Friday, March 25, 2011

Two's company and three's a crowd



Two's company and three's a crowd. Mendiang Lady Diana juga pernah mengakuinya. Dari zaman King Arthur pun sudah ada saga tiga segi cinta antara beliau dengan Guinevere dan Lancelot. Ada yang berpendapat, cinta tiga segi ini mengujakan. Penuh thirll dan keseronokkan, bagi mereka yang menempah 'nahas' dalam bercinta. Mula-mula tu memanglah  banyak suka-sukanya (untuk yang daring dan suka menempah nahas ni!). Tetapi lama-kelamaan, yang suka menjadi duka. Yang manis menjadi cuka. Akan timbul serabut dan kalut. Akan berdentum cemburu dan amarah serta diksi-diksi yang senada dengan "kesetiaan/ dikhianati/curang/main kayu tiga". Mereka yang manempah nahas ini bakal mencalar reputasi dan menggali kubur sendiri. Tiada siapa kata berkongsi kasih ini membawa bahagia mutlak. Sedangkan sesama adik-beradik sedenyut senadi pun boleh berbalah besar apabila hendak menawan hati ibu.


Banyak rupanya segi-segi dalam cinta. Maka itulah sebabnya simbol keabadian dalam perkahwinan dan cinta sejati ialah bulat yang diwakili oleh cincin. Tiada cincin bersegi, kecuali potongan berlian yang menatahinya. Istilah  "cinta tiga segi" itu selalunya dipakai apabila susun atur tatacara sebuah perhubungan itu melibatkan lebih daripada dua individu. Sementelah pula, definisi berpasangan ini ialah "dua benda atau dua orang yang melengkapi satu sama lain". Angka keramat DUA, bukan TIGA atau angka selain daripada itu .


Di dalam segi tiga cinta ini, akan tiba satu titik di mana salah seorang pasti akan rasa dikhianati. Ada juga satu bentuk perhubungan melibatkan banyak pihak yang dipanggil polyamory, tetapi polyamory ini banyak konotasi seksual. Tema yang lazim dalam hubungan cinta tiga segu ialah cinta tidak terbalas dan cemburu. Yalah, kalau sudah ada lebih daripada dua yang memerlukan perhatian, pasti ada perebutan, pertelagahan, pertelingkahan, peperangan dan kemuncak paling bahaya - pembunuhan. Banyak kisah, baik yang fiksyen mahupun fakta menyulam sejarah tamadun manusia. Cemburu dalam cinta banyak segi menyebabkan banyak empayar runtuh. Cleopatra, Mark Antony dan Julian Ceaser menitirkan riwayat cinta mereka, dalam mainan siasah dan licik muslihat.



Samakah kisah kita dengan Fiksyen Asmara?
Cinta tiga segi juga mencetuskan sekian banyak ilham bagi karyawan. Lalu tumpahlah ilham tadi menjadi tema dalam fiksyen asmara, opera (yang di pentas atau yang "berbuih-buih" di telivisyen), romcom, manga malah muzik popular. Hai, Bukan kita tak biasa mendengar lagu yang liriknya lebih kurang berbunyi, "Aku tak tahu nak pilih yang mana... yang itu aku suka, yang ini aku sayang..." Hehehe!


Jika di dalam siri televisyen yang sifatnya bermusim-musim  dan berangkai-rangkai, cinta tiga segi lazimnya menjadi konflik kegemaran. Nak bagi cerita panjang , bahasa mudahnya. Skrip yang baik membuatkan penonton tertanya-tanya akan pilihan muktamad si watak utama. Katakanlah Si gadis tercabik hatinya antara Si Budak Baik dengan Si Macho bergaya. Si gadis boleh saja membuat pilihan , yang mana satu idaman kalbu, bak lagu P. Ramlee itu. Tetapi manusia itu diciptakan tidak sempurna; ada rasa haloba dan senantiasa tidak tetap hati. Si budak Baik tidaklah kacak bergaya, hanya manis senyum, sedang-sedang saja namun perkertinya sopan terjaga. Segala yang dilakukannya molek dipandang mata dan memikat hati ibu bapa.
Lalu sisinya yang tidak kacak bergaya itu cuba dipenuhkannya dengan melihat pilihan kedua iaitu si macho bergaya. Si gadis manusia biasa, punya selera memuaskan halwa mata. Dengan otot kekar bak Taylor Lautner, selera fesyennya kalah Pengarah Kreatif Valentino dan tarikan fizikalnya, aduhai! Tetapi dia cepat baran, mudah rewel dan mulutnya jika diibaratkan laser bisa membelah badan kapal terbang. Apakah ini juga satu kasus yang boleh dibincangkan: makin cantik atau makin kacak seseorang itu, maka makin cerewet sikap dan mulutnya?


Maka Si Gadis terjepit antara dua pilihan. Manusia memang boleh mengasihi lebih daripada seorang manusia, tetapi atas kapasiti lain. Seseorang ibu terhadap anak-anak, misalnya. Seorang guru terhadap pelajarnya. Seorang pemimpin terhadap rakyatnya. Tetapi kesnya, tentulah tidak sama dalam hubungan cinta yang dibincangkan di sini.


Dua calon yang melekat di hati Si Gadis pasti berdebar membaca segala isyarat cinta. Namun akhirnya Si Gadis akan membuat satu pilihan muktamad, dan siapa yang tidak terpilih itu akan diwajarkan dengan ayat "kita hanya kawan". Klise dan stereotaip. Boleh jadi juga pilhanraya adalah antara seseorang yang sudah bersahabat dengan kita sejak dari kecil, yang sudah faham ragam dan karenah kita, yang mampu menghabiskan ayat kita dan membaca fikiran kita. Pilihan satu lagi pula ialah seseorang yang kita baru sahaja kenal, yang menzahirkan kepada kita makna cinta pandang pertama.


Konflik klasik turun-temurun dalam segi tiga cinta ialah yang melibatkan frasa "best friends" Watak A sedang berkencan dengan Watak B, Tetapi Si A juga mempunyai perasaan terhadap Si C yang merupakan teman baik Si B. Si A nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan kerana Si C juga nampaknya dalam diam menaruh hati kepadanya. Ataupun, bagaimana pula dengan kisah cinta segi tiga yang berawal-muara daripada seorang absent lover?


Ini formula yang dipakai di dalam Saga Twilight. Ini juga dipakai di dalam The Count Of Monte Cristo. Apabila Edmond Dantes dibuang ke penjara lalu dikhabarkan mati, kekasihnya Mercedes mencari perlindungan dan sejahtera jiwa daripada sahabat baik Edmond (atau begitulah yang dianggapnya) iaitu Mondego.

Mondego lebih kaya dan berberkedudukan tinggi daripada Edmond yang sengkek mamang sudah lama menaruh hati kepada Mercedes yang cun melecun itu. Namun, Si Cun Melecun tidak memilih Si Kaya Raya, sebaliknya memilih Si Sengkek hingga menimbulkan hairan takjub di hati Si Kaya Raya. Lalu Si Kaya Raya pun mengatur plot untuk menjahanamkan Si sengkek bagi mendapatkan Si Cun Melecun. Apabila Si Sengkek kembali semula selepas beberapa tahun dan kali ini dia bergelar Si Kaya Lebih Raya, timbullah isu-isu yang senama dengan kesetiaan dan pengkhianatan. Oleh kerana plot Monte Cristo ini agak klasik, maka pasangan kekasih yang asal disatukan kembali manakala mereka yang jahat menerima pembalasan. Ceh!.
Jatuh Cinta dengan Kekasih Kawan Baik


Siapa pernah menonton filem Kissing A Fool, lakonan David Schwimmer? Dua jejaka bersahabat baik bernama Jay dan Max. Jay memperkenalkan seorang gadis bernama Sam kepada Max selepas Max putus cinta. Max berkencan dengan San dan dalam masa dua minggu sahaja mereka sudah bertunang. Namun untuk memastikan apakah Sam akan setia kepadanya, Max ingin menjalankan ujian taat setia. Panel pengujiaan tidak lain dan tidak bukan adalah Jay, iaitu sahabat baiknya sendiri. Setelah Jay menghabiskan banyak masa dengan Sam, sehinggalah sampai ke tubir katil, well, korang boleh teka sendiri kesudahannya bukan? Ini plot klasik juga, iaitu jatuh cinta dengan kekasih sahabat baik sendiri. Rupa-rupanya perlu "cinta pandang kedua".


Apa yang harus dilakukan jika terperangkap dalam segi tiga cinta? Hanya fikiran yang matang dan pertimbangan yang saksama dapat memandu arah kita. Pertama sekali, perkara ini mesti dielakkan sama sekali. Wajah segi tiga cinta itu jelek, tanamkan itu dalam hati. Bagi yang menonton saga Twilight, wajah jelek segi tiga cinta ini ada dipaparkan. Ada sesiapa yang berpendapat bahawa si Bella Swan itu cengeng dan patut diberi penampar? Si Bella sudah membuat pilihan muktamad iaitu Edward tetapi masih mahu si Jacob ada di sisinya, Namun pun fiksyen, yang menontonnya ambillah teladan. Hahaha!


Apabila tejebak begini , anda harus membuat pilihan, sama ada salah seorang ataupun tidak memilih langsung. Bagaimana membuat pilihan? Secara teori, anda bolehlah buat senarai semak akan trait yang anda suka atau tidak suka pada Si A dan Si B. Contoh: Si A ini merendah diri dan suka membuat perkara kebajikan, termasuklah membuat amal kepada anda dengan hadiah jam tangan Jeager Le Couture dan Ipad. SI B pula selera muziknya sama seretro macam korang, pandai mengarang dan dia bijak mengambil hati. Kemudian buat senarai semak ini untuk diri anda sendiri. Bersedialah untuk mengakui kelemahan diri korang sendiri, termasuklah perengus, mandi hanya apabila hendak keluar dating dan berfikir bahawa glee itu ialah nama sejenis sabun lantai.


Akhir sekali, buat satu senarai semak di ruang berasingan. Apakah pula kualiti yang anda sendiri inginkan daripada pasangan hidup tetapi bukan daripada A ataupun daripada B. Mungkin boleh letakkan senarai semak itu dibawah tajuk "Dikehendaki". Korang mahukan kekasih yang matang dan cantik macam Siti Nurhaliza kacuk Rossa . Bersedialah memaafkan walaupun bukan pagi raya. Akhirnya pasti korang dapat menentukan sendiri senarai A ataupun bukan B yang paling akrab dengan selera dan hati perut korang. Maksud saya, hati budi korang. 


Bak kata Pakcik Shakespeare - " To thine own self be true!"
Cinta itu muafakat, dan muafakat itu bentuknya bulat. 
Oklah, bye.




{yangumar}


p/s: Dipersilakan untuk mengklik button like, jika korang suka post nie ok : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...