Sunday, June 19, 2011

Laptop 1Malaysia


Assalamualaikum, Hye Readers tegar blog aku ni :))) Okay hari ni, aku nak bercakap sikit tentang Komputer 1Malaysia yang aku dapat kemarin. Begini, aku di bagitahu sebagai nominee dapat laptop ni masa hari jumaat lalu. Suprise jugak lah kan, tiba-tiba nama aku yang tercalon sebagai penerima dan di minta hadir keesokkan harinya untuk menebus laptop tersebut. Masa tu aku gembira bukan kepalang... Kalau burung lalu atas kepala lantas mengeluarkan bahan kumbahan yang masih panas-panas lagi lepas tu jatuh kat kepala aku.. Aku tak marah burung tu, malah berterima kasih lagi Haha! Yalah, dapat laptop free... Siapa tidak gembira kan? Haha! Laptop yang aku dapat ini warna hitam. Yalah, aku google tengok warna-warna laptop ni ada yang warna putih , putih cantik sikit beb Haha! Okay, cukup pasal warna-warna tu.. Apa yang cuba aku sampaikan ni, cuma nak berterima kasih lah kepada kerajaan malaysia sebab bagi laptop yang harga beribu ni. TERIMA KASIH MALAYSIA! Aku akan manfaatkan penggunaan laptop ini.



 Tak nampak? Mari aku tolong baca 'Sumbangan Kerajaan Malaysia melalui Inisiatif Jalur Lebar Negara' 


Aha, ini lah lambang 1Malaysia yang terpampang dekat depan laptop tu.. Lepas tu jenama laptop ni, COBY. Tak pernah aku dengar jenama ni. Tapi, bersyukur lah jugak, siapa yang nak bagi kau laptop free kan. Kecuali kerajaan malaysia. Proud To Be Malaysian!




p/s: Study > Reading > Study > Reading > Study...... Hello schedule! 
p/s/s: Entri pendek, sebab kejar masa. Ada kena mengena dengan statement aku kat atas ni andandand Like lah kalau suka :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...