Sunday, April 24, 2011

RAIL the better WAY to travel | Part 2

Assalamualaikum,
Ok, hari ini aku nak bercerita dengan korang lah pulak, tentang kereta api dekat sabah ini. Mungkin ada yang berkata " Aik, bukan dia dah cerita kah tentang ni?? Taknak baca lah.. aku memang tak suka buat kerja dua kali ini". Rilek dulu okay, jangan dulu tekan button pangkah kat atas tu. Memang aku pernah buat entry ini, bulan lalu (Klik sini kalau nak baca entry tu) . Tapi, kali ini berlainan sikit suasana dia. Jadi, terpulang lah kepada korang kalau nak layan atau tidak...
Eh, trimas lah kepada korang yang masih terperuk depan PC dan baca post aku ini. Ok, aku pernah cakap kat entry aku sebelum ini, bahawa kereta api yang aku naik tu Antik, Panas, Kotor, Berpasir dan banyak lagi lah rugutan aku. Tapi kali ini aku naik kereta api yang berAIRCOND beb, tidak pulak aku tahu kat sabah ini ada kereta api yang berAIRCOND.  First time jugak lah naik kereta api yang berAIRCOND ini, meskipun aku pernah naik LRT dekat KL tu, tapi tak feel sangat lah, sebab sekejap jak. Aku naik sekali lagi kereta api ini sebab... Yalah, datuk dan nenek aku baru pulang dari KL nak jugak lah sekali sekala makan angin. Tapi agenda utama kami ialah melawat makcik aku yang berada di bongawan. Jadi aku tak lah menjelajah sampai ke beaufort. Kalau aku cerita panjang-panjang kalau korang tak faham buat apa kan??? Jadi bagi mengelakkan korang binggung aku sediakan peta ni, untuk korang jamah. Hahaha!


Kalau korang tak faham, rujuk peta laluan kereta api kat atas ini tau. Buat masa sekarang ini kereta api tu baru beroperasi sampai Beaufort belum lagi beroperasi sampai Tenom. 

Ok, Lets talk about kereta api yang aku naik ini, kereta api yang aku naik kali ini lain sikit, dia dah macam KTM komuter kat semenanjung tu. Kenapa aku cakap dah macam komuter?? Sebab, kereta api ini selesa, nyaman, siok dan banyak lagi lah perkara Best yang tak larat aku nak tulis, paling best sekali ada suara orang  kedengaran apabila kereta api hendak sampai ke stesen terdekat. (so, sakai!). Kalau dah Best perjalanan yang jauh pun jadi sekejap. Kali ini aku nak sertakan jugak lah beberapa gambar yang tak seberapa cantik yang sempat aku snap untuk tatapan korang.
Jom layan! 
:
:
:
:
:
:
:

Gambar ini aku snap masa dah nak bertolak dah ini. Time ini, baru pukul 8.00 pagi, time tu mimpi korang baru nak sampai climax kan. Sementelah pula cuti, tidur sampai pukul 9 malam pun tak apa (tidur sampai 9 malam?? Hiperbola betul lah).  


Yey!, dah gerak pun. Aku pun apa lagi, posing hensem lah tepi tingkap dengan harapan orang kat luar menganggap aku sebagai pelancong dari Kota Landon. Lalu, melambai mesra kat aku. Hahahahah!, ternyata niat tidak bagus.



Aku sebagai pelancong dari Kota Landon, sudah menjadi kebiasaan, apabila ada masa terluang seperti dalam gambar ini akan membaca buku sambil menunggu sampai ke destinasi yang hendak dituju. Mungkin ada yang cakap "Ceh, tidak apa jugak kalau bahan bacaan kau tu bermanfaat, Ini buku komik". FYI, aku ada bawa dua buku, ini buku adik aku, aku pinjam sekejap jak. Lagipun, komik ni, bagus jugak, Pasal apa?? sebab komik menerangkan macam mana nak Iktihar hidup dalam sesuatu situasi tu. Sebagai contoh Gempa bumi, korang tahu tak macam mana nak survive dalam keadaan seperti tu??. Mentang-mentang lah Malaysia ni, tiada gempa bumi kan.


 Inilah suasana gerabak ketika aku sampai stesen Putatan, gerabak mula full. Tapi, dekat stesen Tanjung Aru gerabak tak full banyak lagi tempat yang kosong. Orang ramai memang suka naik kereta api ini, sebab murah dan cepat sampai ke destinasi, kebanyakkan orang yang naik kereta api ini, rata-ratanya orang yang berkerja. Yalah, cuba korang bayangkan dari KK ke Papar kalau menaiki bas, tambang nya 4kupang (Eh, kenapa aku berhasa kedah ni, hehehe. RM4 ringgit lah) manakala kau menaiki kereta api ni tambang nya lebih murah... (Erm, berapa tambang naik kereta api ini arh dari KK ke Papar?? Aku dah lupa lah, korang Google lah sendiri).


Inilah adik aku, ada macam muka cina tak? aku memang berdarah cina sebelah utara dekat tembok besar china. Hahaha!. Bak kata Usop wilcha : Nampak beno nipunye... FYI, ini bukan adik aku, ini sebenarnya mangsa candid aku kat LRT Kereta api ini. Aku memang suka dengan street photography, kalau aku pergi mana-mana mesti aku ambik gambar candid orang ramai. Pasal apa?? sebab aku suka, aku punya pasal lah..


 Eh, aku dah sampai Kawang lah, tak lama lagi sampai ke destinasi yang hendak aku tuju. Time dekat kawang ini tak banyak orang yang naik, ada lah dalam 2-3 orang dan orang kat sebelah aku ini pun turunlah dekat stesen ini dan digantikan dengan seorang perempuan, WHAT??? PEREMPUAN!! aku pun usya lah perempuan tu dan hasil penelitian aku perempuan tu seorang remaja, memakai shawl dan muka dia iras-iras Maria Elena. Aku pun apa lagi bajet Handsome lah, lantas aku menukar buku komik yang aku baca tu dengan Novel berbahasa Orang Putih. 
Tengah duduk dalam 10 minit gitu tak bercakap apa-apa, tiba-tiba dia menegur aku dengan Bahasa asing yang berbunyi : "Reading book??". 
Aku pun apa lagi dah perempuan tu tanya aku... " Oh, just another childish novel *sambil menunjukkan cover buku tersebut. Actually, I already finish reading this novel twice". 
Perempuan tu menjawab " Ermmmm...". 
Lantas aku ketawa tersengih "Hahahah!, Just kidding *dia pun turut ketawa tersengih sama. ". Aku pun menanya dia dengan soalan Bahasa Malaysia, "Erm, nak pegi mana?"
Dia :"Beaufort, saja-saja jak nak cuba naik Train ini, awak??" 
Aku pun membalas dengan nada cool : "Bongawan.."   
"Oooo.. Have a nice trip.". 
Terus tidak bertegur lagi.... ingin aku membuat ala-ala iklan AXE tu kan, pinjam sekejap Handphone perempuan tu, try misscall Handphone aku and then dapat lah No fon dia. Hahahaha! gurau jak....


Ok, ini pulak salah seorang peserta Le tour de Langkawi yang dah tersesat, Heheheh! Gurau jak. Time ini dekat papar, orang kampung memang suka pakai basikal kalau hendak ke bandar. Satu dunia sebenarnya buat begitukan??? Hahaha!


Cuaca time ini cerah, tak hujan, kalau tidak bermandi hujan lagi lah aku. Yalah, sejak kebelakangan ini hujan selalu turun. Bukannya aku nak merungut pasal Rahmat yang tuhan berikan kepada kita semua ya....


Another gambar candid yang aku ambil : Orang depan aku ini Cool jak melihat pemandangan yang cantik kat luar tu. Yalah, siapa yang tak terpesona melihat pemandangan yang cantik kat luar tu kan?? Aku pun macam nak gambar guna 'mata' jak semua pemandangan kat luar tu. Apa?? perempuan kat sebelah aku tu?? Dia diam-diam jak melihat gelagat aku yang tak reti diam menangkap gambar. Hehehe!


Ok, Time ini aku dah sampai UK dah, tengok lah suasana sekililing gelap jak kan?? Maknanya dah malam lah tu. Heheheh!, sebenarnya belum malam lagi ini, kereta api ini cuma lalu kat terowong yang British buat time mula-mula kereta api ini sampai kat sabah. Kalau aku nak cerita kenapa british buat landasan kereta api ini kat sabah, takut entry aku ini diiktiraf sebagai entry terpanjang kat dunia. So, Google lah sendiri.

Aku rasa rumah ini, tersangatlah jauh dari bandar dan tersorok jauh di dalam hutan. Time ini nak sampai dah dekat destinasi yang hendak aku tuju tu. Dalam seminit dua sampai lah.


Kan aku dah kata, dah sampai dah... "Good bye girl... Good bye train, lain kali aku naik lagi ya, tapi kali ini aku duduk atas bumbung, hahah!". Ok, sekali lagi trimas kepada korang yang sudi layan post aku yang merapu meraban ini. Kepada rakyat sabah yang belum try naik train ini, sumpah siok, kalau tak siok aku boleh bagi balik duit tambang korang lah (Never! in million year. Hahahah!). Ok lah, sekian, Peace Out! 





p/s: sebenarnya aku naik kereta api ini pada hari jumaat, tapi baru sekarang nak post dekat Blog.
p/s/s: Kalau korang rasa muka aku Handsome boleh lah like... Hehehe, kalau korang suka post ini boleh lah like okay :) 

1 comment:

Anis Azziyati Juhari ツ said...

4 kupang je ke klau gi memana pun ?
murah giler !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...