Thursday, April 21, 2011

Tahu....



Assalamualaikum

Entry kali ini, aku nak bercakap sikit tentang 3 golongan manusia yang  'Tahu'.... maksudnya golongan yang TAHU dan TIDAK TAHU tentang sesuatu perkara tidak kisah lah pelajaran kah, mahupun isu semasa... korang tak faham?? Aku pun tidak berapa nak faham setakat ini. It's Okay, aku bagi satu gambaran, pada satu hari ini, terdetik di hati Ali untuk menanya Rudy tentang keputusan perlawanan bola sepak di antara Kg pisang VS Kg batu, lalu Rudy pun dengan konfidennya menjawab perlawanan itu di menangi oleh Kg pisang dimana Kg pisang menjaringkan 25 gol manakala Kg batu hanya menjaringkan 2 gol. Lantas Ali pun cepat-cepat mencari BlackBerry lalu menulis di Wall FB tentang keputusan perlawanan bola tersebut yang berbunyi " Yes!, Kg pisang menang besar dngan jaringan sebnyak 25 gol, kepada Kg batu jgan main bolalah klau tak reti main ". Seminit kemudian Ali pun mendapat komen dari Kori yang betul-betul tahu tentang perlawanan bola sepak itu kerana dia yang menjadi pengulas bagi perlawanan itu yang mengatakan Kg pisang hanya menang tipis dengan keputusan 2 berbalas 1 disertakan jugak link Youtube video Highlight perlawanan bola sepak itu yang baru sahaja di upload oleh Ketua kampung (Wah, dah macam EPL lah pulak siap ada Highlight lagi). Ali apa lagi seperti nak terajang lompat jak si Rudy yang menyebar berita palsu. 


Okay, sekarang korang faham?? Erm... bigini lah biar aku explain tajuk entry aku kali ini sekaligus dengan watak yang aku suruh korang gambarkan tu. Watak Kori pula ialah 'Manusia yang 'Tahu' kalau dia itu tahu'.  Contohnya, Kori memberi tahu Ali keputusan perlawanan yang sebenar berserta bukti kerana kori benar-benar tahu tentang keputusan perlawanan tersebut. Ok, jenis manusia sebegini merupakan jenis atau golongan yang terbaik, pasal apa?? Kerana jenis manusia sebegini mereka tahu tentang sesuatu benda itu dan faham tidak kisahlah pelajaran kah, isu semasa kah, dan mereka memberitahu seseorang itu hal yang benar tanpa menyesatkan mereka. Mereka juga akan memperbetulkan apabila ada yang kurang betul ataupun melakukan kesalahan.


Ok, watak Ali ialah 'Manusia yang 'TAHU' kalau dia itu tidak tahu. Contohnya, Ali tahu tentang perlawanan bola sepak kampungnya yang bertaraf EPL tu, tetapi Ali tidak tahu keputusan perlawanan tersebut lalu bertanya kepada kawan nya yang jahanam bernama Rudy. Ok, Manusia jenis ini dia tidak akan jawab soalan yang dia tidak tahu, sehingga jika ada soalan ataupun ada yang bertanya mengenai sesuatu yang belum diketahuinya dia tidak akan menjawab dengan sembarangan, hingga mampu menyesatkan orang lain. Golongan ini juga akan mencari jawapan jikalau ada benda ataupun isu yang belum diketahuinya, sehingga menemui jawapan.


Sekarang watak yang paling aku benci iaitu 'Manusia yang Tidak tahu tetapi berpura-pura tahu' iaitu Rudy. Ok, jenis manusia ini berbahaya sikit, kerana mereka ini Sok tahu ataupun berpura-pura tahu , maksudnya dia tidak tahu tentang hal yang disampaikannya hingga mampu menyesatkan orang yang disampaikan itu. Sehingga, jika ada yang bertanya kepadanya walaupun dia tidak tahu, dia tetap akan menjawabnya sehingga berpeluang besar menyesatkannya. Golongan seperti ini aku paling fed up, sebab dia menipu kita tentang sesuatu yang dia tidak tahu, Sementelah tentang pelajaran. Aku pernah jugak kena dengan golongan ketiga ini, kes dia sama macam cerita fantasi aku kat atas tu. 


Ok, golongan keempat... Eh, tarlabih sudah, dah cukup 3 lah, jangan lah lebih-lebih pulak, Hahahah! . All in all, harap entry kali ini bermanfaat lah, bukan sekadar cerita kosong yang tidak berasas, tetapi satu pengisian kepada kita semua. Harap korang dapat lah mesej yang hendak aku sampaikan, Hehehehe, dan jangan lah kita menjadi golongan ketiga yang suka menyesatkan orang dengan info-info yang tidak betul ataupun kurang betul, dan berusaha lah menjadi golongan yang terbaik dari terbaik iaitu golongan pertama, paling-paling pun jadi lah golongan ke-2  yang Tahu jikalau dia itu tidak tahu dan berusaha mencari jawapan bagi perkara yang tidak diketahuinya. Sekian, Peace Out!




p/s: Baby... Baby... Babi  Oooo... (Lagu Justin Bibir jak berkumandang di radio sekarang ni #Fedup. Yalah, sekarang satu malaysia kecoh pasal Justin Bibir ini buat konsert malam ni.)
p/s/s: Kalau korang rasa post aku ini macam best jak boleh lah klik button like kat bawah ini. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...