Sunday, March 20, 2011

Sumpahan Usia.




Ramai sungguh orang yang saya kenal berumur 20-an, mereka yang nampak seperti nenek² kebayan dan datuk² tua bangka pun berumur 20-an. Muka berkedut lisut penuh kedut rambut mengerbang beruban pun sanggup mengaku umur 20-an. Jika anak² mereka sudah bersekolah pula, akan mengaku masih berumur 30-an. Kalau pula sudah bercucu, anak sendiri sudah besar panjang berumahtangga, mereka akan mengaku berusia 40-an. Peliks sungguh umur² mereka, beberapa orang yang saya kenal tu.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal saya kepada salah seorang teman.

"sebab diorang kahwin masa darjah dua. Sebab tu umur masih 40-an sekarang."

Kerana tak kuasa mendengar mata saya berguling. Soal saya: "Berapa umur engkau?"

"18 lah, kau tu yang belum masuk 18 lagi."

"Yalah tu."

"Siapa kawan kita yang macam nenek kebayan tu?" tanya dia.

Soalan: Kenapa ramai daripada kita yang mahu merahsiakan usia?
Umur sebenar sudah menjangkau 30-an, 40-an atau 50-an, tetapi masih berperangai seperti 20-an. Pakai baju pun macam budak belasan tahun, warna-warni dan ketat sendat, seluar londeh, rantai sana-sini, rambut diperangkan, penampilan seperi baru lepas baligh beberapa jam yang lalu.
Setiap kali meniup lilin di kek hari jadi, masih mengaku menyambut tahun kelahiran yang ke-26, berulang, tiap² tahun. Jumlah lilin cuma lima batang walau sepatutnya sudah terpancang berpuluh-puluh. Apa salahnya meraikan usia yang bertambah?



Semakin kita meningkat usia, semakin itu kita bertambah matang. Minda semakin terisi. Kita jadi lebih bijak membuat pilihan dan keputusan.
Pengalaman kita membuat orang lain makin menghormati. Pertuturan dan saranan kita pun semakin dipercayai. Kita dirujuk menyelesaikan masalah, kita diberi title atau jawatan atau tanggungjawab. Semakin kita dewasa, semakin ramai yang memandang tinggi. Duit pula lebih banyak. Jumlah dalam akaun bank dan pelaburan adalah beberapa ratus, atau ribu²; tidaklah sengkek comot seperti remaja. Gaji sudah naik, walau hutang dan tanggungan juga ikut memuncak.



Maka, apa salahnya mengaku usia dewasa? Kedewasaan melepaskan kita daripada beban sengsara usia remaja. Ramai daripada kita hidup penuh kesempitan ketika muda. Seperti kata Dorothy Fulheim (pembaca wanita pertama dari Amerika), 'Youth is a disease from which we all recover.' Walau bebas segala penyakit dan kebodohan youth, kenapa ramai yang mengaku masih muda padahal kedewasaan lebih memberi makna?. Kenapa mahu kekal 20-an?


"Mungkin kerana dia sudah jadi nyanyuk ," kawan saya menawarkan jawapan. Kawan saya ini memang tidak membantu. Sambil bercakap itu, dia sedang mengunyah tentakel sotong. "Mereka tidak mengaku umur , mungkin dia orang nyanyuk awal. Bukankah salah satu simptom nyanyuk adalah lupa umur sendiri?"
"Begitu kata seorang lelaki yang mengaku masih berumur 18, " perli saya sambil menghirup teh hijau. Saya sendiri sebenarnya kurang pasti sama ada dia betul² percaya kata²nya sendiri, atau sedang sinikal, atau sarkastik.



Kami sedang berada di sebuah kedai sushi, di hadapan adalah piring kecil. Wasabi terlalu pedas, maka saya meneguk teh hijau. Dikatakan, teh hijau membuat anda awet muda. Saya terasa seperti hipokrit menghirupnya, memandangkan topik perbincangan pada waktu itu adalah meraikan usia tua, menempelak mereka yang terlalu manyanjung usia muda, sanggup menipu umur sendiri.
Beberapa bulan lepas, saintis di sebuah Universiti di Ontario, Kanada, telah membuat kajian tentang air apabila diteguk boleh membuat kita awet muda. Ramai orang tertarik dengan penemuan tersebut; maklumlah, air 'Fountain of Youth' telah dicari sejak zaman nabi² lagi. Dikatakan, Nabi Khidir pun menjadi awet muda kerana meneguk 'Fountain of Youth'



Mentaliti Kekal Macam Budak²

Jika kamu mahu mencari resepi 'Fountain of Youth' dari Kanada tersebut, kajian para saintis telah diterbitkan di dalam jurnal Experimental Biology and Medicine. Manalah tahu, kamu mahu membancuh sendiri. Mereka telah mencampurkan bahan² ini: asid folik, bawang putih, halia ginkgo biloba, ginseng, teh hijau, magnesium, melatonin, minyak ikan, asid acetylicylic, vitamin dan mineral. Asid acetylicylic adalah aspirin, bahan di dalam pil² ubat demam. Saya tidak tahu rasa bancuhan ini macam mana. Melibatkan bahan-bahannya, meneguknya, agaknya, macam meminum keladak longkang.



Barangkali ramai yang menyanjung usia remaja kerana mahu awet muda. Kita mahu mengecapi kejayaan usia dewasa, tetapi mengekalkan penampilan muda remaja. Bak kata George Bernard Shaw, 'Youth is wasted on the young.' Kita sudah established dan ada wang, alangkah rugi jika kita tidak cantik. Ini terutamanya benar kerana manusia lebih menyanjung kecantikan luaran, tidak beberapa kisah tentang kematangan dan kebijaksanaan pun, mentaliti kekal macam budak².



Kawan saya mencelah: "Apa yang kau merepek ni? Umur bukanlah topik yang menarik untuk dibincangkan. Semua orang bertambah umur, tak payah buat apa pun. Cuma jangan mati jak, kita dah dapat umur. Kenapa engkau sibuk sangat nak borak pasal ni?"

Saya tidak beritahu saya sedang mencari fakta untuk entry ini. Kata saya: "Tapi kita belum ada kata putus. Kenapa ramai yang tak mahu mengiklan umur sebenar? Malah, dalam banyak kes, kita sudah tahu pun umur sebenar dia berapa, cuma dia sahaja yang tidak mahu mengaku."

Dia menjawab: "Arh!, kau tu pun perangai macam budak² belum sunat, ada hati nak cerita pasal orang lain pulak.."

Saya hanya mampu menjawab: "........"



Berangan Masih Si Manis 16

Kadang², kita seperti sudah expected untuk melindungi umur, tahun lahir. Ketika menyambut hari jadi, teman² dan strangers akan mengelak untuk bertanya usia yang sedang diraikan, tahun bila kelahiran. Di facebook juga kita boleh memilih untuk merahsiakan tarikh lahir, tahun lahir, menggunakan gambar profail yang telah diambil bertahun² sudah . Orang ingat kita masih sweet sixteen, tetapi sebenarnya sudah payau, tidak beberapa sweet lagi. Pada zaman sekarang ini, orang yang terang-terangan dan secara gembira memaklumkan umur pula yang peliks, dikatakan terlalu expose.



Kawan saya: "Kenapa kau sibuk, penting sangat kah nak tahu?"

Kata² kawan saya membuatkan saya tersedar. Penting sangatkah mahu menggali sebab musabab seseorang menipu umur? Masing² ada alasan mereka sendiri merahsiakan umur sebenarnya memaknakan seseorang individu itu adalah jiwanya. Perasaan dan jiwa kadang² menggunakan sistem masa yang berbeza, mempunyai umur yang sama dengan umur tubuh fizikal.

Kata kawan saya: "Kalau jiwa dia 20-an pun, apa salahnya dia mengaku masih 20-an?"
Kawan saya masih mengunyah tentakel sotong. Dia memang suka tentakel sotong, nampaknya.

Saya: "Aku syak, mereka yang mengaku 20-an itu, jiwa dia bukan 20-an pun. Yang 20-an adalah harapan, impian dia. Entah² jiwa dia sebenarnya lebih tua, dibendung masalah pelajaran, masalah kerja, masalah ekonomi, masalah relationship. Tetapi dia mengaku 20-an sebab mengharap. Terutamanya orang perempuan. Orang lelaki tidak kisah sangat umur² ini. Kecuali engkaulah, Encik 10-an."

Kawan saya: "Orang perempuan kenalah nampak muda remaja, kerana itu peak kewanitaan. Bila sudah lepas peak, akan jatuh menjunam. Orang lelaki pulak, peak dia berbeza, lebih lambat. Pepatah 'life begin at 40' tu, sebenarnya lebih tepat untuk lelaki daripada perempuan. "



Katanya, orang lelaki tidak kisah sangat, semakin tua semakin nampak segak. Rambut beruban muka berkedut pun akan disanjung dan dihormati, dianggap sama kacak, tetapi comel. Comel maksudnya lain, tidak membawa konotasi maskulin dan kacak. Mungkin kerana orang lelaki baligh lambat? Mungkin kedewasaan membuatkan penampilan orang lelaki lebih menarik, maka umur tidak disembunyi.

Kawan saya lagi: "Tapi, bagi orang perempuan berbeza pula, semakin banyak kedut dan selulit, mereka jadi semakin kurang menarik. Adalah sukar merubah kedut, maka mereka merubah usia sahaja. Dengan harapan orang akan percaya."

Maka, sampai ke sudah saya tidak dapat kata putus. Kenapakah ramai yang merahsiakan umur, mengaku masih muda? tetapi sekurang-kurangnya, saya dan kawan saya sempat berbicara tentang usia sambil mengunyah sushi, meneguk air teh hijau. Ah, apalah ada pada kedutan wajah. Bak kata Mark Twain, 'Wrinkles should merely indicates where smiles have been.'




{yangumar}



p/s; kalau korang suka post nie, klik button like okay : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...