Friday, June 10, 2011

HAARP

Assalamualaikum, Hye! Readers sekalian. Ok, hari ini aku nak bercerita sikit tentang HAARP, korang tahu tak apa itu HAARP? Ok, kalau korang tidak tahu.. Dipersilakan baca entry ini sampai habis. Sesiapa yang ada info detail lagi tentang HAARP dipersilakan... Aku hanya dapat research guna Google jak, tapi tidak dapat buat kajian menyeluruh tentang HAARP. 




Apa itu HAARP?

"HAARP? Apa tu HAARP? Sejenis alatan musik kah?" Okay, kepada readers yang masih tidak tahu dan binggung dengan menatang HAARP ini.. Aha, baik baca lah post ini, untuk menambahkan lagi pengetahuan kau yang sedia ada. Ok, HAARP adalah suatu projek kajian yang bertujuan untuk “memahami, menstimulasi,dan mengawal proses lapisan ionosfera (ionospheric) yang dapat mengubah kinerja (kinetik) komunikasi dan menggunakan sistem surveilans (sistem rangkaian)”. Mula pada tahun 1992, projek ditargetkan selesai dalam masa 20 tahun(selesai tahun 2012).


Foto HAARP di Alaska :




Photo from a recent experiment where Haarp produced a visible Aurora accompanied by "Orbs"





Apa itu Ionosfera?

Bagi yang ambil sumbek geografi SPM dan STPM, kau tahu lah apa itu menatang ionosfera atau lebih dikenali sebagai termosfera kan?. Ok, Ionosfera adalah lapisan bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosfera sangat penting kerana ia menapis radiasi cahaya matahari (UV dan sebagainya) agar tidak terus ke bumi. Ionosfera berperanan dalam mengatur kadar kelistrikan dalam atmosfera dan membentuk lapisan dari tepi magnetosfera. Ionosfera juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat yang ada di Bumi.

Alat ini boleh menjahanamkan dunia dengan cara menghantar gelombang elektromagnet berkuasa besar yang menggetarkan lapisan ionosfera yang merupakan lapisan dalam atmosfera yang kemudiannya turut sama menggetarkan alam sekitar dan bumi. 

Mereka boleh memusnahkan apa saja yang berada dalam lingkaran dan kawasan pancaran. Molekul kristal dan batuan bumi yang menjadi lantai bumi boleh terlerai dan tergelincir yang kemudiannya mencetuskan kejadian gempa bumi dahsyat yang tidak terfikirkan.

Menurut laporan dari sumber yang boleh dipercayai, beberapa negara telah pun menguji pelbagai senjata yang berkeupayaan untuk memanupulasi cuaca yang menyebabkan banjir dahsyat atau ribut salji yang tidak pernah berlaku. 

HAARP juga berkeupayaan memanupulasi cuaca dan boleh memfokus ribut taufan untuk beralih ke sesuatu kawasan yang hendak didengkikan! Terdapat sumber yang mengaitkan bahawa Laos pernah menerima akibat dari kejahatan ini sehingga ribut taufan dahsyat melanda negara berkenaan dan membunuh ribuan mangsa.





Fungsi HAARP?

Tujuan dari program ini adalah untuk lebih maju dalam mempelajari kepelbagaian fizik dan elektrik/cas elektrostatik bumi yang akan dapat digunakan dalam memudahkan komunikasi ketenteraan dan sebagainya. Tapi selain itu, HAARP juga dapat mengatur cuaca melalui ionosfera, seperti menghasilkan hujan, gelora, tsunami, dan masih banyak yang belum diketahui dan dikaji selidik…





Keburukan HAARP

1. Dapat Mengatur Cuaca

Caranya dengan menentukan satu titik lokasi ionosfera yang akan dipanaskan, oleh itu, tekanan yang berada di atmosfera juga akan naik. Maka tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan terbentuklah manipulasi 'jetstream' (arus jet). 

Tapi HAARP belum sempurna dan masih dalam tahap kajian (di seluruh dunia). Dicurigakan HAARP sudah dalam tahap beta pada tahun 2004, ini terbukti ketika taufan yang terjadi dalam satu tahun telah melepasi tahap lampau. Jika satu tahun taufan maksima yang dikaji hanya terjadi 4 kali, tahun 2004 terjadi sebanyak 6 kali.



2. Mempengaruhi fikiran manusia

Dengan menghantar isyarat radiasi frekuensi rendah lampau (EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION) ke otak manusia, HAARP dikatakan boleh mengawal mood manusia (lebih dikatakan psikik jugak la..).

Pada dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.

* Delta (1-4/sec)= Keadaan tidur
* Theta (4-7/sec)= Keadaan mengantuk atau baru bangun, 
dan juga ini merupakan saat otak manusia masih kecil.
* Alpha (7-12/sec)= Keadaan Normal dan belajar
* Beta (tak terhitung/infiniti) = Keadaan Marah atau 
sedang dalam emosi yang tinggi 

Dengan gelombang rendah HAARP, manusia dapat dimanipulasi dengan HAARP.

Contoh mudah :




Kelebihan HAARP :

Dapat Melindungi Dari Bahaya Nuklear

Teknologi HAARP dapat mengesan isyarat frekuensi rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HAARP juga disokong oleh 'radar cakerawala' (universal radar) atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mengawal seluruh dunia kerana ia terletak di atmosfera. Tidak dapat diragukan lagi ketepatan (accuracy) dari radar HAARP tersebut. Bahkan saat ini lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari satelit kerana HAARP masih berada di bawah lapisan atmosfera.

Video tentang HAARP :





Antara kesan HAARP yang terjadi sekarang :

1. 10 minit sebelum berlaku gempa bumi di Schi Chuan yang mengorbankan berpuluh ribu orang tiba-tiba wujud fenomena aneh iaitu kelihatan awan menjadi luminisan dengan pelbagai warna seperti aurora di kutub utara.

2. Di Iran fenomena angin puting beliung yang turun menyusur laut kelihatan anih dan membakar rumpai dan membunuh ikan paus. Hasil kajian saintis Iran didapati semua ikan malang itu mati terbakar!

3. Gempa bumi di Sumatera (rujuk kaitan dengan Al-Quran)

4. Gempa bumi di Acheh? Bukankah pada sebelum kejadian gempa itu penduduk di sekitar ada mendengar suatu letupan kuat. Letupan apakah itu? Tiada siapa minat mengkaji kerana semuanya dalam berantakan sibuk menyelamatkan diri dan berjuang untuk hidup.



17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”



17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”



8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”



Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Al Quran adalah kata2 Allah oleh itu ianya adalah benar maka selain merujuk kaitan gempa bumi, Al Quran juga merujuk kaitannya dengan HAARP yang melakukannya pada tarikh dan masa kejadian gempa bumi tersebut...


Jadi... Sekarang ini, gempa bumi tidak semestinya berlaku dalam kawasan "lingkaran api" sahaja tapi boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.



Isu HAARP yang aku bentangkan ini bukanlah bertujuan memegah-megah kan kuasa asing selain bukan juga bertujuan mempercayai tipu helah musuh agama Islam... Apa yang aku cuba bangkitkan adalah kelemahan umat Islam sekarang yang langsung tidak mempedulikan atau tidak menerima sesetengah kajian mereka... Semua kajian itu adalah dari Al-Quran... Kita hanya menganggap bahwa ianya hanyalah tipu helah mereka sedangkan kita masih jauh ketinggalan dari mereka dalam mengkaji Al-Quran.. Jika mereka salah, cuba kita semua buktikan bahwa Al-Quran itu benar dan sains adalah dari Al-Quran... dan bukan hanya menempelak dan hanya meragui...



Kita...jangan sampai jadi serupa ini. Bila kita sibuk berkonflik, maka tiadalah masa kita untuk memikirkan pertahanan diri dan tiadalah fikiran dan muslihat untuk meneruskan kesinambungan generasi. Mudah-mudahan dijauhkan Allah. Amin. 

Sumber-sumber : Blog sayang malaysia penulis Sysalq dan sumber lain...



p/s: Pejam, celik, pejam, celik... Alllaaa! Cuti dah nak habis lah.. Apa-apa pun readers tegar blog aku ni, tunggu kemunculan next entri aku. Bercerita tentang cuti aku yang penuh dengan Thirll. Haha!
p/s/s: Apa lagi arh.. Aha, siapa nak 10 ringgit! Kalau kau nak.. Klik button like dekat bawah ni ok. *Aku cakap siapa nak jak, aku tak cakap aku bagi kan? Haha!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...