Friday, April 22, 2011

Layang-Layang



Hidup umpama layang-layang, kala di atas kala dibawah. 

Untuk yang berada dekat atas tu, ingatlah tidak selama-lamanya korang selesa berada dekat atas, satu hari nanti korang akan jatuh jugak macam layang-layang aku kat gambar ini. kita perlu ingat, biar setinggi mana kita cuba terbangkan layang-layang itu, lama- lama akan jatuh ke tanah jugak. Maksudnya, sejauh mana kita cuba lari atau menyelesaikan sesuatu masalah itu, masalah tetap akan datang juga kan. Jadi bersedialah mengadapi masalah tu.


Bagi Kawan-Kawan aku yang layang-layangnya dah menyembah bumi macam layang-layang aku ni, jangan putus asa, Kita pun boleh berada di atas balik, jatuh sekali bukan bermakna jatuh selamanya. Tapi, Untuk berada di atas balik kita perlulah berUSAHA, berusaha untuk membuat layang-layang yang lebih kukuh strukturnya supaya boleh terbang lama di atas. Bukan buat layang-layang setakat Hangat-hangat taik ayam, kalau setakat boleh anjung, sesaat dua dah jatuh tiada guna kan?? 


Jadi kita perlu Bijak, Bijak menggunakan kelebihan bersabar untuk membina Layang-layang yang lebih kukuh. Adakalanya kita diuji dengan cuaca mendung yang memaksakan kita untuk menurunkan layang-layang kita. Tetapi, jikalau orang yang bijak dia tidak akan menurunkan layang-layangnya sebaliknya dia akan menungu cuaca kembali cerah kerana dia tahu bahawa setiap kejadian ada hikmahnya.  Maksud aku, kita perlu bijak dengan kehidupan yang akan mendatang.. tidak dinafikan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan,ada kalanya kita bergembira (cuaca cerah) dan juga kita bersedih (cuaca mendung).. terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita mengawalnya emosi itu, jangan jadikan perasaan sedih itu penghalang buat kita untuk berjaya. Kenapa aku cakap 'Jangan Jadikan Perasaan Sedih Itu Sebagai Penghalang Buat Kita Untuk Berjaya'?? Cuba korang tengok lah remaja zaman sekarang, kecewa kerana ditinggalkan oleh kekasih, mula lah toreh tangan. Lebih teruk lagi, terjun bangunan.... Alasan, tak boleh hidup tanpa kekasih pujaannya itu. WTH??? Banyak lagi lah yang kau boleh buat kat dunia ini, nak terjun bangunan buat apa?? Nak mampus awal?? sebab kekasih kau tu umpama bateri buat kau??. Ok, aku tak nak emosi sangat tentang isu remaja zaman sekarang ini, nanti tak pasal-pasal aku campak Laptop aku ini kat kepala korang. Hahahaha!. 


Aku terharu bila membaca Biography Nabil Raja Lawak, dimana permulaannya dia hanya kerja sekadar Mat despatch dan mekanik motosikal pada siangnya. Pada malamnya, nabil menolong kawannya berniaga burger, upah menolong kawannya sekadar cukup untuk mengisi minyak motornya untuk berkerja pada siang hari. Aku fast foward lah, sebab kalau aku cerita kehidupan dia sebelum jadi artis boleh buat buku sejarah pelajar Pra-U dah, kalau korang nak info lanjut usia Google lah sendiri 
....... F A S T F O R W A R D ......
 Nasib menyebelahi Nabil apabila dia menjuarai Raja Lawak Astro Musim Kedua dan tuahnya tidak sampai disitu sahaja kerana pencapaian terbaik nabil ialah manjadi Bintang Paling Popular (ABPBH) 2008. Mungkin ada yang kata "Artis??? Itu artis lah wey! kitaorang taknak jadi artis lah..." . Aku bukan nak bangga-bangga dan agung-agungkan Nabil ini okay, cuma sejarah hidup dia tu yang mencelikkan mata aku. Maksud aku.. Usaha dia tu untuk memajukan diri dia tu. So, kepada remaja-remaja yang apabila kecewa toreh tangan, minum racun, mau terjun bangunan last-last tak jadi tu... luaskan fikiran korang yang dah sempit tu, kuatkan semangat korang untuk menempuhi hidup ini, ambil teladan yang baik dari Biography Nabil ini dan yang buruk pasal diri beliau jadikan sempadan. Paling penting, jangan kalah dengan masalah.


Last but not least, "Hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya"...  Pasal apa? mungkin di antara kita yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada. Tapi ingat, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai. Ok, itu jak lah yang mampu aku taipkan pada hari ini, semoga apa yang aku katakan ini, dapat menongkatkan diri aku untuk berdiri semula. Aku bukannya, bercakap bajet bagus jak, aku juga merangsang diri aku sendiri untuk berjaya macam korang yang sudi membaca post ini. Yalah, kebanyakkan orang Malaysia, Mind set mereka hanya akan membaca 50 patah perkataan kalau lebih daripada itu dianggap BORING... tengok tak pasal-pasal sambung merapu. Ok lah... Sekian, Assalamualaikum, peace out. =)




p/s: Tiba-tiba aku rasa macam ada bau-bau bacang dengan Prof fadzilah kamsah. Hahaha!
p/s/s: Kalau korang setuju dengan layang-layang aku tu, Boleh lah like =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...