Thursday, February 24, 2011

Projek Memanipulasi Part2

Assalamualaikum.


Entry kali nie aku nak tunjukkan korang satu lagi gambar manipulasi yang berjaya aku hasilkan, sebenarnya dah lama dah nak post entry nie, tetapi disebabkan kesibukkan yang melanda, terpaksa lah aku tangguh kan entry nie. Aku dapat ilham untuk memanipulasi gambar nie selepas aku tengok PSD work flow brader KUKUbesi, memang terbaik lah hasil yang dilakukan oleh brader tu. ACHUNG!



So, korang tengok lah gambar yang aku hasilkan nie.
jom layan!







001: Nie lah gambar original yang aku gunakan untuk projek aku nie, kalau di imbas elok-elok rumah usang nie dah menunjukkan ciri-ciri angker yang teramat. so, aku pun dengan bijaknya mengambil keputusan untuk menukar effect senja tu kepada effect malam. *ceh! bijak.






002:  Tadaa!, aik? kenapa dah jadi malam nie. heheheheh, sebanarnya aku dah tukarkan effect senja kepada effect malam. Aku jugak tambah jugak layer siluet istana kat belakang rumah tu dan awan yang macam nak hujan tu.






003: Bagi menyeramkan keadaan ,aku tambah lah layer bulan purnama dan Lighting effect untuk bulan tu agar bulan tu kelihatan seolah-olah menerangi rumah puaka tu.







004: Bagi part nie aku tambah layer pokok-pokok kering kat tepi tu agar tidak kelihatan kosong dan bagi menampakkan lagi suasana angker gambar nie.







005: Untuk part nie aku tambah layer mamat yang sedang berjalan memasuki rumah puaka tu. Aku tambah layer mamat nie untuk menyedapkan lagi cerita gambar nie. Ialah kalau gambar rumah jak, nampak tak seberapa menakutkan. *sebenarnya mamat yang terpacak tu ialah aku. xD








006: Effect terakhir yang aku tambahkan dalam gambar nie ialah cahaya lampu yang keluar dari tingkap. aku tambah effect nie supaya rumah tu nampak macam berpenghuni lah. Ialah, siapa yang nak menempah maut sebelum ajal untuk pergi rumah puaka tu kan tambahan pula malam-malam.







007: Dah siap!, untuk part terakhir nie aku cuma adjust shadow and highlight jak. sebenarnya, nak tambah tangan-tangan zombie kat tanah tu. But, terlalu penat lah,  apa tidak untuk buat gambar nie jak dah 5 jam. 








Inilah hasil nya, cantik tak? aku ceritakan lah serba sedikit tentang gambar nie, masa yang diperuntukkan untuk membuat gambar nie dalam 5jam lah, itu dah cukup sekejap dah tu dan aku gunakan 14 layer je dalam gambar nie, tak lah banyak sangat sampai 30 keatas. Ialah, baru belajar.Lastly, bagi korang yang pandai menggunakan photoshop, secara tak langsung korang telah menimba ilmu di sini secara percuma. selamat menuntut ilmu secara batin, saya halalkan. :)





"Do What you can, with what you have, where you are."



I'm Beginner :)

{yangumar}


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...