Tuesday, March 22, 2011

Apabila 'nervous' melebihi tahap Gaban.



Assalamualaikum, Hye : )

23/3/2011 tarikh keramat bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1993, kerana time tu ambil keputusan SPM, Yeah!.
Fuh!, nervous lah pulak mahu menghadapi hari esok, tapi apa boleh buat, aku ni manusia biasa, tak ada power yang boleh memberhentikan masa (macam mamat jepun dalam cerita 'Heroes' tu) dan mana ada jual remote control dalam filem CLICK tu kan, kalau ada kan best. : )

Ops, kan dah merapu, kepada kawan-kawan seperjuangan yang mengambil keputusan pada hari esok, korang steady jak okay!. Jangan gabra, tak cool. Kalau korang malas nak pergi sekolah kerana sekolah korang berada kat Utopia (eh? utopia mana ada peperiksaan SPM), korang boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011).

Dan satu lagi aku nak kata dekat calon SPM yang ambik keputusan esok, tapi ini hanyalah pandangan dan pendapat aku. Kalau korang tengok ada kawan korang ni kecoh semacam dan berniat untuk stay kat sekolah sampai 'Maghrib' itu bermakna keputusan dia baik dan maybe cemerlang dan kalau korang nampak ada kawan korang yang datang sekolah steady tak ingat, tapi selepas jak ambik result, dia jadi kelam kabut, dan 'blah' dari sekolah korang dengan secepat mungkin, itu bermakna result beliau tidak seberapa elok. ehehehe. (Maybe, aku esok akan bermalam kat asrama sekolah aku, untuk meraikan keputusan aku dengan budak-budak asrama. hehehehe)

All in all, kepada calon SPM rada tahun 2010, 'good luck' saya ucapkan, tanam impian untuk ke menara gading satu hari nanti dan kepada calon-calon SPM yang 'Gagal' ingat gagal sekali, bukan gagal selamanya.





{yangumar}


p/s : sementara masih ada masa ni, korang berdoa lah kepadaNYA, lebih afdal korang solat Hajat.
P/s/s: kalau korang suka post ni, dipersilakan klik button like okay : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...