Saturday, June 11, 2011

Amacam,cuti panjang best? Cuti sudah habis bro! (Alllaaa!)


"Amacam,cuti panjang best?cuti sudah habis bro." 




Assalamualaikum, Hye! Selamat datang ke blog yang macam best ini :)) Pejam, celik, pejam, celik... cuti dah habis lah! Alllaaa, ini yang bikin lemah semangat ini. Aku baru jak nak bersuka ria... Tapi tak apa, tanpa sekolah siapa lah kita ini kan? Eh, kenapa tiba-tiba tukar jadi mood penceramah ni. Ok, hari ini aku tak nak berceramah, tak nak kongsi ilmu yang macam best.. Tapi, aku nak kongsi dengan readers, tentang 'Apa yang terjadi sepanjang cuti' aku ini. Nak tahu tak? Arh, taknak.. Kalau taknak silakan tekan button pangkah atas sebelah kanan tu ok.


Aha, ThankThankThank kepada korang yang masih terpacak depan PC dan baca entry aku ini. Ok, apa yang terjadi dengan cuti aku.. Apa yang terjadi arh? Aha, sepanjang cuti korang ada melancong mana-mana tak? Pergi Brazil kah.. Zambia kah... Ada? Kalau ada lah kan, jangan bagi tahu aku, sebab aku tak nak tahu pun. Haha!. Ok, sepanjang cuti ini aku tak ada pergi mana-mana keluar KK ini pun tidak. Eh! Dah lah pasal melencong melancong ini.. Fed up aku! *Padahal aku yang utara kan soalan tu kan? Haha!


Ok, sepanjang cuti ni biarpun aku tak pegi mana-mana. Tapi, aku ada aktiviti beb.. Nak tahu apa aktiviti aku? Aku main badminton setiap petang Haha! Kira aktiviti yang bermanfaat lah tu kan? At least aku dapat cergaskan tubuh badan aku ini. Daripada aku bergelumung dengan malaun-malaun yang durjana di luar sana, baik aku main menatang ini kan? Kurang jugak sikit berat badan aku. Haha! Bercerita tentang badminton ini.. FYI, aku bukannya terer sangat pun, setakat lawan cousin aku yang baru masuk Tingkatan 1. Sometimes, aku lawan jugak lah dengan cousin yang seangkatan dengan aku *itu baru ada fight. Tapi, biarpun aku main dengan budak from 1.. Dia terer jugak beb, aku smash gencang kalau dikira kelajuan bola tangkis tu boleh mencecah 300 mph (Hiperbola lah pulak) dia tetap dapat tangkis serangan berbisa aku tu. So, kepada Lee Cong Why (betul tak spelling aku tu?) jangan gegar ok. Haha!


Apa lagi arh.. Aha, sepanjang cuti ini aku asyik terjah panggung wayang.. Kau cakap wayang apa yang ada di pawagam sekarang? Semua aku dah tengok. Joyah: "Super 8?" Allllaaaaa... bonus lah! Confirm nya lah bha aku belum tengok :)) Baru jak petang tadi aku pergi tengok KL Gangster, rating untuk cerita tu 4.5/5 stars lah. Memang best lah cerita tu. Boleh dikira sebagai filem wajib tonton bagi tahun 2011 lah. 
Ok, cerita pasal belajar lah pulak.. Macam mana dengan pelajaran korang sepanjang cuti ini? Ada telaah jugak kah buku-buku teks korang yang tebal 10 inci tu? Kalau aku.... Ada lah jugak, kalau dalam sehari tu luangkan masa dengan buku-buku teks aku :) Macam mana dengan kerja rumah? Mana yang belum siap tu, siap kan lah ok. Nanti bila buka sekolah tak pasal-pasal kutip sampah keliling sekolah dan pakai rantai yang diperbuat oleh tali rafia dan kad manila. Dimana di kad manila tersebut terpampang susunan huruf di mana kalau di baca berbunyi 'Saya tidak siap kerja sekolah' :)) 


Rumusan nya (Standard penutup karangan BM sekolah menengah rendah Haha!), hargai lah orang yang ada di sekeliling anda, jangan sampai terhantuk baru terngadah. Eh, apa kena mengena pulak? Haha! Ok, itu jak lah yang aku nak bagitahu korang tentang 'Apa yang terjadi sepanjang cuti' aku.. So, sekian.. Peace out!



p/s: Siapa ada pergi Rumah Terbuka Malaysia 'Tadau Kaamatan' ? Aku ada pergi ke sana tadi.. Poke makan free jak. Haha!
p/s: AndAndAnd Like lah kalau suka :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...