Sunday, February 20, 2011

Pencipta Ikan Duyung!


Assalamualaikum.

Entry kali nie aku nak bercerita tentang asal usul ikan duyung yang popular beberapa tahun kebelakangan ini, cerita ikan duyung atau wanita berbadan separuh manusia dan separuh ikan, dianggap bukan lagi satu khazanah mitologi. Semuannya gara-gara rakaman gambar dan video ikan duyung yang dikatakan ditemui mati terdampar di beberapa lokasi di dunia tersebar di internet. Aku pun ada tengok jugak vidoe tu, kawan aku kata  ikan duyung kat video tu ditemui di sabah. #Fakap
Tapi, sejauh mana kesahihan rakaman tersebut?

Soalnya, jika benar ikan duyung ditemui, mengapa cerita penemuannya hanya berlegar kat Internet, bahkan tidak pernah didedah kan dalam media massa ?

Setelah aku meneliti dan melakukan sedikit pencarian kat internat, rupanya aku ngan korang yang percaya ikan duyung nie ada telah tertipu!. Seperti diduga, rakaman yang dipercayai ikan duyung terdampar tu sebetulnya cuma patung.*What! 
Makhluk aneh tersebut sebenarnya adalah hasil sentuhan Juan Cabana. *bukan julian casablancas.
Tetapi hasil seninya itu telah disalah guna oleh pihak sehingga mencetuskan kontroversi dan perdebatan.

Pelik macam mana rakaman video ikan duyung itu boleh beredar di laman sesawang? menurut cabana semuannya bermula ketika dia melakukan kerja-kerja fotografi, dia didatangi seorang lelaki yang berasal dari california. lelaki tersebut kemudian meminta izin untuk membuat rakaman vidoe dan berhajat ingin memasukkannya ke dalam YouTube.

 Cabana membenarkannya tapi dengan satu syarat. dia meminta supaya lelaki tersebut tidak mengkreditkan namanya sebagai sumber dalam video itu. Ini kerana, cabana lebih suka menjadi misteri daripada dikenali umum. sebab itulah tiada satu pun fotonya boleh dilihat di mana-mana, apatah lagi di internet


ikan yang berwajah manusia ini pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu.
tapi hanya rekaan kreatif cabana.

walaupun ramai tidak mengenali wajahnya, namun dengan kontroversi yang tercipta sudah cukup membuatkan namanya begitu dikenali. Ekoran kontroversi itu jugalah hasil tangannya menghiasi muka depan world weekly news sebanyak enam kali dari tahun 2002 hingga 2003 dengan tajuk "ikan duyung ditangkap di pasifik selatan" dan "ikan berwajah manusia".

sejak itu hasil kerja cabana telah manjadi satu fenomena di seluruh dunia. kebolehan luar biasanya mencipta ikan duyung sehingga ia benar-benar kelihatan hidup menyebabkan dia digelar sebagai  'artis taksidermi'

perasaan ingin tahu menyebabkan orang ramai berusaha untuk cuba mengorek rahsia seni cabana. Namun, lelaki bujang berusia 45 tahun nie sebolehnya berkeras tidak mahu mendedahkan tekniknya.

Bagaimanapun, cabana cuma memberitahu bahawa untuk membuat patung senyata mungkin, dia menggunakan replika tulang manusia dan kerangka haiwan yang telah mati seperti tulang, sirip dan gigi ikan. manakala kulit babon pula digunakan untuk menutupi kerangka patung.

walaupun ramai yang memuji ikan duyung yang dihasilkan seperti benar-benar hidup, namun ada juga mengatakan karya seninya itu kelihatan agak aneh dan menakutkan. ia jauh berbeza dengan ikan duyung yang digambarkan dalam mitologi kuno.
*suka hati nenek moyang cabana lah nak buat ikan duyung macam mana pun kan.

Menurut cabana, fokus karyanya adalah untuk membuat patung mainan atau boneka dan bukannya puteri dugong*eh, puteri duyung yang cantik seperti dalam cerita mitologi . Justeru, katanya adalah tidak salah sekiranya dia mencipta rupa fizikal ikan duyung mengikut kreativitinya sendiri dan lari dari gambaran asal.

kecanderungannya mencipta makhluk seumpama itu lahir daripada pemerhatiannya pada seekor ikan duyung bersaiz kecil dalam sebuah laman web pada tahun 2001. ikan duyung tersebut dihasilkan di jepun menggunakan kertas dan kayu..

bermula dari situ, cabana tertarik untuk menghasilkan puteri duyungnya sendiri. penciptaan ini bukan semata-mata kerana seni, tetapi lelaki misteri ini percaya bahawa ikan duyung memang pernah wujud suatu masa dulu.




{yang umar}


p/s:  Akhirnya aku berjaya memanipulasi satu lagi gambar, next entry aku bagi tunjuk korang. 


  

.

2 comments:

Ibik said...

Nice post.. Ya, sy pn baru dpt tahu ttg bnda ni last yr.. Mula2 mmg trkjut jg nmpk rupa ikan duyung yg hodoh bnyk dpaparkan d artikel2 n surat kbr.. pastu ada jg berita yg mermaid2 ni djual d ebay.. Rupa2nya cuma hasil seni org.. whats funny, everyone including me almost believe that diz thing are real.. haha.. ^^

Yang Umar Aziman said...

hahahha!
sama lah, first impression aku pun begitu jugak.
sekali check-check it out,
tertipu rupanya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...