Wednesday, April 27, 2011

Si Hitam Legam yang Baik Hati | Si Putih Melepak yang.....

Assalamualaikum,
Okay, hari ini kau nak kongsi info dengan korang tentang Arang dan Kacang Soya. Nak mula yang mana dulu?? Si hitam legam kah?? Si putih melepak?? 




Okay, kita mula dulu lah ya dengan Arang, Mungkin ada yang tersedak lalu berkata "Arang??? Kenapa dengan benda hitam legam dan Useless tu??". Rileks dulu okay, itu lah aku nak beritahu ini, rasa-rasanya satu Malaysia ni pernah tengok cerita 'Nujum Pak Belalang kan?? Aku rasa dah sejuta kali dah aku tengok cerita tu, tapi yang menghairankan tak pernah memboringkan (Tengok dah kelaut dah). Okay, ingat kah korang ada satu scene dalam cerita ini dimana Si belalang membuat air kopi untuk tetamu menggunakan Arang yang diambil dari bontot kuali, lalu tetamu tu pun merungut " Puiiii, kopi apa ni Pak belalang?? "  Pak belalang : "Hantam sajalah~" Hahaha! Ternyata P. Ramlee memang betul 'Nujum Pak Belalang'. Sebut pasal meminum arang, mungkin ada yang berkata "Yuck!, banggang lah kau, bawa kitaorang minum arang, kotor bha tu! ". Tapi, tahukah korang bahawa arang sebenarnya telah lama digunakan sebagai ubat dalam sejarah dunia perubatan, kalau korang tak percaya pegi lah Google dan research sendiri. Tapi kali ini korang tak payah susah-susah Google sana sini, aku dah sediakan Info ini tinggal korang hirup jak lagi. Hahahah!


Ini aku dapat info dari internet tentang sejarah penggunaan Arang dalam dunia perubatan; Seawal tahun 1,500 Sebelum Masihi (SM) lagi, masyarakat mesir telah menggunakan arang sebagai medium penyembuh Luka dan Pembersih Usus. Selepas lebih 1,100 tahun kemudian, seorang ahli perubatan pada tahun 460 SM, Hipokrates turut menggunakan bahan berwarna hitam itu untuk merawat penyakit Epilasi, Klorosis dan penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria yang dipanggil sabagai Antraks. Kaedah rawatan ini banyak menampakkan hasil, sekali gus menyelamatkan banyak nyawa orang dahulu.


Sesungguhpun begitu, sejarah banyak menyaksikan ramai yang 'Mata ke atas, tangan ke bahu' akan keberkesanan arang dalam perubatan. Lantaran itu, pada tahun 1831, Profesor Touery dari Akademi Perubatan Perancis melakukan demontrasi bagi menunjukkan betapa arang begitu istimewa dalam bidang klinikal. Di depan rakan sejawat dan para pelajarnya, dia menunjukkan aksi bahaya iaitu menungang motosikal tanpa helmet lalu membuat conner baring dekat bulatan sulaman. Hahaha! seloroh jak tu pakcik tu meminum racun strychine yang telah dicampurkan arang lah........ WHAT??? MINUM RACUN!!


Hasilnya, ternyata Pakcik Touery hanya buang tebiat dan mampus dengan meminum racun itu.... Hahahah!Ok, saya serious sudah, sebenarnya pakcik tu tidak mengalami komplikasi berat dan masih bernyawa. Jika difikirkan secara logik lah kan, mustahil jugak Pakcik Touery itu boleh terus bernyawa lebih-lebih lagi setelah mengambil racun. Tapi, mengapa bahan berbahaya itu tidak mendatangkan mudarat dan bagaimana hal luar biasa itu boleh berlaku??


Menurut Pakcik Touery, sifat arang yang tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, sebetulnya mampu menyerap 60 peratus zat beracun dalam tubuh. Jika diminum, benda hitam itu akan masuk ke bahagian pencernaan sepeti usus kecil dan usus besar. Keberkesannya akan dapat dilihat beberapa jam selepas di ambil. Hal ini berlaku kerana arang memiliki pori yang banyak dan luas hinggakan keupayaan menyerap menjadi sangat tinggi. 


Okay ini info baguih punya pasal kanser; Pada Abad Ke-20, penggunaan arang menjadi semakin luas dan ia digunakan sabagai agen anti kanser dalam tubuh manusia. Kajian yang dijalankan oleh Japan Science and Technology Agency dangan kerjasama Japan Cancer Institut mendapati, arang atau karbon diubah menjadi nanohorn iaitu sebagai medium membunuh kanser atau tumor tanpa sebarang kesan sampingan.


Ini pula berita baik kepada Si pemuja kecantikan, biarpun muka macam pecah rumah, jangan terkejut beruk kerana meminum arang telah dibuktikan bersifat Anti-Penuaan dan memanjangkan usia sebanyak 40 peratus. Penemuan ini adalah hasil penelitiaan yang dijalankan oleh Richard C. Kaufman dari National Health Federation, Minessota di Amerika Syarikat. Percubaan ke atas haiwan mendapati arang berkebolehan menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan beracun yang boleh merosakkan sel badan. 





Okay, cukup-cukuplah dengan Arang mari kita berganjak kepada Kacang soya pula. Dari orang Afrika hingga lah ke orang Antartika memang dah tahu bahawa kacang soya ini berkhasiat kan??  Ha! ini lah aku nak Habaq kat korang semua. Kacang soya yang orang sekeliling kita selalu kata bagus sangat ni takda lah bagus mana pun, memang tak bagus pun, kecuali tempe dan kicap soya sebab.....  tempe dan kicap telah melalui proses penapaian atau bahasa penjajahnya fermentation, yang tak bagusnya kalau dimakan secara fresh, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman. 


Bagi kaum hawa pulak korang tahu tak kacang soya ini merupakan salah satu makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen?. Kaum lelaki:"Hormon estrogen???" Okay, bagi mengelakkkan kaum lelaki celaru, korang tengok diagram Menstrual cycle perempuan, ada satu peringkat dimana hormon estrogen graf dia menaik time perempuan datang haid. Ha!! kat situ lah selalunya perempuan akan buat ragam kerana hormon estrogen ini lah yang mempengaruhi mood kaum hawa ini. Korang lelaki susah nak faham sebab korang kurang hormon ini dan tak ambik kisah pun sebab bukan korang yang alami, tetapi perempuan dekat sekeliling korang alami benda ini, jadi kita pun patut tahu jugak. Seriously hormon estrogen ini lah yang membuatkan kaum hawa selalu nak beremosi. Dorang bukan sengaja nak beremosi pun. So korang jangan lah salahkan perempuan. Nak buat camna bila tuhan dah kasi kaum hawa ini dengan banyak hormon estrogen ini. Bukan dorang nak pun. Tapi ingat, setiap apa yang tuhan berikan kepada kita, ada hikmahnya.


Kan dah kelaut balik. Okay, Korang tau tak hormon estrogen yang berlebihan dalam badan korang boleh menyebabkan korang lemah? Boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara? Korang tahu tak? Kenapa matsaleh galakkan kita minum sangat air kacang soya keluaran diorang ini? Sebab dorang pengeluar soya terbesar dekat dunia dan dorang nak kita ni lemah! Dorang nak kita ni sakit! Dorang nak bunuh kita. Korang tau tak walaupun dorang  galak-galakkan kita ini minum air kacang soya ini sebaliknya mereka sikit pun tak sentuh air kacang soya ni? Korang tahu tak? Korang tahu tak dorang ni siok jak feel hirup coffee! siok jak hirup teh! tapi sibuk canang satu dunia teh and coffee tak bagus untuk kesihatan? Korang penah fikir tak kenapa? Bak kata Nabil Raja Lawak "Lu Fikirlah sendiri!"


Aku pernah curi-curi dengar di mana makcik-makcik tengah hangat bercerita mereka cakap if mengandung elok minum kacang soya ni. Nanti anak keluar kulit putih macam matsaleh? Itu semua bohonglah belaka. Korang tahu tak bayi yang minum banyak kacang soya ini selalunya akan mengalami masalah kulit? Bagi bayi lelaki pula, kalau hormon estrogen yang banyak dalam kacang soya ini di sumbat banyak, terlebih dalam badan. Sekarang korang tahu lah kan kenapa banyak lelaki bersifat macam wanita? Korang tau tak? Sebab mak-mak menggalakan anak mereka minum air kacang soya masa anak mereka mengandung. Hebat betul matsaleh musnahkan benih-benih manusia akan datang. Korang tak percaya apa aku taip ni, korang boleh google and korang research. TRY lah!

Ok, itu jak lah yang dapat aku taipkan hari ini harap-harap korang kurang-kurangkan lah meminum air kacang soya yang sedap nak mampus tu. Aku memang suka jugak dengan air kacang soya ini, sedap bha kan?? Tapi selepas dikaji, KURANG AJAR punya matsaleh. Tengok?? Senang jak kan mereka nak memperdayakan kita?? So harap-harap entry ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan korang. Sekian, Peace Out!



p/s: baik kita makan kurma dan kismis, ikut sunnah lagi.
p/s: Kalau korang nak Share kan Entry ini kepada kawan-kawan korang, klik jak button like kat bawah ini :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...