah binggung sangat tu, jumpa lah Guru Kaunseling dan Guru Kaunseling perlu memberi maklumat yang jelas kepada pelajar pro dan kontra setiap keputusan yang mereka pilih. Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar. Tingkatan 6... peluang untuk menjejakkan kaki ke U lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik. Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek from 6 penting kerana biasanya setiap kursus di U minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong 'pointer', kalau pointer kau rendah.. Macam mana nak sambung belajar ke peringkat Ijazah beb???. Jadi, perlu jelaskan kepada pelajar strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM... Tapi, seperti yang dinyatakan di dalam surat yang diberi. Tahun ini sistem pembelajaran kami diubah.. Aku tak tahu lah, sama ada ditukar menjadi sistem semester, macam pelajar Matrikulasi dan Universiti. Kita tunggu lah keputusannya bila buka sekolah kelak. *Harap-harap ditukar lah :))))


Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 'pointer' ke atas.
Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Perlu jelaskan perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut.
Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan....


Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil untuk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya *mesti ada tindakan.
Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya kau memasuki tingkatan 6, peluang kau untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.


Insyaallah....sekiranya Kawan-kawan inginkan panduan cemerlang di tingkatan 6 boleh melayari web ubk projek penajaan swasta www.ubksmkrantau.ekaunseling.net




Kelebihan Tingkatan 6

Aha, ini aku nak cakap tentang kebaikan from 6 ini. Selalunya kita dengar tentang keburukan jak kan?? Jadi, sekarang aku nak membidas balik kata-kata malaun yang cakap from 6 ini tak baguih. Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan ( berapa kali aku nak ulang ), di antaranya adalah;


* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira Ok la tuu..Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat U kalau masuk form 6 ni. Tapi, kita kena tentukan sendiri kaki mana yang akan masuk dulu?? Kalau kaki kanan, Alhamdullilah :))) Kalau kaki kiri... Kau iktihar lah sendiri. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.

* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.

* Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil * Sebenarnya aku tak payah dah mention pasal SPA ni, sebab kawan-kawan aku tengah kecoh apply menatang ni.




Taraf Sijil STPM

* Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa :))))

* Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak mat saleh luar negara untuk masuk universiti.

* Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.

* STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita.

* Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau… *Nanti nak apply Oxford lah. Keh keh keh :)))




Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan

1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.




Kelebihan Ambil 5 Subjek

Arh! Kepada kawan-kawan aku yang dari awal lagi nak drop mata pelajaran tu.. Korang semua dinasihatkan untuk membaca dengan teliti part ini : Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.

Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni. Tapi, cuba fikir bagus-bagus antara 3.75 - 3.00 = 0.75 jauh tuu…





Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM ni, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;

Ok macam nie…

Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.

Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.

Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yang sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.

Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.




Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.


A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.
Pembelajaran Di Tingkatan 6


Belajar kat form 6 ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan tenaga pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.


Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak. Sebelum aku terlupa, from 6 bukan nya tempat untuk melepaskan gian korang untuk menanam benih atau dalam erti kata lain bercinta. Cikgu-cikgu sering kali ingatkan aku dan rakan-rakan 'Jangan Tanam Benih' sebab STPM ini bukan nya peperiksaan yang gampang macam SPM. Kalau kau main-main, siap lah kau menghadapi keputusan kau yang sekadar boleh di bawa main jugak. Kau faham maksud aku? Faham kan..


Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form 6 ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form 6 nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form 6 zaman dulu.


Ianya peringkat Pra-U, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.


Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form 6 ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.


Masuk form 6 ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.







Gred STPM


Ini gred STPM bagi yang saja nak tau, kalau kau taknak tahu skip lah part ni..


Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00


Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00




Sukatan Pelajaran

Form 6 ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form 6 yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

**sumber e-putra**





All in all, ini semua cuma pandangan aku.. Setiap manusia ada sudut perspektif yang berbeza. Jadi, terpulang lah nak cakap apa, masing-masing ada hak untuk bersuara. Erm, apa lagi yang aku nak cakap arh?? Satu lagi kepada anasir-anasir yang cuba nak patahkan semangat kawan-kawan aku.. Termasuk jugaklah aku yang berada di from 6 ini. Hentikan lah niat kau yang murni tu, biarlah kami yang tentukan masa depan kami. Kami dah besar lah beb! Aku bukan nya halang niat kau yang murni tu. Tapi, biarkan kami corakkan sendiri jalan kehidupan kami yang telah terbina ini. Aha, sekian sahaja perbentangan saya pada hari ini. TAHNIAH!! Saya ucapkan kepada anda, kerana berjaya membaca entri saya ni sampai habis. Yalah, ingat banyak kah orang yang sanggup nak baca bahan bacaan yang panjang berjela macam ni. Ok, sekarang kita dah tahu pro and cons from 6 ini kan. Jadi... Sekian, Bye.




p/s: Hidupku penuh bermakna, takkan lagi mempersiakannya [.]
p/s/s: Like lah kalau suka :))) *Amat dialu-alukan

1 comment:

aljazira51 said...

Cmne nk dpt 5p,ad tip stadi x,buat latihan ke,nota ke,teknik jwb soalan ke?sy tau baca je,tu pn byk xmsok pale laπŸ˜”πŸ˜”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...