Saturday, February 26, 2011

Muka yang bermuka-muka.




Siapa tiada akuan facebook di tidak 'in'. Tetapi itu hanya ukurtara gaya hidup terkini yang bersifat duniawi (ceh!). Di facebook, bukan sahaja kita menambah kawan, tetapi juga menambah lawan. Di  facebook, cinta kita boleh tersemai dan di facebook juga cinta kita boleh bersepai.



In the dawn of the new millenium, cara korang membawa diri di facebook mencerminkan cara korang melihat diri dalam kehidupan sebenar. Gambar tersengih-sengih sewaktu bercuti di kota landon yang baru di upload mengiklankan betapa bahagia *dan banyaknya duit aku. Gambar tersenyum di sisi artis-artis popular mewartakan betapa bertuahnya anda dapat berselisih bahu dengan selebriti dalam berkelap-kelip glamor. Status-status yang dikemaskini menunjukkkan apa dalam fikiran, perasaan dan mugkin juga penyata kad kredit korang *yalah, kalau sudah letak status: "hari nie shopping sakan di 1B," tahulah satu dunia akan tebal-nipisnya kocek korang!. kemaskini pada status perhubungan menguar-uarkan apakah korang boleh:
1) Diajak lepak kedai mamak sampai pukul tiga pagi.
2) Mulai bulan depan tidak boleh lepak lagi di kedai mamak sampai pukul tiga pagi,
3) Anda terpaksa singgah ke kedai mamak mencari lauk kerana keluarga mentua korang datang buat lawatan mengejut.



Daripada kesemua 'pengistiharan' di facebook, status perhubunganlah yang satu-satunya melibatkan satu pihak lagi secara langsung. Tambahan pula di facebook, ada bahagian yang menunjukkan status perhubungan kita sama ada Single, In a relationship, Engaged, It's complicated, In an open relationship dan Married. Nasiblah tak ada status divorced from.... heheheh!


Di dalam Bukunya 120 malay movies, Amir Muhammad ada mengulas filem masam-masam manis arahan Tan Sri P. Ramlee. Siapa boleh lupakan watak Cikgu Shaari dan Cikgu Norkiah? jika diteliti semula, di sebelah dalam pintu almari baju Cikgu Shaari, ada kemaskini status perhubungan beliau iaitu Masih Bujang, Dah Ada Kawan dan Burung Dah Terbang.


Tidakkah ini serupa, walaupun berdekad kemudian, dengan status perhubungan di facebook? Bezanya, hanya Cikgu Shaari yang tahu perihal status beliau *sebab tersorok di balik almari. Manakala, di facebook, habis satu kampung tahu. Kata Amir Mumamad, P. Ramlee memang betul 'Nujum Pak Belalang'!


Jadi, bagaimana wajah cinta dan perhubungan korang di facebook? Di zaman langit terbuka nie, orang sudah terkikis segan silunya. Anak-anak muda dan tidak berapa muda mengangut habis segala kisah perhubungan mereka dan mencanangkannya di facebook. Selang empat minit status dikemaskini dan gambar pasangan di upload. Kemudian korang tag pula gambar rakan-rakan. Tak cukup dengan gambar, muatnaik video pula dan tag juga nama pasangan korang di bahagian status.


Bukannya tidak biasa kita membaca status-status begini:  Hmmm.... rindunya dengan my other half!
kepada Mr XXX * nama pasangan yang ditag, cepatlah pulang. Hari nie hari anniversary kita.
Terima kasih kepada Miss YYY *nama pasangan yang ditag* kerana temankan saya minum cendol bawah pokok petang tadi. I love you bebeh!


Dek kerana sifatnya yang dua hala maka status perhubungan tampak wajar diubah apabila hubungan itu sudah "disahkan" oleh dua pihak yang terlibat. Peribahasa "bertepuk sebelah tangan" itu sangat relevan di facebook. Misalnya, anda telah lama menaruh hati dengan seorang cewek yang senyumnya manis bak Nora Danish. Suatu hari ditakdirkan korang berpapasan dengan Si Nora, barang-barang yang korang kendong terjatuh dan Si Nora yang budiman ini terus membantu. *macam plot drama lah pulak. Anda terus jadi angau, dan tak semena-mena meletakkan status perhubungan  anda menjadi In a relationship with Si Nora. Walhal Si Nora mungkin membantu anda sebab tidak mahu terhalang oleh barang-barang korang yang segerabak itu.


Begitu juga apabila sedang berpacaran, pacar anda itu berubah menjadi kuman cacar yang merosakkan hubungan dan korang mahu call it a day. Adakah dengan baru sekali anda terlihat gambarnya di upload di akaun  facebook entah sesiapa-sesiapa sedang tersengih dengan pemuda lain, korang cepat-cepat mencari Iphone dan terus menukar status kembali kepada Single? Ataupun perubahan status itu dibuat hanya kerana anda mendengar gosip si dara pujaan nonton konsert Justin Bieber dengan kawan lelakinya yang secomel Justin Bieber jugak? Sebagainya status In a relationship , begitu juga jika mahu Single kembali. Hanya selepas rasmi kedua-dua pihak tidak mahu lagi dikaitkan antara satu sama lain, silakan memberitahu dunia.


Tetapi ada juga menemui jalan buntu dalam perhubungan, sehingga tidak menemui jawapan pasti. Lalu mereka menggunakan perubahan status perhubungan ini sebagi isyarat membebaskan diri kalu si dia masih tidak faham. Ada juga yang menggunakan status ini untuk membalas dendam, justeru merosakkan lagi perhubungan. Kata putus belum dicapai dengan kekasih lama dalam perhubungan yang buntu ini, sudah letak status In a relationship with Kekasih Baru. Kalau kekasih lama itu faham, okeylah. Tetapi kalau terjadi adegan tampar-menampar, bersedialah anda. Peperangan di alam siber boleh terjadi. Sebarang maklumat atau gambar boleh menjadi senjata makan tuan, lebih parah daripada dimakan harimau.


Namun manusia ini aneka ragam sifatnya. Ada juga pasangan yang sudah bersama sekian lama tetapi sikit pun tidak hairan untuk mencanakkannya di facebook. Kemudian adalah Si Bongok mana yang memberi pendapat, kononnya hubungan itu 'tidak sah' kerana tidak diumumkan di facebook. Ini semua pendapat generasi facebook yang tidak cukup masak dan cengeng. Tok nenek kita sudah berpuluh tahun bersama tidak perlu akaun facebook untuk mengesahkan status perhubungan. Ramai facebookers masa kini kalau baru kahwin tu tidak cukup sekadar kemaskini status, ada pula video anda memotong tali pusat di wad bersalin. Tidak cukup dengan itu, setiap hari ada sahaja friends korang yang akan ditag dengan gambar/ video si bayi. Bukan semua orang fikir yang bayi anda comel. Lama-lama orang pun naik jelak dan menyampah dengan korang lalu tujuan untuk bersilaturahim melalui facebook itu bersepai ke mangkuk tandas.


Apa lagi cara memberi 'amaran tsunami' kepada semua rakan bahawa korang sedang melalui satu perhubungan yang sangat bahagia *atau sangat tak bahagia? 
1) Nama profil korang digabungkan dengan nama pasangan. sehingga naik celaru orang lain.
2) Gambar profil juga korang tampal gambar korang dan pasangan. Kalau dah sah bernikah tu wajarlah juga, walau bukan semuannya molek dipandang. Tetapi kalau masih In a relationship with, sudah upload gambar sabung-sabung pipi.... hai, apa cerita ni dik? 
semua orang atas muka bumi nie mesti tahu yang korang berdua pasangan sejati , walaupun tahap mengada-gadanya lebih 10 kati.


Lain orang lainlah fahamannya. tetapi facebook bukanlah wadah terbaik bagi merias jelapang wajah cinta korang, baik yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin. Mereka yang nak berkasih di facebook ni secara terang-terangan harus berfikir banyak kali. Apa motif meletakkan nama pasangan di bahagian status perhubungan? Sebagai ikrar taat setia? Tidak mahu orang lain 'mengusya' korang atau pasangan?


Masalah akan datang bila ada kawan yang berlainan jantina memberi komen dan melawak mesra. Nanti adalah 'pegawai pemantau' turut sama bagi komen. Berkongsi perhubungan korang di facebook dan di laman sosial maya ni banyak risikonya. Korang kena kalis cemburu. Bolehkah tahan geram di hati kalau friends kepada pasangan korang itu rata-rata gambar profil mereka lebih menawan daripada korang yang sekadar bubuh gambar pasu bunga?


Kemudian, friends yang menawan tadi selalu beri komen berbumbu manja mesra serta asyik klik like pada status pasangan korang. Hendak 'menyedapkan' cerita, kawan pasangan korang itu rakan sekolah, sekampus, atau sepejabat yang hobi mereka ialah tag gambar aktiviti yang pernah mereka sertai bersama. Ataupun, korang ingin mengajak pacar korang ke kenduri cukur jambul saudara anda. Si pacar menolak kononnya bengkak gusi. Tup-tup anda lihat status terkini si dia di facebook-sedang melihat penyu bertelur di rumah anak Tan Sri XYZ, siap upload gambar sedang senyum sehingga korang pula bengkak gusi melihatnya.


Jangan mudah terima cinta dan sahkan friend request di facebook. Tengok gambarnya kacak bergaya dan ayu jelita, terus klik confirm . Silap-silap dia hantar mesej ini kembali - "ingin menjana pendapatan?"


Jika kita katakan, ada sesuatu terbuku dalam diri. itu bererti ada sesuatu yang terpendam dan tersembunyi serta tidak sesekali kita kongsi dengan orang lain. Ini amatlah berlawanan dengan facebook. Tidak ada yang terbuku di facebook. semuanya penuh dengan bermuka-muka.



All I'm writting is just what I feel, that's all.
And Probably the words are so bland.





{yangumar}




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...